Adakah anda sedang merancang strategi SEO untuk laman web bisnes? Memang tak dinafikan SEO yang baik boleh membuatkan website anda lebih senang muncul di enjin carian, menggalakkan trafik yang tinggi dan meningkatkan brand awareness bagi jenama.
Namun, apakah cara terbaik untuk bina SEO? Ayuh ikuti tips dari kami.
1. Jangan Abaikan Media Sosial
Apa kaitan media sosial dengan pembangunan SEO? Sebenarnya kedua-dua platform ini berkait rapat antara satu sama lain.
Seperti yang kita tahu, media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram boleh menjadi saluran penting untuk mempromosikan bisnes dan membina hubungan baik bersama pelanggan.
Selain itu, ia juga dapat membantu anda mendorong trafik ke laman web.
Bila trafik semakin meningkat, maka lebih tinggi peluang untuk website bisnes anda mendapat ranking yang baik di Search Engine Results Page (SERP).
Jadi, anda perlulah aktif berkongsi post yang interaktif di media sosial supaya Google dapat mengenalpasti bisnes anda sebagai jenama yang relevan dan dipercayai pelanggan.
2. Lakukan Keyword Research
Keyword research dapat membantu bisnes anda fahami apa yang pelanggan cari di atas talian. Dengan mengenalpasti kata atau frasa tertentu yang pengguna gunakan untuk mencari bisnes seperti yang anda usahakan, anda boleh hasilkan content yang sesuai dengan keperluan dan minat mereka.
Selain untuk menjana idea bagi kandungan website, keyword yang baik juga boleh menjadi asas yang kuat untuk pembangunan SEO.
Apabila bisnes anda gunakan keyword yang sesuai dengan content, anda akan beri isyarat kepada enjin carian seperti Google bahawa bisnes anda relevan dengan topik yang dicari pengguna.
Ini seterusnya boleh membina ranking yang baik dan meningkatkan dorongan trafik ke website anda.
Selain penggunaan keyword yang tepat, content yang anda hasilkan juga perlulah berkualiti tinggi, padat dengan informasi serta mampu meningkatkan engagement pelanggan.
Jadi, anda perlulah luangkan sedikit masa untuk kenalpasti kata dan frasa yang pelanggan sering gunakan di atas talian dan gunakan maklumat tersebut untuk hasilkan content sesuai.
Barulah lebih ramai kenali kewujudan bisnes anda.
3. Optimakan Struktur Website
Untuk bina SEO yang mantap, anda juga perlu pastikan yang website anda mempunyai struktur yang baik.
- Bila website anda ada navigasi yang mudah, pelanggan akan cenderung untuk kekal lama dan berinteraksi dengan kandungan dalam lawan web. Ini juga akan mengurangkan bounce rate dan meningkatkan kadar engagament yang tinggi di website.
Selain untuk bina SEO, struktur website yang baik juga boleh memberikan impak positif terhadap enjin carian seperti Google.
Website yang mempunyai struktur yang jelas juga memudahkan enjin carian untuk fahami kandungan yang dikongsikan.
Ini boleh membaiki ranking website anda dan memudahkan pelanggan untuk cari anda secara atas talian.
Antara tips untuk optimakan website yang anda boleh cuba adalah :
- Gunakan URL yang jelas dan serta tepat dengan kandungan.
- Aturkan kandungan berdasarkan kategori dan subkategori
- Pastikan website anda mempunyai loading time yang pendek serta mudah untuk dilayari melalui telefon bimbit.
4. Hasilkan Kandungan Berkualiti
Kandungan yang berkualiti boleh menjadi nilai tambah bisnes anda di mata pelanggan.
Menerusi kandungan seperti perkongsian tips, informasi atau kandungan media sosial yang menarik, ia juga boleh menyerlahkan lagi kepakaran sesebuah bisnes dalam industri tertentu.
Lebih penting lagi, kandungan sebegini bukan sahaja dapat mencetus interaksi audiens, malah ia juga baik untuk pembinaan SEO bagi website.
Ditambah pula dengan penggunaan keyword yang sesuai, anda boleh memberi isyarat kepada Google bahawa website anda mempunyai pelbagai sumber bernilai untuk topik tertentu.
Kesannya, ranking dalam hasil carian bagi website akan meningkat dan pelanggan juga lebih mudah untuk temui anda secara online.
5. Optimakan Website Untuk Carian Lokal
Seperti yang kita tahu, pelanggan masa kini akan menggunakan internet untuk mencari produk atau perkhidmatan di sekitar mereka.
Jadi, memang rugi kalau bisnes anda tidak muncul dalam carian lokal secara atas talian.
Dengan memfokuskan kepada keyword dan frasa tertentu, anda boleh tingkatkan lagi peluang website anda untuk muncul di enjin carian.
Antara kaedah yang anda boleh gunakan adalah :
- Manfaatkan Google My Business untuk muatnaik informasi dan gambar berkaitan bisnes anda.
- Masukkan nama lokasi anda di bahagian tajuk, meta description atau kandungan yang dihasilkan.
- Galakkan pelanggan yang berpuas hati untuk berikan online review. Cara ini boleh membantu anda bina reputasi dan tarik lebih ramai pelanggan.
6. Bina Backlink Yang Berkualiti
Pembinaan backlink adalah salah satu strategi SEO untuk bisnes yang perlu dititikberatkan.
Backlink adalah pautan daripada website lain yang mendorong ke arah website anda. Apabila website lain letakkan pautan ke website anda, ini memberi isyarat kepada Google bahawa website anda mempunyai maklumat bernilai tinggi.
Ini boleh meningkatkan ranking anda di enjin carian serta memudahkan pelanggan untuk mencari atas secara atas talian.
Antara tips untuk membina backlink yang berkualiti adalah :
- Hasilkan kandungan yang berkualiti tinggi sehingga membuatkan website lain tertarik untuk meletakkan pautan website anda.
- Berhubung dengan website lain untuk jalinkan kerjasama
- Turut serta dalam komuniti lokal dan cari peluang untuk bisnes anda tersenarai dalam direktori lokal atau website yang relevan.
7. Pantau Website Analytics
Dengan menjejak prestasi website dari segi trafik, bounce rate dan masa yang pengguna habiskan di laman web, anda boleh fahami gelagat pengguna dan kenalpasti kandungan atau laman yang popular.
Pada masa yang sama, website analytic juga boleh menjadi alatan yang berguna untuk SEO. Dengan menjejak metrik seperti ranking keyword, backlinks dan organic search traffic, anda boleh fahami prestasi website anda di enjin carian.
Ini sekaligus dapat membantu anda untuk kenalpasti ruang yang boleh dibaiki dan susun strategi SEO mengikut keperluan.
Sebagai contoh, jika anda dapati website anda tidak mendapat ranking yang baik untuk keyword tertentu, anda boleh susun semula strategi kandungan dan fokus untuk hasilkan kandungan yang lebih relevan dengan topik tersebut.
Selain itu, jika anda dapati pengguna tinggalkan website terlalu cepat, anda boleh semak semula user experience dan tempoh loading website.
Walaupun tiada jalan pintas untuk bina SEO, namun anda boleh fokus pada kajian keyword, struktur website, kandungan berkualiti, carian lokal dan backlink untuk bangunkan website.
Anda juga perlu ingat bahawa strategi SEO ini perlu dipantau secara berterusan memandangkan trend dan gelagat pengguna sentiasa berubah.
Selamat mencuba!
Sumber : sprinklesmedia.com
Baca Juga : Peranan Blog Untuk Dorong Trafik Bagi Laman E-Commerce Anda