Seiring dengan perkembangan teknologi, sesebuah bisnes perlu peka dengan perkembangan trend media sosial pada setiap tahun. Maklumlah, teknologi digital masa kini berevolusi dengan cukup pantas dan sering alami perubahan.
Tambahan pula, hampir 80% rakyat Malaysia merupakan pengguna media sosial. Jadi, memang rugi jika pemilik bisnes atau pemasar tidak memanfaatkan platform media sosial untuk tarik pelanggan berpotensi dan kekalkan minat pelanggan setia.
Bagi membantu anda merancang strategi pemasaran digital untuk tahun ini, ayuh kita lihat trend media sosial 2024.
Trend Media Sosial 2024 Yang Pemilik Bisnes Perlu Tahu
1. Media Sosial Sebagai Platform Khidmat Pelanggan
Pelanggan masa kini sering mengharapkan tindakan yang pantas bagi masalah yang mereka hadapi. Laporan daripada Zendesk menunjukkan lebih daripada 70% pelanggan mengharapkan respon yang pantas daripada syarikat yang mereka hubungi.
Survey lain pula dapati 90% pelanggan merasakan adalah penting untuk mereka dapatkan respon pantas daripada sesebuah bisnes.
Jadi, permintaan untuk respon dan bantuan pantas ini telah membuatkan kebanyakan jenama mula menawarkan bantuan khidmat pelanggan menerusi platform media sosial.
Antara jenama yang pantas memberikan respon kepada pelanggan di media sosial adalah jenama makanan segera tempatan, Marrybrown.
Jenama ini bukan sahaja rajin berinteraksi secara santai di ruangan komen, malah mereka juga tidak lupa untuk memberikan bantuan kepada pelanggan secepat mungkin.
-
Kandungan Berasaskan Video
Kandungan berbentuk video sememangnya mendapat sambutan yang cukup hangat di semua platform media sosial.
Peningkatan trend penghasilan video pendek dan live streaming juga didapati cukup konsisten pada waktu ini. Ia bukan sahaja merupakan medium yang sesuai untuk menjual, malah ramai pemilik bisnes yang mula beralih kepada video marketing untuk tingkatkan brand awareness.
Terdapat beberapa jenama tempatan yang cukup menyerlah dalam video marketing antaranya Pak Mat Western dan Mydin.
Kesemua jenama ini mempunyai gaya marketing dan jalan cerita menarik dalam setiap video sehinggakan membuatkan pengguna media sosial ternanti-nanti.
Lebih penting lagi, kedua-dua jenama ini cukup bijak memanfaatkan trend semasa demi menghasilkan kandungan yang kreatif.
Video pendek yang mereka hasilkan juga cukup menarik sehinggakan pengikut media sosial tidak rasa seperti sedang menonton iklan promosi.
Kalau tak percaya, cuba tonton video TikTok dari Mydin ini, sangat kreatif dan mencuit hati!
@mydinmalaysia Promosi luar kotak kembali dengan pembelian seekor je siakap dapat Asam Jawa Cik Suri! Korang boleh tengok sendiri Datuk cakap berapa harga seekor Siakap tu. Ingat, Bermula 29 Disember 2023 sampai 1 Januari 2024, setahun geng! #MYDINMalaysia #TikTokMalaysia
3. Kandungan Reel atau Story
Bercakap tentang video pendek, fungsi Reel dan Story di platform Instagram dan Facebook yang bersifat ringkas dan boleh dikongsikan pada masa nyata juga mempunyai impak yang besar bagi menarik pengguna media sosial.
Trend ini juga sesuai bagi bisnes yang suka berkongsi promosi atau aktiviti syarikat kepada pengikut secara spontan dan pada masa yang nyata.
Pada masa yang sama, ramai jenama yang turut memanfaatkan Reel atau Story ini untuk berkongsikan maklumbalas menarik daripada pelanggan.
Jenama pakaian muslimah moden iaitu Calaqisya cukup terkenal dan mempunyai penggemar mereka tersendiri.
