Jumaat, 4 September 2015
Lebih kurang jam 10.00 pagi tadi, 6 orang pegawai dari KPDNKK telah datang melawat secara mengejut ke premis AFSB ekoran menerima aduan dari pelanggan.
Aduan tersebut mengatakan kek coklat Anis yang bersaiz 400 gram yang dijual di Kedai Mesra Petronas telah dinaikkan harga kepada RM 14.00 selepas perlaksanaan GST. Berbanding sebelumnya yang hanya dapat dibeli pada harga RM 10.00.
Oleh itu beberapa dokumen diserahkan kepada pegawai untuk dibuat siasatan termasuk kontrak yang sah dengan Petronas Dagangan.
Selepas siasatan ternyata dakwaan tersebut tidak betul. Kontrak tersebut mengatakan bahawa harga kek di Petronas sudah mulai dijual pada harga RM14.00 sejak September 2014 yang lalu (sebelum perlaksanaan GST).
Justeru itu pihak KPDNKK sangat berpuashati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak pengurusan AFSB. Lebih memeranjatkan lagi, CEO AFSB menerangkan bahawa kek coklat 400 gram tanpa pembalut khas boleh dibeli dgn harga RM 10.00 + 6% GST dikedai AFSB di Seksyen 13 Shah Alam.
Harga yang dijual tersebut tidak menampung kos rebet (untuk Petronas dan pasaraya) , kos pengangkutan, kos penghantaran dan kos pengedaran berbanding premis sektor korporat.
Katanya lagi, pilihan kepada pelanggan telah diberikan sejak 5 tahun yang lalu. Bagaimanapun beliau berpendapat mungkin yang membuat aduan itu adalah pelanggan baru yang tidak tahu sejarah harga Anis Choc Moist Cake di pasaran. CEO AFSB menerima aduan tersebut dengan hati yang terbuka.
Selain itu pihak AFSB juga sangat berpuashati layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pegawai KPDNKK yang hadir. Para pegawai tersebut menjalankan tugas mereka dengan penuh etika dan harmoni.
Maklumat ini diperolehi dari pemilik Anis Choc Moist