Terbaharu, Meta Platforms Inc yang dahulunya dikenali sebagai Facebook Inc telah mengumumkan larangan perniagaan di Asia Pasifik untuk membuka kedai atas talian iaitu di Facebook dan Instagram. Namun, larangan daripada tujuh negara ini dikecualikan iaitu Australia, Korea Selatan, Taiwan, India, Jepun, Indonesia dan Thailand.

Keputusan iniĀ  sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap para usahawan yang aktif menjalankan perniagaan menerusi platform Facebook dan Instagram. Kedua-dua platform tersebut merupakan antara media sosial yang kerap digunakan oleh peniaga atas talian untuk promosikan produk mereka. Selepas ini, peniaga atas talian yang ingin berniaga di platform tersebut perlu menyusun strategi lain untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Bakal berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2023, para peniaga dinasihatkan supaya bersedia menghadapi perubahan ini memandangkan mereka tidak lagi boleh menggunakan ciri-ciri di aplikasi tersebut seperti tag produk, urus niaga dalam aplikasi dan pengiklanan.

“Kebanyakan usahawan perniagaan dalam talian di Malaysia tidak menggunakan ciri-ciri kedai Facebook atau Instagram berikutan dasar yang ketat oleh platform tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kartel Digital Sdn. Bhd, Hafiz Azman.

Tambah beliau lagi, “Majoriti peniaga dalam talian tempatan berasa sukar untuk mematuhi ciri-ciri teknikal yang kompleks untuk menguruskan kedai di Facebook dan Instagram kerana segala proses diuruskan oleh Meta, bukan secara langsung oleh penjual.”

“Walaupun bagaimanapun, peniaga masih boleh menggunakan platform pengiklanan Meta untuk menarik trafik, mewujudkan kesedaran jenama (brand awareness) dan mendorong jualan ke platform pilihan mereka seperti laman web sendiri dan platform media sosial yang lain,” tambah Hafiz lagi.

Hafiz turut menegaskan betapa pentingnya pemilik bisnes untuk mengatur strategi yang baik sama ada bagi perniagaan secara atas talian mahupun secara fizikal. Walaupun diduga dengan cabaran sehingga menyukarkan mereka berbisnes seperti biasa, peniaga haruslah keluar dari zon selesa dan terus bergerak mencari alternatif lain untuk membangunkan perniagaan.

Antara cara yang disarankan oleh Hafiz adalah dengan memiliki laman web atau platform dalam talian sendiri. Kaedah ini adalah yang terbaik dan mampu memberi kebebasan pada usahawan untuk mengawal perniagaan dan meraih kepercayaan pasaran terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

“Media sosial adalah sekadar kaedah untuk memacu trafik kepada perniagaan mereka. Dengan membuka laman web atau platform dalam talian sendiri, mereka akan berkembang maju dan terus bertahan,” kata Hafiz.

Bina Website Sendiri Untuk Sebagai Kedai Atas Talian

Pemilik bisnes yang tiada kepakaran untuk membina laman juga tak perlu risau. Kini, terdapat banyak syarikat yang telah menawarkan servis pembinaan website bagi perniagaan atau e-commerce.

Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini adalah Web Impian Sdn Bhd menerusi LamanWeb yang berpengalaman dalam menbangunkan serta mengendalikan pelbagai laman web bagi jenama terkemuka seperti Sugarbomb, Simplysiti dan Nasken Coffee.

Laman web atas talian

Apa Kelebihan Website Untuk Perniagaan Anda?

Dengan adanya website, anda boleh mencari pelanggan pada bila-bila masa sahaja termasuk luar waktu operasi bisnes. Pelanggan juga lebih selesa untuk mendapatkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang bisnes anda tawarkan.

Website yang cantik dan mesra pengguna juga boleh membuatkan pelanggan lebih percaya dengan perniagaan anda berbanding jenama lain yang tiada laman web atau mempunyai website yang kurang baik. Ini sekaligus akan meningkatkan kredibiliti bisnes anda dan membuatkan pelanggan yakin untuk mencuba jenama anda.

Tambahan pula, kebanyakan jenama masa kini juga telah memiliki website sendiri. Jadi, memang rugi kalau anda tak memilikinya untuk bersaing dengan jenama lain.

Sekiranya anda berminat untuk membina laman web perniagaan anda sendiri atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang servis pembangunan website, sila hubungi team LamanWeb di pautan ini.

Tiada jalan pintas untuk seorang usahawan itu berjaya. Ia pastinya memerlukan kesabaran dan strategi yang bijak dalam mengaplikasikan tips dan trik bisnes.

Jadi, jangan bimbang sekiranya rutin bisnes anda terhalang kerana platform tersebut sudah tidak lagi menyediakan ciri yang anda gunakan untuk memperkenalkan produk anda. Terdapat banyak alternatif lain yang boleh anda terokai untuk kembangkan lagi bisnes anda secara online.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top