datuk ameer

Pilu menyelubungi rakyat Malaysia pada 23 Julai 2023 apabila Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.

Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai di kalangan rakyat serta rakan politik, malah badan korporat turut terkesan dengan kehilangan ini.

Ketika Astro Awani menghubungi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin, beliau gagal menahan sebak apabila diminta berkongsi pandangan mengenai pemergian Allahyarham Salahuddin.

“Satu inisiatif yang sangat ringkas tapi dia merasai apa yang rakyat lalui. Saya berharap rakan-rakan dalam industri sudah jumpa beliau dan ramai yang kenal, kami akan teruskan ini (Menu Rahmah).

Saya daripada pihak MYDIN akan teruskan Menu Rahmah ini, sampai mati saya buat,” luah Datuk Ameer.

datuk ameer

Dalam temu ramah tersebut, Datuk Ameer turut memuji Allahryarham Salahuddin yang cukup prihatin dan sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai isu dalam industri.

Walaupun hari sudah lewat malam, Allahyarham Salahuddin tidak keberatan untuk berbincang agar isu dapat diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

datuk ameer

Datuk Ameer MYDIN Sambut Baik Inisiatif Payung Rahmah

MYDIN merupakan antara jenama yang menerima baik usaha kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat sehingga mereka turut memperkenalkan inisiatif sendiri iaitu MYDIN Rahmah.

MYDIN sebagai rangkaian pemborong dan peruncit besar tempatan melihat inisiatif ini bukan sahaja dapat membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan, malah ia juga mampu meningkatkan jualan gedung beli-belah berkenaan.

MYDIN Rahmah berpegang kepada tiga tonggak utama iaitu Menu Rahmah, Jualan Rahmah dan Bakul Rahmah.

Gedung membeli-belah yang sudah bertapak dalam industri selama lebih 6 dekad ini juga banyak bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyantuni golongan yang kurang berkemampuan.

Datuk Ameer turut berpenapat bahawa usaha-uaha ini dilihat sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam meberi pulangan semula kepada rakyat Malaysia.

MYDIN juga merupakan antara pusat membeli-belah terawal yang menyahut inisiatif murni kerajaan ini.

Sumber : Malaysiakini

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top