Tiktok, platform media sosial yang semakin popular kini telah melancarkan ciri baharu iaitu Branded Effects bagi membantu dalam pemasaran bisnes.

Kemudahan Effect House Branded Effects adalah perkembangan daripada platform pembangunan TikTok iaitu TikTok Effect House.

Dengan Effect House, media sosial popular ini mampu menawarkan tools untuk membangunkan kesan AR (augmented reality) kepada creators dan membolehkan jenama memanfaatkannya secara lebih bebas dan kreatif.

Ciri terbaharu ini membolehkan jenama-jenama mencipta dan mempromosikan kesan AR yang diubahsuai di platform tersebut, seperti filter wajah, sticker dan kesan visual lain kepada pengguna.

Dengan pelancaran Branded Effects, bisnes kini dapat bekerjasama dengan top effects creators untuk membina kesan khas untuk jenama mereka di media sosial dan kempen secara atas talian.

Ia juga membolehkan pengguna berinteraksi dengan jenama dalam pelbagai cara antaranya :

  • Mencuba warna dan gaya solek
  • Memakai topi atau menukar warna rambut
  • Melekatkan pelekat atau bingkai, seperti mikrofon berjenama
  • Mengikuti gerak tari
  • Menggunakan pergerakan kepala untuk mengemudi kenderaan
  • Memperoleh animasi menarik dengan mengimbas gambar, teks atau objek

Selain meningkatkan aliran trafik, Branded Effects juga membenarkan jenama untuk tonjolkan lagi content mereka kepada pengguna secara meluas melalui paid branding. Ini membolehkan effect yang sesebuah jenama hasilkan untuk tampil dengan lebih mudah di bahagian Trending.

Lebih menarik lagi, Branded Effects juga dilengkapi dengan ciri khusus untuk pemasaran seperti call-to-action dan penyasaran audiens secara spesifik.

TikTok turut mencadangkan beberapa niche perniagaan yang sesuai untuk menggunakan ciri terbaharu ini antaranya produk penjagaan diri, kecantikan, barangan harian, hiburan dan barangan runcit.

TikTok juga memaklumkan bahawa semua format iklan menyokong paparan Branded Effects ini. Perkara ini dapat mendorong pengguna ke Effects Page aplikasi dan membuatkan ia lebih mudah ditemui.

Jenama juga dapat mengawal paparan video yang menggunakan kesan mereka untuk paparan yang lebih selamat.

Ini bagi memastikan hanya video yang sesuai atau positif sahaja akan dipamerkan apabila pengguna TikTok mencari ciri kesan pada aplikasi itu.

Kelebihan Branded Effects

Antara manfaat lain yang ditawarkan dalam ciri Branded Effects adalah :

1. Memberi peluang kepada jenama untuk berhubung dengan pengguna secara lebih interaktif dan bermakna.

2. Memastikan kandungan video dapat dilabel secara baik dengan pemilikan yang terpelihara dan mudah untuk ditemui.

3. Kempen kesedaran (awareness campaign) dapat dilaksanakan dengan lebih baik di samping mendorong pengguna menjadi sebahagian daripada program.

4. Membolehkan jenama mencipta gaya serta trend dengan mudah di kalangan pengguna TikTok.

@microsoft365

Which style did you get? Tag us in your videos #WordArt #WordArtFilter

♬ Caramel Latte – Prod. By Rose

Tiktok juga teruja untuk berkongsikan kejayaan Microsoft dalam penggunaan Branded Effects bagi menjangkau komuniti dalam talian.

Menurut catatan blog, agensi Microsoft 365 Superdigital telah menggunakan Effect House untuk mencipta kesan WordArt You. Kesan tersebut terbukti mendapat sambutan ramai dengan penghasilan 126,000 video TikTok dan jutaan tontonan daripada pengguna.

@laneige_kr

지금 라네즈 #ThirstForLife 챌린지에 참여하시고 선물 받아가세요!!!! #WBE #Waterbank #laneige

♬ THIRST FOR LIFE – 라네즈 워터뱅크 에센스

Jenama lain yang turut memanfaatkan ciri baharu ini adalah Mucinex. Jenama ini didapati berhasil meningkatkan niat membeli di kalangan pengguna sebanyak 42.7%.

Selain itu, ciri Branded Effect turut memberi manfaat kepada pelbagai jenama popular lain seperti Laneige, Netflix Jerman dan Shoppers Drug Mart.

Penemuan ini cukup menarik memandangkan ancaman larangan TikTok di Amerika Syarikat boleh menjejaskan usaha pemasaran pengiklan.

Reuters melaporkan setakat ini, kebanyakan agensi dan jenama tidak bercadang untuk menarik diri daripada menggunakan TikTok untuk tujuan promosi kerana keberkesanannya dalam mencapai pelanggan secara atas talian.

Laporan tersebut turut memetik data daripada Insider Intelligence yang menunjukkan pendapatan iklan TikTok di AS dijangka mencapai $6.83 bilion tahun ini, meningkat daripada $780 juta pada tahun 2020.

Sementara itu, TikTok juga melihat pengenalan ciri baharu ini sebagai peluang untuk memperluaskan lagi cara untuk menjana keuntungan daripada platform tersebut.

Sumber: techcrunch.com

Baca juga: 7 Tips Marketing Berkesan Untuk Tingkatkan Sales Bisnes Anda

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top