Pada zaman teknologi ini, banyak jenama kini memilih untuk lakukan jualan secara atas talian. Ia bukan sahaja dapat membantu pemilik bisnes untuk capai pelanggan dengan lebih baik, malah terdapat pelbagai kaedah digital marketing yang boleh diterokai untuk kembangkan perniagaan.
Dalam menawarkan produk atau perkhidmatan yang terbaik, pemilik bisnes juga perlu titikberatkan online review daripada pelanggan.
Pada zaman ini, online review tidak terhad kepada rating di Google atau Shopee semata-mata. Malah, komen pelanggan di media sosial juga boleh memberikan impak besar terhadap reputasi bisnes serta boleh mencerminkan pengalaman pelanggan.
Jadi, apakah kepentingan online review untuk bisnes tempatan?
Ayuh kita semak satu persatu.
Kepentingan Online Review Untuk Bisnes Tempatan
1. Lonjakkan Hasil Jualan
Sama ada anda mengusahakan butik kecil, bisnes makanan di rumah atau membuka kiosk di tepi jalan, online review mampu memainkan peranan penting untuk semua jenis perniagaan.
40% pelanggan yang membaca dua hingga tiga review cenderung untuk membuat keputusan pembelian secara serta merta. Lebih menarik lagi, review daripada pelanggan juga mampu meningkatkan hasil jualan sehingga 18%.
Jika ingin tingkatkan lagi peratusan ini, anda perlulah rajin membalas review daripada pelanggan. Menurut statistik, kira-kira 50% pengguna akan terbuka hati untuk berbelanja dengan jenama yang memberikan respon kepada review yang ditinggalkan pelanggan.
Jadi, adalah penting untuk anda sediakan ruang kepada pelanggan untuk tinggalkan online review sama ada di Google, media sosial atau website.
2. Peluang Untuk Berinteraksi Dengan Pelanggan
Berinteraksi dengan pelanggan menerusi review bukan sahaja dapat memberi ruang kepada sesebuah bisnes untuk kenalpasti isu yang dihadapi. Dengan bantuan media sosial, sesebuah jenama juga dapat berinteraksi dengan lebih baik bersama pelanggan atau audiens.
Cara ini sekaligus dapat meningkatkan reputasi bisnes anda sebagai jenama yang mengambil berat tentang pandangan pelanggan.
Seperti Sabun Badang, mereka sangat menghargai review daripada pengguna di TikTok.
Sebagai jenama sabun tempatan yang agak baru dalam industri, mereka percaya yang pelanggan perlu lihat sendiri keberkesanan produk mereka.
Oleh sebab itulah mereka sering menjawab pertanyaan pelanggan tentang cara penggunaan sabun dan rekomendasi produk yang sesuai.
Berkat usaha jenama ini dalam melakukan demonstrasi atas permintaan pelanggan, produk mereka berjaya terjual sebanyak lebih 200,000 unit di TikTok! Ramai pengguna lain teruja untuk mencuba sendiri produk pencuci daripada Sabun Badang.
@sabunbadang Kesan karat yang susah hilang boleh jadi senang hilang dengan guna sabun badang je. #fyp #kaferry #sabunbadang
3. Untuk Serlahkan Sisi Profesional
Review yang positif mampu tingkatkan reputasi sesebuah bisnes secara online. Namun, jenama anda juga perlu kekal profesional ketika berhadapan dengan komen atau review yang kurang enak daripada pelanggan.
Walaupun tidak semua review yang diberikan baik, namun memberikan respon kepada komen yang negatif menunjukkan dedikasi sesebuah jenama dalam menawarkan perkhidmatan terbaik dan sanggup untuk tangani sebarang isu yang dihadapi pelanggan.
Sejak akhir-akhir ini, ramai pengguna media sosial berebut untuk mencuba kek tapak kuda daripada jenama terkemuka di TikTok iaitu Foodieliesta sehinggakan ada yang keliru ketika membuat pembelian.
Disebabkan itu, ada pelanggan yang tersilap membuat pesanan dan melemparkan maklumbalas yang kurang enak kepada jenama kek tapak kuda itu.
Namun, Foodieliesta tidak mudah melenting. Sebaliknya, mereka gunakan maklumbalas tersebut untuk memberi penjelasan secara telus.
Cara ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran kepada pelanggan lain, malah ia juga dapat serlahkan lagi sisi profesional jenama dalam mengutamakan kualiti produk serta perkhidmatan terbaik buat pelanggan.
4. Tingkatkan Kepercayaan Pelanggan
Berdasarkan perkongsian dari podium.com, online review mampu meningkatkan ketelusan sesebuah jenama. 88% pelanggan juga melihat online review ini sebagai testimoni yang setara dengan ‘personal recommendation’ terhadap kualiti sesebuah produk.
Pelanggan juga akan cenderung untuk membeli daripada jenama yang mendapat rating yang baik daripada pelanggan.
5. Untuk Perbaiki Produk dan Perkhidmatan
Dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk berkongsikan pandangan, sesebuah jenama juga dapat kenalpasti masalah serta kekurangan yang ada pada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Kita ambil contoh Sambal Nyet.
Walaupun jenama sambal ini sudah terjual sebanyak jutaan botol, namun ini bukan bermakna tiada ruang untuk penambahbaikan.
Menerusi rating yang diterima daripada Shopee, pengasasnya iaitu Khairul Aming telah kenalpasti beberapa masalah kecil yang dihadapi pelanggan.
Dari semasa ke semasa, beliau juga telah berkongsikan perkembangan serta pembaharuan Sambal Nyet di media sosialnya untuk makluman pelanggan.
Atas usaha Khairul Aming dalam menawarkan produk serta perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, beliau juga berjaya menerima anugerah Best Customer Service daripada Shopee pada Februari 2023 lalu.
Jelaslah di sini bahawa online review adalah salah satu elemen penting untuk sesebuah bisnes tak kiralah kecil atau besar. Dengan membaca maklumbalas, seorang pemilik bisnes boleh mengenalpasti masalah pelanggan serta tanganinya dengan baik.
Ia bukan sahaja penting untuk tingkatkan kualiti produk atau perkhidmatan dari semasa ke semasa, malah ia mampu mencerminkan reputasi serta tahap profesional sesebuah jenama.