Pada era penggunaan media sosial ini, banyak jenama yang perlu bersaing untuk dapatkan perhatian pengguna. Seperti yang kita lihat, sesetengah jenama kini mula menggunakan gaya marketing yang unik dan lain daripada biasa.
Antara jenama yang ada style marketing tersendiri sehingga mampu menangi hati warganet adalah Mydin.
Walaupun sudah 66 tahun dalam industri, namun ini tidak menjadi penghalang bagi Mydin untuk tampil dengan imej segar menerusi marketing yang mantap.
Ayuh kita lihat beberapa gaya marketing Mydin yang popular di media sosial.
4 Gaya Marketing Mydin Yang Mampu Menawan Hati Netizen
1. Bijak ‘Menunggang’ Isu Viral
Ada kalanya isu viral di media sosial boleh mengundang pelbagai reaksi netizen, namun ia boleh menjadi content yang berkesan bagi pemasaran jika kena dengan caranya.
Mydin juga merupakan salah satu jenama yang paling cepat ‘menunggang’ isu viral ini. Bukan sahaja lucu, malah ini adalah satu taktik bijak untuk buatkan orang ramai ingat pada pasar raya Mydin.
Walaupun kandungan yang dikongsikan ringkas iaitu gambar dengan caption pendek, namun ia mampu menjana engagement yang luarbiasa.
Kuncinya ialah penggunaan content yang padu dan timing yang tepat!
Seperti gambar di bawah, cukuplah dengan memuatnaik minyak masak ‘Alif’ dengan caption yang mantap, ia sudah cukup untuk menarik interaksi netizen di pelbagai platform media sosial.
2. Interaksi Dengan Post Viral Jadi Ikutan
Baru-baru ini, sebuah hantaran video tentang seorang graduan di TikTok telah mencuri perhatian warganet.
Apa yang membuatkan hantaran tersebut tular adalah ruangan komen yang dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pelbagai syarikat dan jenama. Lebih melucukan lagi, setiap jenama juga menyelit kelebihan masing-masing ibarat mahu ‘berkenalan’ dengan graduan tersebut.
Antara jenama yang terawal memulakan trend ini sudah tentu Mydin. Interaksi ini kemudiannya menjadi ikuti puluhan lagi jenama lain antaranya Indah Water Konsortium, FamilyMart, Andalusia Travel & Tours, llaollao, Saji, Bata, dan TGV Cinemas.
Walaupun usaha untuk tinggalkan komen ini minimum, namun ia mampu memberikan impak yang besar. Jika kita lihat sendiri, satu komen daripada jenama tertentu boleh meraih sehingga ribuan likes.
Tanpa disangka-sangka, pengguna juga akan terpanggil untuk kongsikan pengalaman menarik mereka dengan jenama tersebut. Ini seterusnya dapat menjana exposure yang positif dan awareness terhadap jenama itu sendiri.
3. Penggunaan Meme
Satu lagi style marketing Mydin yang dekat dengan hati warganet adalah penggunaan meme yang sangat bijak.
Bayangkanlah meme ringkas sebegini pun boleh dapat hampir sejuta views? Tak masuk akal tapi memang tak mustahil!
Sambil berlawak, Mydin juga manfaatkan unsur meme ini untuk promosikan produk yang mereka jual.
4. Ajak Founder Buat Video
Mydin juga lakukan satu lagi teknik marketing yang mencuit hati warganet iaitu dengan menampilkan pengasasnya sendiri iaitu Datuk Ameer Mydin Mohamed.
Siapa sangka Datuk Ameer rupanya seorang yang sangat sporting dan tak kisah untuk lakukan trend media sosial terkini. Menyanyi boleh, makan maggi pedas boleh, jadi model pun boleh!
@mydinmalaysia Datuk pun try Maggi Pedas Giler Cheezy Berapi yang baru ni, tak akan korang takut nak try? Cuba lah Kalau berani 😏. Korang jangan lupa datang MYDIN USJ sebab Maggi tengah ada buat roadshow Maggi Pedas Giler! #MYDINMalaysia #TikTokMalaysia
Secara tak langsung, video-video sebegini boleh menunjukkan sisi lain pengasas Mydin yang orang tak tahu dan dapat buatkan lebih ramai mengenali siapa individu di sebalik pasar raya terkenal ini.
Berikut dikongsikan beberapa video menarik dan mencuit hati yang pernah dikongsikan oleh Mydin.
Melihatkan gaya marketing Mydin dan sambutan hangat daripada warganet, dapatlah kita simpulkan bahawa adalah penting untuk sesebuah syarikat miliki team marketing yang mantap.
Disebabkan ia tepat dengan citarasa warganet, didapati ramai jenama yang juga sudah mula mengikuti jejak langkah marketing Mydin dengan cara tersendiri.
Dengan strategi yang menarik dan lain daripada biasa, ia pasti akan membuatkan jenama lebih menyerlah. Apabila branding naik, sudah pasti ia dapat membantu bisnes untuk tingkatkan keuntungan.
Baca Juga : Hidupkan Watak Filem Popular, Gaya Marketing Viral Bawa Tuah Untuk Pak Mat Western