Tahun baru adalah waktu yang tepat untuk selaraskan hala tuju bisnes dan strukturkan semula brand identity.

Sama ada anda merancang untuk revamp brand sedia ada atau ingin bina brand yang kuat, sesebuah bisnes perlu ada brand dengan identiti yang kukuh, unik dan sesuai dengan sasaran bisnes.

Apa Itu Brand Identity? 

Brand identity adalah hasil branding atau penjenamaan yang boleh didapati dalam bentuk fizikal dan digital. Ia merupakan koleksi elemen digital dan ketara (tangible) yang sesebuah syarikat hasilkan bagi menggambarkan imej yang sesuai kepada audiens sasaran.

Kesemua elemen ini seterusnya dapat mencetuskan visual untuk brand dan membuatkan pelanggan lebih mudah kenalpasti sesebuah jenama.

Ayuh kita semak beberapa tips dan cara untuk bina brand identity yang konsisten.

Brand Identity

Cara Bina Brand Identity Yang Berkesan Untuk Bisnes

1. Kenali Jenama Anda

Identiti jenama yang baik perlulah dibina daripada ‘dalam’. Dengan erti kata lain, anda perlu fahami misi, nilai bisnes dan selling point unik yang jenama anda miliki.

Daripada situ anda boleh senaraikan beberapa karakter dan elemen penting yang boleh digunakan dalam membina identiti bagi brand.

Jenama anda juga perlulah ada gaya tersendiri. Selain lebih menyerlah, cara ini juga akan buatkan pelanggan lebih mudah ingat pada jenama.

Antara contoh jenama popular yang ada gaya tersendiri adalah Pak Mat Western. Jenama kambing perap mampu menawan hati ramai pengguna menerusi video dengan jalan cerita yang menarik.

Gaya marketing serta kandungan media sosial yang selari dengan trend semasa membuatkan ia mendapat engagement yang tinggi daripada pengguna media sosial.

2. Konsisten Itu Penting

Setelah anda membina brand dengan ton, visual dan brand voice yang sesuai, gunakanlah ia secara konsisten di semua platform digital.

Ini dapat membantu anda untuk lebih mudah dikenali oleh pelanggan.

Walaupun perniagaan hanya dilakukan di tepi jalan, namun ramai yang mula kenali ayam goreng Muiz. Daripada jauh, pelanggan sudah boleh cam kelibat kiosk mereka yang serba jingga.

Terkenal dengan sajian ayam goreng yang lazat, jenama ini juga banyak bermain dengan warna jingga dalam setiap kandungan media sosial mereka.

Dengan penggunaan warna secara konsisten begini, pelanggan pasti akan terlintas untuk mengingati ayam goreng Muiz sama ada ketika mereka di luar atau ketika menggunakan media sosial.

3. Utamakan Pelanggan

 

Selain muncul secara konsisten di media sosial, jenama anda juga perlu banyak berinteraksi dengan pelanggan atau audiens.

Fahami gelagat audiens, dengar maklumbalas dan penuhi keperluan mereka. Jangan lupa untuk bina engagement bersama pelanggan dengan membalas komen dan cetus perbualan.

Ini dapat membantu anda bina hubungan yang baik dengan audiens di media sosial. Brand yang rajin berinteraksi juga akan membuatkan pelanggan rasa lebih terbuka untuk kenali jenama dengan lebih mendalam.

Jadi, memang rugi kalau anda sekadar muat naik post tapi tidak bina interaksi!

Mungkin anda tahu yang jenama kecantikan HYGR banyak berkongsikan content di media sosial. Namun, tahukah anda jenama yang diasaskan oleh pempengaruh Ivor Xian Z ini juga memanfaatkan saluran Telegram untuk mendapatkan cadangan serta maklumbalas daripada pelanggan?

Sedari bahawa kepuasan pelanggan adalah matlamat utama, mereka sangat rajin mengumpul maklumbalas pelanggan di platform tersebut.

Menerusi saluran yang dinamakan HYGR BESTIES, jenama ini turut memberi peluang kepada pelanggan terpilih untuk mencuba produk terbaru mereka.

Lebih menarik lagi, lipbalm terbaharu mereka iaitu Sunkissed juga merupakan inspirasi daripada cadangan pelanggan. Tanpa disangka, ia kini menjadi antara produk HYGR yang paling laris!

Brand Identity

4. Hasilkan Content Berkualiti dan Interaktif

Dalam menghasilkan content, kualiti sebenarnya adalah jauh lebih penting daripada kuantiti. Tiada gunanya anda kerap memuatnaik content tetapi tidak mampu untuk tarik perhatian audiens.

Anda juga boleh cetus engagament bersama audiens dengan hasilkan poll, kuiz atau adakan sesi live di media sosial.

Memetik statistik dari startup.com, content yang bersifat interaktif sebegini mampu menjana sehingga 2 kali lebih banyak conversion dan 4 hingga 5 kali lebih banyak pageviews berbanding content yang bersifat pasif.

Selain itu, anda juga boleh kongsikan nilai serta kisah menarik mengenai bisnes sambil menyuntik elemen emosi seperti aktiviti di balik tabir dan sebagainya.

Kek Tapak Kuda Azra adalah antara jenama yang paling popular dan rajin berinteraksi dengan pelanggan di TikTok. Selain rajin membuat sesi live untuk menjual produk, jenama ini juga banyak menjawab persoalan dan komen pelanggan menerusi video di platform tersebut.

Kek tapak kuda popular ini juga banyak berkongsikan proses penghasilan produk mereka menerusi platform TikTok.

Brand Identity

5. Pantau dan Tambah Baik

Walaupun brand identity perlu konsisten, namun ini tidak bermakna ia tidak perlu ditambah baik. Pantau prestasi dan penerimaan brand dari semasa ke sama dan ubahsuai sekiranya perlu.

Anda juga boleh semak semula komen atau maklumbalas daripada pelanggan atau audiens di media sosial.

Setelah 35 tahun di pasaran, jenama biskut tempatan terkemuka iaitu Julie’s Biscuit telah mengubahsuai logo mereka dengan menampilkan rekaan yang lebih segar.

Mengekalkan maskot, typography dan tona warna yang sama, logo terbaharu ini memaparkan gadis Julie’s yang memandang ke atas bagi menggambarkan keyakinan dan harapan.

Memetik Rtist.co, ia bukan sahaja tampak lebih moden, malah pembaharuan logo ini merupakan langkah penting untuk jenama ini demi menarik pelanggan dalam kalangan yang lebih muda.

Brand Identity

Dah sedia untuk bina brand identity yang mantap untuk bisnes? Kenalpasti visual, nilai dan gaya yang sesuai dengan bisnes dan cetus engagement dengan pelanggan menerusi content yang menarik dan interaksi yang konsisten.

Selamat mencuba!

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top