Siapa sangka nostalgia filem Istanbul Aku Datang berjaya dihidupkan semula oleh Pak Mat Western?
Selepas 11 tahun ditayangkan, jenama daging perap nombor 1 di Malaysia ini menggandingkan kembali Lisa Surihani dan Beto Kusyairy dalam iklan terbaru mereka sempena bulan Ramadan.
Aura dan lakonan bersahaja kedua-dua pelakon utama filem Istanbul Aku Datang itu nampaknya cukup berkesan sehingga buat ramai terhibur terutamanya penggemar filem romantik komedi itu.
Buktinya, walaupun baru dua hari iklan ini dimuat naik di TikTok Pak Mat Western, namun ia telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan! Itu belum termasuk lagi di platform media sosial lain.
Style Marketing Viral Bawa Tuah Untuk Pak Mat Western
Sebenarnya, ini bukan pertama kali jenama ini menghidupkan semula watak filem popular dalam iklan.
Sebelum ini, Pak Mat Western juga pernah menarik perhatian warganet dengan menampilkan semula watak Barkoba yang cukup popular daripada telefilem 16 Puasa.
Atas sambutan yang popular, watak Barkoba ini sudah jadi cukup sebati dengan brand Pak Mat Western. Mana tidaknya, setiap iklan yang dibintangi oleh Bell Ngasri memang tak kering gusi!
Selain Bell Ngasri, jenama daging perap popular ini juga pernah mengembalikan watak-watak KL Gangster dengan menampilkan pelakon terkenal seperti Soffi Jikan, Rosyam Nor dan Ady Putra.
Walaupun untuk tujuan promosi produk, namun PakMat Western bijak menyesuaikan karakter-karakter tailong dan gangster dalam iklan mereka.
Selain menghidupkan watak lama, jenama ini juga peka dan bijak menggunakan watak filem yang trending pada waktu ini. Semasa filem Mat Kilau menjadi fenomena di Malaysia, Ady Putra dipanggil sekali lagi untuk membintangi iklan bagi jenama tersebut.
Seperti yang dijangka daripada brand ini, iklan yang dibuat bukanlah biasa-biasa. Padat dengan adegan aksi, suasana klasik ala filem Mat Kilau juga boleh sampai pada penonton.
Meskipun brand ini banyak menggunakan artis untuk tujuan marketing, namun jalan cerita yang dihasilkan memang tak dinafikan sangat menarik.
Dengan kualiti penggambaran yang setanding dengan babak filem, durasi iklan yang panjang juga tidak terasa oleh penonton. Malah, mereka seronok dan sering menanti-nantikan kemunculan watak kegemaran mereka dalam iklan brand ini.
Lebih menarik lagi, setiap iklan yang dihasilkan oleh jenama ini tidaklah keterlaluan dalam mempromosikan produk. Malah, mereka fokus dalam menghidupkan lagi watak ikonik yang setiap pelakon pernah bawakan.
Pendek kata, pelakon tak nampak macam dipaksa untuk mempromosi, malah setiap satunya berjaya menjiwai semula watak mereka secara semulajadi.
Inilah yang menjadi salah satu tarikan bagi setiap iklan yang jenama ini hasilkan. Sampai boleh jadi viral dekat media sosial!
Sambil berhibur, dapatlah juga PakMat Western menangi hati warganet terutamanya yang merindui watak-watak terkenal yang pernah mewarnai filem tempatan.
Tak cukup dengan penampilan pelakon popular, jenama ini juga tidak teragak untuk berkolaborasi bersama influencer terkenal seperti Hakim Stopa, Maryam Duriankimchi dan Hafiz Mahamad untuk tarik lebih ramai pelanggan bagi mencuba produk mereka.
Faham-faham sajalah penangan influencer bila mempromosikan satu produk, memang laris dibuatnya!
Gaya Pak Mat Western dalam memasarkan produk melalui penampilan artis ini nampaknya berhasil dan sudah menjadi trademark buat jenama ini. Maklumlah, tak banyak jenama tempatan yang buat marketing padu macam Pak Mat Western ni!
Pak Mat Western juga menjadi bukti kesungguhan bisnes lokal yang konsisten dan kreatif mempromosikan produk mampu menjana hasil yang luar biasa.
Modal yang mereka laburkan untuk melibatkan artis bagi tujuan marketing dan promosi memang cukup besar namun mampu memberikan impak yang positif pada jenama mereka jangka masa panjang.
Taktik ini juga nampaknya berkesan untuk mereka kuatkan nama brand mereka sebagai jenama daging perap paling popular di Malaysia. Sebut saja tentang daging perap, pasti orang akan ingat pada jenama Pak Mat Western.
Tambahan pula, pemasaran melalui media sosial mampu memberikan kesan yang mendalam kepada warganet. Maklumlah, siapa yang tak terliur untuk mencuba daging perap yang berjus bila lalu dekat timeline?
Kesimpulannya, untuk menjadi jenama yang menyerlah berbanding yang lain di media sosial, anda harus berani melancarkan kempen yang unik.
Barulah pelanggan tertarik untuk mengenali produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Kalau anda mempunyai modal yang besar, tak salah juga untuk anda libatkan pelakon dan influencer kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial dan mampu memberikan impak yang besar pada bisnes anda.
Mana tahu jenama anda boleh meletup macam Pak Mat Western? Belum cuba, belum tahu!