Blog merupakan salah satu alat marketing yang baik untuk kembangkan potensi laman e-commerce. Dengan pengendalian yang baik, blog mampu menjadi pendorong kepada kenaikan sales dan perkembangan sesebuah bisnes.

Bagi yang pertama kali ingin membangunkan blog, mungkin anda akan berasa agak sukar. Namun, teknik penghasilan kandungan serta pembinaan strategi SEO boleh dipelajari mengikut perkembangan pasaran semasa.

Jom kita semak peranan blog untuk mendorong trafik dan meningkatkan lagi potensi e-commerce untuk bisnes anda.

Peranan Blog Untuk Perkembangan E-Commerce

1. Untuk Dorong Trafik ke Laman E-Commerce

Dengan menghasilkan kandungan blog yang berkualiti dan interaktif, anda juga mampu mendorong trafik yang tinggi ke laman e-commerce.

Antara kaedah yang anda boleh lakukan untuk menjana trafik yang tinggi ke laman web e-commerce adalah :

Lakukan Search Engine Optimization : Pastikan hantaran blog anda telah dioptimakan untuk search engine. Untuk membolehkan kandungan anda terpapar di laman carian, anda boleh memasukkan keyword yang relevan, meta description dan tajuk yang sesuai dalam setiap blog post.

Promosikan Blog : Anda boleh promosikan blog di media sosial dan email marketing. Sambil berkongsi kandungan, anda juga boleh berinteraksi bersama audiens dan galakkan mereka untuk sama-sama kongsikannya di platform atas talian.

Masukkan Butang Call-To-Action : Pastikan setiap kandungan blog anda dilengkapi dengan butang Call-To-Action yang jelas seperti pautan ke laman web atau landing page. Ini sekaligus dapat membantu anda untuk mendorong trafik dan meningkatkan jualan secara lebih berkesan.

2. Baik Untuk Tingkatkan Brand Awareness

Bukan semata-mata untuk berkongsikan kandungan, malah blog juga dapat membantu dalam meningkatkan brand awareness untuk bisnes anda.

Pastikan setiap hantaran bog anda mempunyai mesej serta brand voice yang konsisten. Cara ini dapat membuatkan jenama anda lebih mudah dikenali di atas talian.

Jangan lupa untuk lengkapkan visual blog anda dengan elemen yang mencerminkan identiti jenama seperti logo, typography dan color scheme yang telah ditetapkan.

3. Platform Untuk Berinteraksi Dengan Pelanggan

Seperti media sosial, blog juga merupakan satu platform yang sesuai untuk sesebuah bisnes berinteraksi dengan pelanggan.

Untuk menggalakkan interaksi serta engagement, anda perlu menyediakan sistem komen dalam blog agar pembaca dapat berikan pendapat masing-masing di platform tersebut.

Jangan lupa untuk membalas komen mereka kerana inilah peluang untuk anda berkomunikasi serta membina hubungan bersama pelanggan.

Sambil berinteraksi, anda juga boleh tawarkan promosi, soalan lazim (FAQ) dan informasi lengkap mengenai produk atau perkhidmatan bisnes anda.

4. Untuk Tingkatkan Kepercayaan Pelanggan

Banyak bisnes yang turut memanfaatkan peranan blog untuk tingkatkan kepercayaan pelanggan.

Sebagai pelanggan baharu, adalah normal untuk mereka berasa ragu untuk mencuba produk atau perkhidmatan sesebuah jenama. Namun, anda tak perlu risau kerana blog boleh dimanfaatkan untuk anda paparkan online review yang anda pernah terima daripada pelanggan.

Sebagai contoh, anda boleh selitkan gambar atau testimoni pelanggan dalam kandungan yang dihasilkan. Dengan cara ini, pelanggan akan rasa lebih yakin untuk mencuba produk atau perkhidmatan daripada bisnes anda.

Anda juga boleh masukkan gambar atau video yang bersesuaian untuk membuatkan kandungan jadi lebih menarik.

