Pemasaran emel merupakan salah satu cara efektif yang ramai pemilik bisnes gunakan dalam merancakkan interaksi pelanggan.
Walaupun teknik pemasaran ini boleh dikatakan agak mainstream, tetapi ia dapat membuahkan hasil yang berganda dengan penggunaan teknik yang betul.
Selain untuk tujuan promosi, pemasaran emel juga merupakan platform yang sesuai untuk anda kongsikan perkembangan terkini atau pengumuman penting mengenai bisnes.
Jadi, kami akan kongsikan beberapa tips pemasaran emel yang anda boleh cuba untuk menarik minat pelanggan dan tingkatkan keberkesanan kempen.
1. Pastikan Subject Line Emel Ringkas dan Spesifik
Subject line yang simple harus dititikberatkan ketika anda mengarang emel. Sekiranya terlalu panjang, dikhuatiri subject line anda tidak dapat dilihat sepenuhnya lebih-lebih lagi apabila penerima membuka emel menggunakan smartphone.
Tambahan pula, hampir 46% pengguna lebih memilih untuk membaca emel melalui telefon bimbit pada waktu ini.
Jadi, subject line anda perlulah straightforward dan dikarang dengan kurang daripada 50 karakter supaya subject line boleh dipaparkan secara jelas dan lengkap.
Untuk menarik perhatian pelanggan, anda juga boleh mewujudkan unsur urgency dalam subject line emel anda dengan menggunakan frasa seperti ‘Tawaran Masa Terhad’ atau ‘Hari Ini Sahaja’.
Ini juga boleh mencetuskan perasaan ingin tahu dan Fear Of Missing Out (FOMO) di kalangan penerima emel.
2. Peribadikan Emel Pelanggan Anda
Antara kaedah yang ramai marketer gunakan untuk buatkan email jadi lebih menarik ialah dengan menambahkan unsur peribadi atau personalization.
Dengan memasukkan nama panggilan pelanggan pada subject line dan penggunaan ayat yang lebih santai, pelanggan pasti akan rasa lebih dihargai. Sekaligus, ini akan menarik minat pelanggan untuk berbelanja dengan bisnes anda.
Oleh itu, adalah penting bagi bisnes untuk membuat pelanggan merasa dihargai dengan mengirimkan e-mel yang diperibadikan secara unik dan khusus untuk mereka.
Malah, ciri personalization ini dalam email didapati mampu meningkatkan kadar bukaan emel sehingga 26%.
Sebagai pemilik bisnes, email yang diselitkan dengan unsur peribadi juga didapati mampu meningkatkan hasil jualan sehingga 760%!
Selain itu, anda juga digalakkan untuk menawarkan kandungan emel yang sesuai dengan minat peribadi pelanggan.
Semak latar belakang pelanggan dan kategorikan mereka berdasarkan beberapa segmen seperti gelagat pembelian, jumlah pembelian serta produk yang diminati.
Ini dapat membantu anda untuk kenali pelanggan dan seterusnya mencipta kandungan emel yang lebih terperinci dan bersesuaian dengan minat mereka.
Barulah mereka lebih berminat untuk membaca emel daripada bisnes anda.
3. Pastikan Emel Ada Struktur Yang Cantik
Selain kandungan, struktur emel juga merupakan salah satu komponen yang penting. Selain lebih mudah untuk dibaca, emel sebegini juga boleh menyerlahkan sisi profesional jenama anda.
Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan struktur emel yang optimum seperti penggunaan perenggan yang pendek dan penggunaan bullet point untuk highlight kandungan penting.
Pastikan juga emel anda mempunyai butang Call-To-Action (CTA) yang jelas untuk mendorong tindakan pelanggan agar bersesuaian dengan matlamat kempen.
Memandangkan ramai pengguna kini bergantung kepada telefon bimbit untuk membaca emel, anda juga perlu memastikan bahawa emel yang anda hasilkan mudah untuk dibaca melalui peranti mudah alih.
4. Lindungi Privasi Emel
Menjaga privasi ketika menjalankan aktiviti pemasaran emel merupakan elemen penting yang setiap bisnes perlu patuhi. Pelanggan juga pasti lebih menghargai bisnes yang menghormati data peribadi mereka.
Sebelum menghantar emel, pastikan anda telah mendapat kebenaran daripada pelanggan terlebih dahulu.
Walaupun pelanggan pernah bersetuju untuk menerima pemasaran emel daripada anda sebelum ini, namun mereka juga berhak untuk hentikan langganan pada bila-bila masa.
Jadi, anda perlu menyediakan kaedah opt-out atau unsubscribe dengan mudah untuk kegunaan mereka.
5. Lancarkan Pemasaran Emel Pada Waktu yang Sesuai
Pemilihan waktu yang tepat dapat meningkatkan kadar kebarangkalian emel anda untuk dibuka.
Menurut ecinsider, kebanyakan rakyat Malaysia cenderung memeriksa emel mereka pada hari dan waktu bekerja.
Ketika ini, ramai orang berada di tempat kerja dan mempunyai akses internet untuk semak akaun emel mereka. Jadi, kebarangkalian untuk mereka membuka dan membaca emel pada waktu ini adalah tinggi.
Selain itu, anda juga perlu mengelak untuk hantar emel pada tengah malam atau hujung minggu kerana ia boleh mengganggu waktu peribadi pelanggan.
Namun anda juga boleh lakukan ujian atau trial & error untuk mengenal pasti waktu penghantaran yang sesuai.
Untuk mencapai matlamat kempen, pastikan anda mempunyai kandungan emel yang menarik dan dihantar pada waktu yang optimum.
Emel yang dihasilkan juga perlu mempunyai unsur personalization dan struktur yang baik untuk menggalakkan interaksi pelanggan dengan jenama anda.
Dengan tips-tips yang dikongsikan ini, anda juga mampu menarik pelanggan dan meningkatkan hasil bisnes anda menerusi pemasaran emel.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda lancarkan kempen pemasaran emel yang seterusnya. Selamat mencuba!
Sumber: https://richworks.com/
Baca juga: INSPIRASI PAGI : 7 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjaya & Kaya