Bila sebut tentang perniagaan online, anda pasti terlintas memikirkan platform membeli-belah yang popular seperti Shopee, Lazada dan Facebook Marketplace. Platform Marketplace sebegini memang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia. 

Walaupun ia mempunyai customer base yang luas, namun Marketplace juga ada beberapa kekangannya. 

Oleh sebab itulah sesetengah peniaga mengambil langkah untuk bina website khas untuk kembangkan jenama sendiri.

Apa pula cabaran yang perlu dihadapi bila menguruskan website? Jom ikuti perkongsian kami untuk ketahui sama ada website atau marketplace lebih sesuai untuk perniagaan anda. 

Kelebihan Website Berbanding Marketplace

1. Dapat Dikawal Sepenuhnya

Dengan adanya website sendiri, anda berpeluang untuk kawal kedai online sepenuhnya. 

Dari rekaan website, pilihan layout sehinggalah ke kaedah pembayaran, semuanya terletak di tangan anda. 

Lebih penting lagi, website memberi peluang kepada anda untuk berikan user experience terbaik kepada pelanggan.

Jika anda sering berbelanja di Marketplace, anda pasti sedar yang ada kalanya pelanggan sukar untuk tebus kupon diskaun.

Pelbagai peraturan ditetapkan kepada pelanggan sehingga boleh menyukarkan proses pembelian. Penjual pula terpaksa ikuti pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh Marketplace.

Oleh sebab itulah ramai pemilik bisnes yang kini beralih kepada penggunaan website. Dengan adanya laman web sendiri, anda bebas untuk adakan promosi atau tawaran diskaun pada bila-bila kepada pelanggan. Pelanggan juga pasti lebih gembira untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada jenama anda.

2. Platform Yang Baik Untuk Bina Identiti dan Kredibiliti Jenama

Sebuah kajian mendapati 60% pelanggan cenderung untuk mencari produk atau perkhidmatan yang diinginkan menerusi enjin carian.

Maklumlah, pelanggan masa kini lebih gemar membuat survey secara atas talian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Pelanggan juga pasti lebih yakin untuk membeli dengan jenama yang mempunyai platform sendiri secara atas talian.

Dengan penampilan website yang profesional dan teratur, ia juga dapat membina kredibiliti yang baik untuk jenama.

Di samping itu, website juga adalah platform yang tepat untuk pemilik bisnes bina identiti jenama menerusi pemilihan warna dan tema yang sesuai.

marketplace

3.Boleh Akses Data Pelanggan

Sekiranya anda berniaga di laman membeli-belah online, anda terhalang untuk akses data pelanggan. Namun , apakah kepentingan data pelanggan untuk bisnes anda? 

Data-data ini berguna untuk anda kenalpasti produk atau perkhidmatan paling popular, latarbelakang pelanggan, tabiat pembelian serta minat mereka terhadap jenama secara terperinci. 

Dengan adanya informasi ini, bisnes anda mempunyai kelebihan untuk merangka pelbagai strategi pemasaran yang lebih tersasar kepada pelanggan.

Kekurangan Website Berbanding Kedai Fizikal 

1. Anda Perlu Aktif Lakukan Kajian Pemasaran

Pemasaran digital seperti website memerlukan anda untuk lebih giat melakukan kajian pemasaran. 

Dalam fasa awal pembangunan website, mungkin agak sukar untuk anda dorong trafik secara organik. Jangan risau, kerana proses ini adalah normal untuk bina keyakinan pelanggan secara online

Untuk bersaing dengan bisnes lain, anda perlu kukuhkan kredibiliti jenama anda dengan branding yang kuat serta penggunaan SEO yang baik. 

2. Memerlukan Bajet Yang Besar

Dari pembayaran domain dan hosting sehinggalah ke kos penyelenggaraan berkala, memang tak dinafikan yang pembinaan website memerlukan bajet yang agak besar. 

Semua langkah ini adalah penting bagi memastikan website anda berjalan dengan lancar dan bagi memudahkan urusan pelanggan ketika berurusan di laman anda. 

Kelebihan Merketplace Berbanding Website

1. Tidak Memerlukan Kos Yang Besar

Berbanding website, aktiviti menjual di marketplace tidak memakan kos yang besar bagi peniaga. 

Selain itu, ia juga mempunyai kelebihan customer base yang besar untuk anda pasarkan produk atau perkhidmatan.

Sementara itu, anda perlu giat melakukan promosi bagi memperkenalkan jenama di website.  

Seperti yang kita tahu, persaingan di Marketplace sememangnya cukup sengit. 

Walaupun anda tak perlukan bajet yang besar pada awal pembukaan Marketplace, anda mungkin perlu membayar kos pemasaran tambahan untuk memastikan produk anda lebih mudah untuk muncul di bahagian carian. 

2.Pengurusan Yang Lebih Mudah

Anda baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan online dan tidak mempunyai modal yang besar? Jangan risau, kini terdapat banyak Merketplace yang menawarkan kemudahan lengkap bagi peniaga untuk jalankan aktiviti menjual beli.

Ia juga mudah dikendalikan dan sesuai untuk digunakan bagi peniaga baharu yang ingin mulakan perniagaan online.

marketplace

Kekurangan Marketplace Berbanding Website

1. Persaingan Yang Sengit 

Marketplace menawarkan peluang kepada peniaga untuk mencapai ramai pelanggan, namun ini juga membuatkan platform ini sesak dan mendorong kepada persaingan yang sengit di kalangan peniaga.

Disebabkan pelanggan mempunyai banyak pilihan untuk mencari kualiti serta harga yang terbaik, anda perlulah tetapkan strategi yang terbaik supaya jenama anda lebih menyerlah di Marketplace. 

2.Sukar Untuk Bina Kepercayaan Pelanggan

Walaupun urusan jual beli di Marketplace mudah, namun pelanggan terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti penipuan, kualiti produk atau perkhidmatan yang rendah serta masalah penghantaran. 

Ini boleh menimbulkan rasa kurang percaya di kalangan pelanggan bila mereka ingin membeli di Marketplace. Oleh itu, anda perlulah tawarkan perhidmatan terbaik untuk membina kepercayaan pelanggan.

Kesimpulannya, website dan Marketplace kedua-duanya mempunyai kekurangan serta kelebihannya yang tersendiri. Apapun pilihan anda, semuanya terletak kepada keperluan dan kemampuan bisnes anda. 

Bagi jenama yang baru mulakan perniagaan online, Marketplace adalah pilihan yang tepat untuk anda belajar pengendalian kedai atas talian secara asas. 

Di samping itu, perniagaan di Marketplace juga memakan kos yang rendah menjadikannya sesuai bagi bisnes kecil. 

Bila perniagaan anda semakin berkembang, anda boleh pertimbangkan untuk bina website kerana ia menawarkan kebebasan bagi semua aspek perniagaab termasuk pemasaran, pemilihan payment gateway, kaedah penghantaran, aliran pembelian produk atau perkhidmatan dan sebagainya. 

Sekiranya anda mempunyai bajet yang mencukupi pada awal fasa perniagaan, tidak salah untuk anda terus membuka website.

Walaupun anda tiada kepakaran, kini terdapat banyak pembekal khidmat pembangunan website yang boleh membimbing anda dalam pengendalian website serta memantau kelancaran website dari semasa ke semasa. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda buat keputusan tepat dalam urusan perniagaan online. Selamat mencuba! 

Sumber : duitku.com

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top