Bila sebut saja kambing perap, sudah tentu jenama Pakmat Western yang pertama sekali terlintas di fikiran.
Dengan kandungan media sosial yang padu serta iklan yang setanding filem tempatan, memang sukar untuk jenama lain tandingi marketing jenama kambing perap popular ini.
Meskipun nama sudah kukuh, namun Pak Mat Western tidak pernah berhenti untuk mantapkan lagi strategi bisnes dan tambahkan nilai pada jenama mereka.
Apa rahsia strategi bisnes Pakmat Western untuk pastikan mereka kekal menjadi jenama daging perap dan produk sejuk beku pertama di Malaysia? Ayuh kita kupas satu-persatu.
4 Strategi Bisnes Pak Mat Western Untuk Jadi Jenama Kambing Perap Popular di Malaysia
1. Pelaburan Besar Pada Marketing Gaya Unik
Gaya marketing Pakmat Western sememangnya tak perlu dipertikaikan lagi.
Rata-rata pengguna di media sosial bukan sahaja memuji style marketing Pakmat Western yang sentiasa all out, malah mereka juga sering berteka-teki berapakah bajet yang Pakmat Western peruntukkan bagi pemasaran?
Sudah tentu memakan jutaan ringgit kerana setiap iklan yang dihasilkan mempunyai jalan cerita yang unik serta menampilkan selebriti popular tanah air!
Tak cukup dengan menghidupkan watak terkenal dari filem seperti Barkoba, Mat Kilau, Adnan Sempit dan ramai lagi, Pakmat Western kini juga mula mengajak tokoh politik untuk tampil dalam video media sosial mereka iaitu Tun M dan Khairy Jamaluddin (KJ).
Video mereka di TikTok yang menampilkan Tun M sudah berjaya meraih lebih sejuta tontonan dalam masa kurang 24 jam!
@pakmatwestern Kata-kata hikmah #tunmahathir #keluarsekejap
Jenama kambing perap ini turut berkesempatan untuk menaja episod terbaharu dalam podcast popular milik KJ dan Shahril Hamdan iaitu Keluar Sekejap.
Pelaburan mereka yang besar dalam marketing ini bukan sahaja memberi pendedahan yang luar biasa terhadap jenama, malah ia juga dilihat sebagai strategi jangka masa panjang untuk kukuhkan jenama Pak Mat Western sendiri.
Harga Menu Rahmah Tak Masuk Akal
Dengan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup, memang kedengaran mustahil untuk dapatkan harga nasi lemak serendah 90 sen pada zaman ini. Namun, Pakmat Western tak teragak untuk tawarkan menu tersebut kepada pelanggan mereka.
Dengan adanya menu harga tak masuk akal iaitu nasi lemak 90 sen dan nasi lemak ayam RM5, semua pelanggan berpeluang untuk nikmati hidangan di restoran Pakmat Western.
Mungkin tak semua kedai makan mampu tawarkan makanan dengan harga semurah ini namun Pakmat Western boleh kerana kapasiti restoran yang cukup besar dan full house hampir setiap hari. Jadi, tak ada masalah untuk mereka tawarkan menu harga murah kepada semua pelanggan.
Katanya, nasi lemak di Pakmat Western memang sedap kerana ‘orang lama’ yang hasilkan sambalnya.
Strategi mereka untuk kenalkan nasi lemak sebagai Menu Rahmah juga sangat tepat kerana ia sesuai untuk dinikmati sebagai sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Bijak Menangi Hati Warganet
Jarang-jarang untuk kita lihat akaun media sosial bisnes tempatan punyai 1.8 juta pengikut di TikTok. Mana tidaknya, pengguna media sosial sering ternanti-nanti iklan menarik serta mencuit hati daripada Pakmat Western.
Kandungan serta visual yang berkualiti juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan iklan mereka.
Inilah yang membuatkan video-video mereka di TikTok berjaya meraih ratusan ribu hingga jutaan tontonan. Itu belum termasuk jumlah tontonan di platform lain seperti Facebook dan Instagram!
Bukan saja bijak menangi hati warganet dengan penampilan watak filem popular, malah warganet gemar mengikuti media sosial Pakmat Western kerana iklan mereka yang tepat dengan trend terkini.
Hampir semuanya disapu habis! Baru-baru ini, mereka tampilkan pasangan pengantin baru Sabri Yunus dan Angeline Tan dalam satu video bersuasana romantis sehingga ramai yang cair!
Ketika si cilik yang petah iaitu Haziq tular di media sosial beberapa tahun lalu, Pakmat Western juga telah mengubahnya menjadi seorang chef! Selain Bell Ngasri, Haziq juga kini menjadi antara wajah yang sering tampil di iklan media sosial Pakmat Western.
Tambah Nilai Jenama Menerusi Mat Coffee
Pada hujung bulan Oktober, bisnes Pakmat Western kembangkan lagi produk mereka dengan melancarkan cawangan kopi pertama yang dinamakan Mat Coffee.
Menggunakan biji kopi Arabica premium, kini semua orang boleh nikmati kopi berkualiti tinggi setanding jenama popular yang sedia ada di pasaran.
Apa yang membuatkan Mat Coffee menarik ialah tawaran harga kopi premium dengan harga RM 5 sahaja. Pada hari pembukaan, mereka mampu menjual sebanyak 2,000 cawan kopi!
Harga kopi premium yang dilihat 3 kali lebih murah berbanding harga biasa di pasaran ini sekaligus telah menambah nilai dan reputasi Pakmat Western sebagai pemain utama dalam industri F&B tempatan.
Sambil mengembangkan empayar bisnes, jenama Pak Mat Western juga berjaya menggerakkan ekonomi orang tempatan dengan mengajak rakyat Malaysia jana pendapatan sebagai ejen jualan produk mereka.
Disebabkan ini jugalah, produk mereka mudah sampai kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Berjaya mendominasi industri daging perap sejuk beku dalam negara, Pakmat Western kini mensasarkan pasaran di Borneo dan Nusantara bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu berstatus jutawan.
Dengan strategi bisnes yang padu, tidak mustahil bagi jenama tempatan untuk jadi pemain industri besar dan saingi jenama besar lain. Ditambah pula dengan kekuatan branding dan kualiti produk yang tinggi, sudah tentu sesebuah jenama itu mampu menangi hati pelanggan.
Baca Juga :
Siapa Owner Pak Mat Western? Ini Kisah Jenama Kambing Perap Nombor Satu Malaysia Yang Ramai Tak Tahu
Demand Makin Tinggi, Kenapa Muiz Hot Chicken Selesa Buka Kiosk Tepi Jalan?