Syarikat yang memiliki jenama Foodpanda iaitu Delivery Hero baru-baru ini telah mendedahkan hasrat mereka untuk menjual operasi perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing itu di Asia Tenggara.

Buat masa ini, satu-satunya nama yang dikatakan berpotensi untuk mengambil alih perkhidmatan Foodpanda adalah Grab sahaja. Namun, syarikat lain yang berminat masih berpeluang untuk mengambil alihnya. Tambahan pula,

Pihak Delivery Hero memaklumkan bahawa rundingan sedang diadakan dalam peringkat awal rundingan dengan beberapa pihak di pasaran Asia Tenggara terpilih.

“Perbincangan ini masih dalam peringkat awal dan tidak pasti serta ia tertakluk kepada pelbagai perkara yang terbuka sama ada ini akan membawa kepada perjanjian yang muktamad. Pertimbangan pembelian untuk seluruh transaksi masih dalam perbincangan.

Jika ditandatangani, transaksi ini dijangka akan tertakluk kepada beberapa syarat termasuk mendapatkan kelulusan-kelulusan regulasi yang diperlukan dalam bidang kuasa yang berkaitan,” ulas Delivery Hero.

Susulan berita tersebut, kini syarikat yang berpangkalan di Jerman itu turut mengesahkan rancangan mereka untuk membuang sejumlah pekerja Foodpanda di rantau ini. Setakat ini, masih belum dinyatakan jumlah pekerja yang bakal terkesan.

Berdasarkan sebuah kenyataan, Delivery Hero menyatakan bahawa langkah pengurangan tenaga kerja ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk melancarkan lagi struktur operasi agar lebih efisien pada masa akan datang.

asia tenggara

Pada masa yang sama, langkah ini penting bagi menjamin kelangsungan syarikat untuk terus bertahan meskipun dilanda krisis ekonomi.

Oleh itu, Delivery Hero pilih untuk fokus kepada komitmen jangka masa panjang iaitu membina perniagaan yang kukuh dan menguntungkan.

Pihak Foodpanda turut menegaskan bahawa fasa pengurangan tenaga kerja ini tidak akan menjejaskan rakan penghantar mereka, malah mereka lebih memfokuskan kepada bahagian pengurusan serta operasi sahaja.

Memetik CNBC, ini merupakan proses pembuangan kerja yang ketiga dilakukan oleh Foodpanda sejak Februari dan September tahun lalu.

Meskipun begitu, ia bukanlah suatu fasa yang asing dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Syarikat p-hailing yang lain seperti Grab dan Deliveroo juga telah mengambil tindakan yang sama pada tahun ini.

Sumber : CNBC

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top