Sebagai jenama yang aktif mengadakan program untuk pelanggan, Calaqisya tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan fungsi Reel dan Story di Instagram bagi mempromosikan aktiviti terkini.
Mereka juga aktif berkongsi maklumbalas menarik sebagai tanda menghargai sokongan pelanggan terhadap jenama mereka.
4. Penggunaan Influencer Untuk Pemasaran
Influencer adalah personaliti yang menyerlah dan mampu memberikan impak yang kuat kepada pengguna media sosial. Mereka juga diramalkan bakal mendominasi trend digital bagi tahun 2024.
Syarikat minyak dan gas terkemuka, Shell Malaysia baru-baru ini juga telah ‘upgrade’ marketing mereka dengan melantik influencer terkenal, Ceddy Ang sebagai duta rasmi Shell Café.
Ini merupakan langkah yang bijak kerana ramai pengguna media sosial tempatan sudah kenali Ceddy dan gaya reviewnya yang santai tetapi straightforward.
Mungkin sesetengah bisnes ragu untuk mendapatkan khidmat pemasaran daripada influencer seperti Shell risau tidak cukup bajet.
Bagi bisnes dengan bajet pemasaran yang kecil atau sederhana, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mendapatkan khidmat daripada nano-influencer iaitu personaliti dengan 1,000 hingga 10,000 pengikut media sosial.
Walaupun pengikut mereka tidak ramai, namun sebuah kajian membuktikan bahawa nano-influencer mampu mendorong engagement sehingga dua kali ganda.
Jadi, Ceddy berada dalam kategori influencer yang mana? Dengan jumlah pengikut seramai 137,000 orang, Ceddy boleh dikategorikan sebagai mid-level influencer.
5. Media Social Sebagai Search Engine
Berbanding menggunakan Google, pengguna internet masa kini didapati lebih selesa untuk mengenali jenama atau produk tertentu menerusi media sosial.
Daripada survey yang dijalankan oleh Statista, kira-kira 44% pengguna golongan Gen Z dan 33% pengguna millenial kini mendapatkan informasi produk melalui media sosial.
Tambahan pula, ia adalah satu platform yang mudah untuk digunakan pelanggan serta sentiasa dikemaskini.
Memetik Hubspot, didapati 90% pemasar juga bersetuju yang Social Search Optimization adalah penting dan kini menjadi sebahagian daripada strategi pemasran.
Jadi, apabila anda ingin promosikan produk di media sosial, jangan lupa untuk gunakan keyword bersesuaian, dan manfaatkan hashtag serta Alt Text agar kandungan anda lebih mudah ditemui pelanggan.
6. Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR)
Dengan perkembangan teknologi VR dan AR, platform media sosial didapati sesuai untuk dimanfaatkan oleh pemilik bisnes bagi menawarkan pengalaman yang lebih mendalam buat pelanggan.
Kajian daripada MAGNA Media Trials juga mendapati kira-kira 64% pelanggan terbuka untuk menggunakan AR ketika membeli belah.
Berdasarkan kajian ini, antara produk yang sesuai untuk diperkenalkan menerusi AR adalah pakaian, perabot, alatan teknologi dan produk kecantikan.
Beberapa jenama kosmetik seperti Fenty Beauty juga tidak melepaskan peluang untuk gunakan teknologi AR bagi memberikan pengalaman unik buat pengguna media sosial.
Penghasilan filter daripada TikTok Effect ini mampu menjana ratusan ribu hingga jutaan engagement di media sosial! Cara ini bukan sahaja dapat membantu pelanggan mendapatkan produk yang sesuai dengan citarasa, malah ia juga merupakan salah satu taktik brand awareness yang berkesan.
Dari penghasilan video pendek, penggunaan Instagram Story dan AR filter, media sosial kini menjadi platform pemasaran yang penting untuk semua bisnes.
Semuanya mempunyai impak dan kelebihan masing-masing dalam pelbagai aspek antaranya kualiti khidmat pelanggan, brand awareness dan peningkatan engagement.
Oleh itu, jangan lupa untuk pertimbangkan penggunaan trend media sosial 2024 ini untuk kembangkan lagi bisnes anda secara atas talian!