Brand awareness atau kesedaran terhadap jenama adalah salah satu terma dalam perniagaan yang menjelaskan bagaimana pengguna mampu mengenali sesebuah jenama.

Brand awareness adalah penting kerana ia dapat membantu tingkatkan keyakinan pelanggan terhadap sesebuah jenama. Mereka juga akan cenderung untuk mudah ingat terhadap jenama tersebut. 

Semakin kuat brand awareness bagi sesebuah jenama, makin ramai yang boleh kenalpasti jenama tersebut berdasarkan jenama, logo serta produk. Secara tidak langsung, ini akan mendorong kepada peningkatan hasil jualan.  

Jom kita tengok beberapa cara yang anda boleh praktikkan bagi meningkatkan brand awareness untuk perkembangan bisnes anda.

8 Cara Tingkatkan Brand Awareness Untuk Buat Bisnes Anda Lebih Dikenali

1.Hasilkan Identiti Yang Mudah Diingati

Ada idea untuk hasilkan identiti jenama anda? Asalkan nama tersebut sesuai dengan halatuju perniagaan, brand voice dan lingkungan audiens, nama tersebut boleh dirangka sekreatif yang mungkin.

Sekiranya jenama anda mempunyai identiti yang mudah diingat, pelanggan akan cenderung untuk pertimbangkan produk atau perkhidmatan anda terlebih dahulu berbanding pesaing lain.  

2. Promosikan Logo Anda

Sudah ada logo yang menarik untuk jenama anda? Jangan lepaskan peluang untuk sebarkan logo yang menarik sebanyak mungkin menerusi pelbagai kaedah seperti :

  • Masukkan dalam material pemasaran (pemasaran digital dan pakej produk)
  • Sertakan dalam ruangan tandatangan pada e-mel
  • Penghasilan aksesori atau merchandise

Dengan cara ini, pelanggan serta bisnes lain akan dapat mengenalpasti jenama anda dengan lebih mudah.

3.Tambah Baik SEO di Website

Sekiranya pengguna mencari produk atau perkhidmatan yang berkait dengan perniagaan anda, anda pasti mahukan jenama anda muncul terlebih dahulu berbanding pesaing. Inilah pentingnya SEO dalam meningkatkan brand awareness.

SEO atau Search Engine Optimization adalah satu strategi yang membantu laman web anda untuk mendapat kedudukan yang baik di laman carian.  Pembinaan SEO yang baik dalam laman web akan meningkatkan lagi aliran trafik serta kesedaran pengguna internet mengenai kewujudan jenama anda.

Selain optimakan SEO pada laman web, anda juga digalakkan untuk guna Keyword Tools yang boleh didapati secara percuma di atas talian. Jangan lupa untuk gunakan keyword bersesuaian pada kandungan website, headline serta tajuk gambar.

4.Hasilkan Kandungan Secara Konsisten

Dengan penghasilan kandungan menarik secara konsisten, ia bukan sahaja dapat membuatkan pembaca kembali ke website, malah ia juga dapat memberikan kesan positif pada tahap SEO.

Antara kaedah yang paling ramai pemasar gunakan adalah dengan menghasilkan kandungan melalui blog. Penulisan blog dengan SEO yang mantap pasti bakal meningkatkan lagi brand awareness untuk jenama anda.

Brand Awareness

5.Lancarkan Program Referral

Anda juga boleh buatkan jenama makin dikenali dengan memperkenalkan program referral. Program ini membolehkan jenama untuk mengajak pelanggan supaya menghebahkan mengenai produk atau perkhidmatan. Sebagai balasan, pelanggan bakal ditawarkan dengan insentif seperti diskaun atau sampel percuma.

Ini boleh jadi satu strategi yang baik memandangkan pelanggan pasti akan terbuka untuk membeli dengan jenama yang rakan atau keluarga mereka sarankan.

6.Mulakan Kempen Iklan di Media Sosial

Pada zaman ini, media sosial bukan sahaja berfungsi untuk berhubung semata-mata, malah ramai peniaga yang manfaatkannya untuk mempromosikan jenama masing-masing.

Di media sosial, anda boleh rangka kempen pemasaran mengikut kategori pengguna yang bersesuaian dengan jenama. Anda boleh pilih umur, jantina, lokasi serta minat pelanggan secara spesifik agar iklan anda mudah sampai pada kumpulan pelanggan sasaran.

Selain itu, pemasaran di media sosial juga mudah untuk diukur dengan adanya laporan terperinci. Dengan cara ini, maka anda bolehlah tingkatkan kesedaran jenama secara mudah.

Brand Awareness

7.Jalankan Iklan Pay Per Click (PPC)

Ingin perniagaan anda muncul pada laman carian pada bahagian paling atas dengan mudah? Gunakanlah pengiklanan Pay Per Click atau PPC. Iklan sebegini memerlukan pengiklan untuk membayar setiap kali pautan diklik.

Apabila pengguna internet mencari keyword berkaitan produk atau perkhidmatan berkaitan perniagaan anda, laman web anda pasti akan terpapar pada bahagian paling atas. Ini membolehkan jenama anda lebih dikenali dan mudah ditemui secara atas talian. 

8.Mulakan Pemasaran E-mel

Memang rugi kalau jenama anda belum gunakan pemasaran e-mel. Bukan saja boleh digunakan untuk menghebahkan tentang promosi dan jualan, malah pemasaran e-mel juga sesuai untuk digunakan bagi berkongsi kandungan bermanfaat serta perkembangan syarikat menerusi newsletter.

Ada bermacam-macam sistem pemasaran e-mel dengan ciri-ciri menarik yang anda boleh cuba seperti Mail Niaga, MailChimp dan Sendinblue.

Terdapat pelbagai kaedah yang anda boleh lakukan bagi meningkatkan brand awareness. Dari pembinaan SEO yang mantap sehingga penggunaan pemasaran e-mel, kesemuanya pasti bakal memberikan impak yang besar kepada perkembangan jenama anda. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam merangka strategi brand awareness yang lebih baik untuk bisnes anda. Selamat mencuba! 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top