Kemahiran digital dan e-niaga adalah satu keperluan bagi kelangsungan perniagaan masa kini. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, seorang pemilik bisnes boleh ketinggalan sekiranya tidak menerapkan kemahiran penting dalam mengendalikan perniagaan.

Kemahiran ini juga tidak terkecuali untuk para wanita yang sejak akhir-akhir ini dilihat semakin ramai menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Bagi menerapkan kemahiran perniagaan secara digital dalam kalangan usahawan wanita, sebuah program latihan serta perkongsian kemahiran dan ilmu iaitu Training of Trainers (ToT) telah berlangsung di Korea Selatan.

Acara ini bermatlamat untuk memperkasakan kebolehan pelatih daripada negara ASEAN dengan pendedahan terhadap ilmu serta kemahiran praktikal berkaitan e-niaga dan pendigitalan perniagaan.

Oleh itu, mereka boleh menyalurkan semula kemahiran serta ilmu tersebut kepada para wanita yang mengusahakan bisnes PKS (perusahaan kecil dan sederhana) di negara masing-masing.

Dianjurkan oleh Asia Pacific Women’s Information Network Centre dan Sookmyung Women’s University, program ini merangkumi latihan berkaitan platform digital, e-commerce, pemasaran atas talian serta kemahiran lain yang boleh membantu para peniaga bersaing pada zaman digital ini.

Pelatih program juga berpeluang mendapat inspirasi menerusi perkongsian daripada beberapa usahawan wanita Korea Selatan yang berpengalaman dalam sektor e-niaga.

Di samping itu, acara yang berlangsung di Grand Ballroom Hanra Hall, Seoul Dragon City, Seoul, Korea Selatan ini juga bakal menjadi platform kepada para pelatih untuk berkolaborasi, bertukar pengalaman serta membina jaringan bersama pensyarah dan pelatih lain dari negara tersebut.

Membawa Tema ‘Memperkasakan Penglibatan Ekonomi Digital Untuk Wanita ASEAN PKS Mikro’, program ini turut melibatkan kehadiran daripada 200 pakar e-niaga daripada 10 negara ASEAN.

Training of Trainers

Web Impian Kongsi Produk Pemasaran Digital di Persada Antarabangsa

Antara pakar e-niaga yang berpeluang untuk berkongsi kemahiran dalam bidang ini adalah Encik Abdul Rizal bin Abdul Razak, Pengarah Urusan dan pengasas bersama syarikat Web Impian Sdn Bhd yang turut mewakili Malaysia sebagai peserta program Training of Trainers.

Beroperasi di Kota Bharu, Kelantan, syarikat yang diusahakan oleh dua rakan niaga iaitu Encik Abdul Rizal dan Encik Hanny Ramzy ini telah mendapat kepercayaan ramai usahawan dalam mengembangkan syarikat serta meluaskan pasaran menerusi medium atas talian.

Dalam usaha membantu komuniti usahawan di Malaysia, Web Impian sedia menawarkan produk serta perkhidmatan rundingan berkaitan pemasaran digital, media sosial, rekaan laman web, pembangunan laman e-commerce, platform pembayaran dan emel korporat.

Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri teknologi maklumat (IT), Web Impian telah membantu ramai usahawan untuk menggandakan potensi bisnes mereka menerusi produk pendigitalan perniagaan seperti pembangunan laman web serta pemasaran emel.

Menerusi program Training of Trainers, syarikat ini diberi peluang untuk berkongsi satu lagi produk utama mereka yang sering mendapat permintaan tinggi iaitu SMS Niaga.

Sebagai pembekal khidmat pemasaran SMS dengan harga serendah RM 0.08 per kredit, SMS Niaga telah menjadi pilihan ramai pemilik bisnes untuk mencapai pelanggan secara berkesan.

 

Seperti yang kita tahu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan sekatan penghantaran SMS yang mengandungi URL serta kandungan sensitif lain seperti nombor akaun bank dan butiran peribadi.

Berikutan notis tersebut, penghantaran mesej yang mengandungi pautan bakal disekat untuk membendung kegiatan penipuan dalam talian.

Meskipun ia merupakan usaha yang baik, namun ia juga boleh menyebabkan pemilik bisnes sukar untuk mencapai pelanggan menerusi pemasaran SMS.

Namun, Web Impian telah memulakan langkah yang lebih awal untuk membantu para subscriber SMS Niaga agar kod pendek (shortcode) mereka mendapat kelulusan daripada SKMM.

Usaha ini juga secara tidak langsung menjadi bukti komitmen pasukan SMS Niaga dalam menawarkan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan. Ia juga selari dengan matlamat Web Impian untuk menjadi pembekal khidmat produk pendigitalan perniagaan yang dipercayai.

Diharapkan supaya program ini dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan kemahiran dalam pendigitalan perniagaan demi perkembangan bisnes yang diterajui oleh para wanita ASEAN.

Tambahan pula, ia merupakan satu kemahiran yang penting agar pemilik bisnes mampu bersaing dalam industri.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top