Seperti Mamasab, mereka telah berkongsikan video review menarik tentang Kek Combo Lagi Dahsyat mereka daripada seorang Youtuber terkenal.

5. Untuk Serlahkan Jenama Sebagai Pakar Dalam Industri

Banyak jenama yang turut memanfaatkan blog sebagai platform untuk berkongsi kepakaran. Anda boleh kongsikan tips, pandangan serta berita terkini dalam topik yang relevan dengan jenama anda.

Cara ini dapat menyerlahkan reputasi jenama anda sebagai peneraju dalam industri berkaitan.

Contoh Jenama Tempatan Yang Memanfaatkan Peranan Blog Dalam Bisnes Atas Talian

1. Siti Khadijah

peranan blog

Untuk laman e-commerce, adalah wajar untuk sesebuah bisnes berkongsikan tips pembelian agar pelanggan dapat membeli produk yang sesuai dengan keperluan.

Namun, kandungan blog juga boleh dipelbagaikan untuk menarik bacaan orang umum. Ini sekaligus mampu menyerlahkan sisi profesional jenama sebagai pakar dalam industri.

Seperti Siti Khadijah, mereka menggunakan reputasinya sebagai jenama telekung terkemuka di Malaysia untuk berkongsikan informasi berkaitan ibadah serta fakta mengenai sejarah Islam.

3. Sugarbomb

peranan blog

Sebuah jenama haruman yang tidak asing lagi di Malaysia, Sugarbomb telah memanfaatkan blog untuk menambah lagi nilai jenama mereka.

Bukan sahaja bijak menghasilkan kandungan yang sesuai untuk soft -selling, malah jenama ini turut berkongsikan aktiviti syarikat seperti program kebajikan dan majlis perasmian kilang.

Perkongsian ini menyerlah sisi Sugarbomb yang tidak semata-mata menjual, malah aktif melaksanakan tanggungjawab sosial serta telus berkongsikan perkembangan jenama kepada umum.

3. Raya Holidays

 

Orang yang mahu melancong biasanya akan membuat kajian di internet terlebih dahulu untuk ketahui tempat dan aktiviti menarik untuk dilakukan.

Raya Holidays telah memanfaatkan blog mereka untuk berkongsikan cadangan tempat menarik untuk diterokai, makanan yang wajib dicuba serta pelbagai aktiviti untuk bakal pelancong.

Sambil berkongsikan tips pelancongan, mereka turut mempromosikan perkhidmatan pelancongan serta sewa kereta di platform blog.

Strategi ini bukan sahaja dapat membantu Raya Holidays berkongsikan informasi kepada pelanggan, malah ia dapat menyerlah kepakaran jenama ini sebagai ejen pelancongan yang berpengalaman dan dipercayai ramai.

4. Olive House

peranan blog

Disebabkan terlampau banyak jenama makanan tambahan di pasaran, pelanggan mungkin agak keliru untuk membeli.

Oleh itu, Olive House telah membangunkan sebuah blog khas untuk membantu pelanggan mendapatkan produk yang sesuai dengan keperluan mereka.

Kandungan bertopik kesihatan yang dikongsikan pula berskop luas dan sesuai untuk semua pelanggan termasuk ibu hamil, wanita yang ingin menjaga kecantikan serta individu yang ingin menurunkan berat badan.

Untuk menarik pelanggan membaca kandungan yang disediakan, mereka telah menetapkan featured image supaya boleh diklik pada laman utama blog.

Kesimpulannya, memang tidak rugi untuk bangunkan blog untuk laman e-commerce anda. Ia merupakan salah satu aspek penting untuk meningkatkan lagi hasil jualan anda secara atas talian.

Dengan menghasilkan kandungan yang relevan dan interaktif, anda pasti dapat mendorong trafik, meningkatkan brand awareness serta menyerlah jenama sebagai pakar dalam industri.

Baca Juga : 6 Jenis Website dan Ciri-Cirinya Yang Anda Perlu Tahu

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top