Dalam zaman teknologi di hujung jari ini, adalah penting bagi sesebuah bisnes untuk miliki website.

Bergantung kepada tujuan serta matlamat tertentu, terdapat beberapa jenis website atau laman web yang dapat memberi manfaat kepada sesebuah jenama.

Setiap jenis website pula menawarkan fungsi tersendiri dan ciri-ciri yang berbeza. Jadi, adalah penting untuk anda ketahui jenis-jenis serta fungsinya secara specifik.

Kenapa Bisnes Perlu Ada Website?

Sesebuah bisnes boleh manfaatkan website bagi melonjakkan potensi bisnes dalam pelbagai aspek antaranya :

  • Untuk fokus pada produk dan servis yang ditawarkan
  • Bagi memudahkan capaian pelanggan
  • Lebih mudah dan fleksibel untuk pengurusan jualan secara atas talian
  • Bebas untuk tawarkan pilihan penghantaran dan payment gateway kepada pelanggan
  • Platform untuk pemilik bisnes jalankan kempen pemasaran
  • Dapat tingkatkan reputasi dan kredibiliti sesebuah jenama

Ayuh kita semak 6 jenis laman web, fungsi serta ciri-ciri yang ditawarkan.

6 Jenis Website Dengan Fungsi dan Ciri-Ciri Unik

1. Corporate Website

Laman korporat adalah pilihan yang tepat bagi memaparkan nilai serta komitmen syarikat dalam mencapai matlamat bisnes.

Ia juga merupakan satu strategi baik bagi sesebuah jenama untuk tingkatkan brand awareness.

Ciri-Ciri :

  • Mempunyai layout yang lebih profesional dan sesuai dengan imej syarikat
  • Rekaan website biasanya berpandukan warna logo untuk menyerlahkan identiti syarikat
  • Sesuai untuk syarikat yang ingin kongsikan latar belakang, carta organisasi, portfolio dan pencapaian dalam industri tertentu.

Contoh website :

2. E-Commerce

E-commerce website adalah platform yang membolehkan pemilik bisnes untuk menjual produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian berbanding kedai fizikal.

Selain memudahkan capaian pelanggan, banyak jenama yang kini beralih kepada e-commerce kerana ia memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemilik bisnes untuk uruskan perniagaan. Ia juga sesuai untuk semua skala bisnes termasuk kecil mahupun besar.

Platform ini membolehkan sesebuah jenama untuk uruskan pesanan pelanggan, sediakan pilihan payment gateway dan kaedah penghantaran yang lancar dan selamat serta khidmat pelanggan yang cekap.

Ciri-Ciri :

  • Lengkap dengan navigasi yang ringkas dan mesra pengguna
  • Produk biasanya disusun mengikut kategori bagi memudahkan rujukan pelanggan
  • Fokus pada transaksi jual beli secara atas talian
  • Mempunyai proses pembelian dan pembayaran yang ringkas

Contoh Website :

3. Blog

jenis website

Laman blog pula merupakan platform yang ideal bagi jenama yang ingin kongsikan kepakaran tertentu kepada pengguna sasaran mereka.

Ia juga membolehkan pemilik bisnes untuk capai lebih ramai pelanggan menerusi strategi kandungan dan SEO. Pada masa yang sama, ia juga merupakan satu strategi yang baik untuk sesebuah jenama menyerlahkan identiti dan membina brand awareness secara berkesan.

Ciri-Ciri :

  • Padat dengan kandungan berkualiti dan bermanfaat
  • Turut disertakan pautan untuk pengguna dapatkan informasi mengenai produk atau perkhidmatan secara lebih lanjut
  • Pengguna berpeluang untuk berinteraksi menerusi ruangan komen

Contoh Website :

4. Ticket Management System Website

Ticket Management System pula sangat popular dalam kalangan Online Marketer atau Coach untuk mengendalikan jualan tiket bagi kelas atau seminar.

Di samping menyerlahkan reputasi sesebuah jenama, ia juga merupakan platform yang sesuai untuk menjual produk berkaitan seperti buku fizikal dan e-book.

Ciri-Ciri :

  • Diintegrasikan bersama pemasaran SMS dan emel untuk mencapai pelanggan dengan lebih mudah.
  • Turut dilengkapi dengan laman blog bagi memudahkan perkongsian program pada masa akan datang, tips serta informasi yang relevan.

Contoh Website :

5. NGO

jenis website

Laman web ini pula dibangunkan khas untuk badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin melakukan kempen kebajikan dan kutipan derma secara atas talian.

Ia juga merupakan platform yang sesuai untuk NGO berkongsikan portfolio bagi rujukan para penderma.

Ciri-Ciri :

  • Dibangunkan dengan rekaan yang kemas dan kandungan yang tersusun bagi meningkatkan kredibiliti NGO.
  •  Diintegrasikan dengan payment gateway seara atas talian.
  • Badan NGO bebas untuk hasilkan pakej dan kempen berdasarkan program kebajikan yang sedang dijalankan.

Contoh Website :

6. Landing Page

jenis website

Bagi pemilik bisnes yang ingin promosikan satu produk, perkhidmatan atau kempen pada satupsatu masa, landing page adalah pilihan yang terbaik.

Ia merupakan website satu laman (single-page website) yang berfungsi untuk dorong pelanggan terhadap satu produk, perkhidmatan atau kempen.

Ciri-Ciri :

  • Dilengkapi dengan domain yang spesifik bagi mempromosikan produk, perkhidmatan atau kempen pilihan.
  • Lebih ringkas dan straightforward berbanding website lain.

Contoh :

Terdapat pelbagai jenis website yang anda boleh bangunkan untuk bantu kembangkan lagi bisnes secara atas talian. Anda perlulah memanfaatkan jenis laman web yang tepat bagi memenuhi matlamat bisnes anda.

Ingin lihat lebih banyak contoh laman web untuk inspirasi dan mahu tahu cara untuk bangunkan website? Anda boleh layari lamanweb.my untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut.

 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top