Pejam celik, tahun 2024 bakal menjelma tak lama lagi. Untuk para usahawan, apakah persediaan yang anda bakal lakukan untuk mantapkan lagi bisnes pada tahun hadapan?
Ayuh kita ikuti sedikit tips untuk kickstart bisnes yang dipetik daripada perkongsian Ammar Zahar Page.
9 Tips Untuk Kickstart Bisnes 2024 Yang Usahawan Wajib Tahu
1. Buang Perasaan Malas
Apabila melangkah ke tahun baru, mindset juga mestilah baru. Buangkan perasaan malas yang ada jauh-jauh. Untuk pastikan bisnes berjaya pada tahun 2024, seseorang usahawan itu perlu ada semangat untuk kejar cita-cita. Jika hanya berada di takuk lama, memang susah untuk mencapai kemajuan.
Jutawan dan pengasas Microsoft, Bill Gates juga akui dahulu beliau sangat suka berlengah dan malas untuk lakukan tugas penting sehinggalah tiba saat akhir.
Namun, beliau akui cara ini tidak akan memajukan dirinya. Setelah melatih diri membuang habit buruk tersebut, barulah beliau berjaya bangunkan syarikat perisian komputer sendiri.
2. Semak Trend Pasaran
Semak apa yang trending dan produk apa yang ramai orang cari. Sekiranya trend tersebut berkaitan dengan bisnes anda, maka lebih mudah untuk anda ikutinya.
Sebagai contoh, sekiranya anda dapati ramai pada waktu ini ambil berat tentang kesihatan, mungkin sudah tiba masanya untuk anda hasilkan produk penjagaan kesihatan.
3. Sasarkan Pasaran Yang Betul
Untuk pastikan bisnes berjaya, anda perlulah tetapkan target market yang tepat. Contohnya, jika anda menjual barangan bayi, anda perlulah target pada pelanggan yang baru mendirikan rumah tangga atau ibu bapa muda.
Pastikan pelanggan yang berada dalam sasaran betul-betul berminat dengan produk atau servis yang kita tawarkan.
4. Kuasai Digital Marketing
Pada zaman ini, sesebuah bisnes tak kiralah kecil atau besar boleh ketinggalan sekiranya tidak menggunakan digital marketing.
Memandangkan terdapat jutaan pengguna di media sosial, anda juga perlulah rajin kemaskini bisnes di platform tersebut. Sekiranya dimanfaatkan dengan baik, media sosial juga boleh menjadi lubuk menjual yang lumayan.
Tentukan jenis kandungan yang sesuai serta waktu yang optimum untuk kemaskini kandungan bagi menarik perhatian pelanggan.
5. Rancang Kewangan Dengan Bijak
Masuk sahaja tahun baru, anda juga perlu rancang kewangan syarikat dengan lebih bijak. Setiap duit yang keluar dan masuk perlu dipantau dengan rapi.
Kewangan yang tidak dijaga boleh menyukarkan anda untuk kembangkan bisnes. Lebih teruk lagi, ia juga boleh menjadi punca kepada kejatuhan syarikat.
6. Cipta Inovasi dan Perlu Lebih Kreatif
Sekiranya bisnes anda mahu lebih menyerlah berbanding pesaing lain, anda perlulah suntikkan idea yang segar dan kreatif.
Buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Barulah pelanggan tertarik untuk cuba produk atau perkhidmatan anda. Seperti pengasas Tealive iaitu Bryan Loo, beliau dapat merealisasikan impian untuk buka cawangan minuman boba itu di tengah-tengah Swanson Street, Australia kerana ia merupakan lokasi tumpuan pelanggan.
Akhirnya Bryan dan pasukannya mendapat idea untuk mengubahsuai sebuah mesin ATM untuk menjadi sebuah cawangan.
Disebabkan ruang yang sempit, mereka perlu memasang peralatan daripada siling. Setelah enam bulan, Tealive berjaya membuka operasi di Swanson Street dan sekaligus memecah rekod sebagai cawangan dengan keluasan paling kecil (35 kaki persegi).
7. Bina Jaringan
Bila anda libatkan diri dalam dunia bisnes, adalah penting untuk anda bina jaringan dengan orang sekeliling terutamanya usahawan lain.
Sambil berkongsi pendapat dan pengalaman, siapa tahu mereka ada peluang bisnes untuk anda?
8. Perlu Ada Backup Plan
Apa-apa boleh terjadi dalam dunia perniagaan. Tambahan pula keadaan ekonomi pada waktu ini tidak menentu.
Jangan terlalu yakin sehingga tiada backup plan. Sekiranya Plan A tidak berjaya, anda boleh teruskan bisnes dengan Plan B. Yang penting, jangan mudah beputus asa.
9. Dapatkan Rehat Yang Cukup
Memang penting untuk pastikan bisnes berjalan lancar, namun jangan terlalu stres sehingga tak cukup rehat.
Kesihatan juga perlu diutamakan supaya anda dapat uruskan bisnes dengan baik. Jaga pemakanan dan dapatkan rehat yang cukup supaya badan anda sihat dan bertenaga setiap hari.
Untuk kekal relevan dalam industri, anda perlu rajin ikuti trend terkini dan pelajari teknik digital pemasaran. Pada masa yang sama, anda juga perlulah membuat rancangan kewangan dan hasilkan backup plan untuk bisnes. Barulah perkembangan bisnes anda lebih terjamin.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang strategi dan kickstart bisnes dengan lebih baik pada tahun hadapan. Selamat mencuba!
Sumber : Facebook Ammar Zahar PageĀ