Dalam perkembangan ekonomi pada hari ini, terdapat beberapa syarikat yang berjaya mendominasi pasaran global sehingga mampu memcatatkan nilai modal pasaran melebihi satu trillion dolar.

Syarikat-syarikat trilion dolar teratas di dunia ini juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam industri masing-masing secara signifikan.

Bagaimanakah mereka mampu mencapai kejayaan luar biasa ini dan apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan syarikat-syarikat ini? Ayuh kita terokainya bersama-sama.

syarikat trilion dolar

5 Syarikat Trilion Dolar Teratas di Dunia

1. Microsoft Corporation : Pemangkin Landskap Dunia Digital

Ditubuhkan pada tahun 1975, syarikat yang ditubuhkan oleh Bill Gates dan Paul Allen ini muncul sebagai peneraju kepada dunia digital moden yang kita kenali sekarang.

Mencatatkan nilai modal pasaran sebanyak hampir US$3 trilion dolar, Microsoft merupakan pemain industri pertama dalam bidang pembangunan perisian, perkhidmatan awan dan komputer peribadi.

Microsoft baru-baru ini turut muncul sebagai syarikat paling bernilai di dunia dan sekaligus merampas takhta Apple.

Kedudukan Microsoft sebagai syarikat teknologi perisian nombor satu di dunia juga dilihat lebih stabil menerusi penawaran perisian komputer terkemuka iaitu Windows.

Pesaing rapat kepada Apple ini juga menjadi pilihan kedua kepada pengguna yang inginkan produk elektronik serta perisian komputer yang lebih murah berbanding Apple.

2. Apple Inc. : Syarikat Teknologi Berpengaruh di Peringkat Global

Apple Inc. telah ditubuhkan oleh Steve Jobs, Steve Woznak dan Ronald Wayne pada tahun 1976. Syarikat ini terkenal dengan tawaran produk eletronik, perisian dan perkhidmatan dalam talian.

Memegang nilai modal pasaran yang tidak jauh bezanya dengan Microsoft US$2.889 trilion), rata-rata pengguna tidak dapat menafikan kedudukan Apple sebagai salah satu syarikat bertaraf global yang paling berharga serta berpengaruh.

Meskipun berada di kedudukan kedua, Apple Inc juga  merupakan syarikat pertama yang berjaya mencapai status ‘trillion dollar company’.

Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka adalah brand culture yang terbina dengan cukup mantap.

Dengan menerapkan nilai tambah pada jenama, Apple berjaya menetapkan harga yang tinggi dan kukuh bagi setiap produk di pasaran.

Walaupun harga produk mereka lebih tinggi berbanding jenama lain, mereka tidak perlu bersaing dalam meletakkan harga produk.

Seperti yang kita sedia maklum, Apple merupakan peneraju pasaran telefon pintar serta peranti bernilai tinggi dan produk terkenalnya seperti MacBook, iPhone dan Apple Watch mempunyai jutaan pengguna di seluruh dunia.

Setiap satu pengguna juga biasanya memiliki lebih daripada satu produk Apple untuk kegunaan peribadi mahupun kerja.

3. Saudi Aramco : Pengeluar Minyak Mentah Terbesar di Dunia

Syarikat Trilion Dolar

Syarikat yang turut dimiliki oleh keluarga terkaya di Arab Saudi ini mempunyai akses kepada dua sumber utama minyak dan gas iaitu al-Ghawar dan al-Safaniya, yang terletak di lokasi pengeluaran minyak terpenting di dunia.

Saudi Aramco bukan sahaja bertanggungjawab bagi pengeluaran minyak, malah setiap kenaikan dan penurunan hasil minyak dari mereka boleh memberi kesan kepada harga minyak mentah dunia.

Selain menjadi peneraju minyak mentah, syarikat ini turut menjana kekayaan dalam penglibatan dalam pelbagai pelan pelaburan.

Menerusi Aramco Development Company, syarikat ini aktif dalam pelaburan dalam industri lain seperti pemprosesan hidrokarbon hidrogen, tenaga solar dan gas asli.

Ini sekaligus turut membantu Saudi Aramco dalam mengembangkan portfolio syarikat mereka dan mencapai pelaburan jangka masa panjang.

4. Google, Aphabet, : Lebih Dari Sekadar Enjin Carian

Siapa yang tidak pernah menggunakan Google? Enjin carian terkemuka di peringkat global ini sangat popular dan mempunyai nilai pasaran yang sangat besar iaitu US$ 1.763 trilion.

Selain mendominasi pasaran carian, jenama ini turut menjana keuntungan luar biasa menerusi platform pengiklanan digital iaitu Google Ads.

Dengan penggunaan Google secara meluas sebagai enjin carian, ini sekaligus telah mendorong ramai usahawan untuk menggunakan servis pengiklanan dari Google.

Tambahan pula, ia kini menjadi pilihan utama ramai pemilik bisnes dalam mencapai pelanggan dan mengembangkan jenama secara berkesan.

Selain mendominasi khidmat enjin carian serta perkhidmatan pengiklanan digital, Google juga meluaskan lagi modal perniagaan mereka dalam bidang pengkomputeran awan (Google Cloud), perkakasan (Google Pixel, Nest), perisian (Google Workspace) dan kenderaan autonom (Waymo).

Kepelbagaian ini juga sekaligus mengukuhkan lagi nilai keseluruhan syarikat Google Alphabet dalam pasaran global.

5. Amazon.com Inc :  Memperkasa Sektor E-Dagang

Syarikat Trilion Dolar

Amazon.com Inc., yang telah ditubuhkan oleh Jeff Bezos pada 1994 ini bukanlah suatu nama asing dalam industri e-dagang.

Dengan menawarkan konsep pembelian yang lebih mudah, selesa dan penawaran pelbagai produk serta perkhidmatan, Amazon kini menjadi antara syarikat e-dagang paling unggul di dunia.

Syarikat ini juga berjaya mencatatkan nilai modal pasaran melebihi US$ 1.5 trilion dolar atas usaha mereka menawarkan pendekatan berorientasikan pelanggan, sistem logistik yang cekap serta teknologi yang mampu melancarkan proses pembelian secara atas talian.

Pada masa yang sama, Amazon turut menjana keuntungan luar biasa dengan melabur serta mengambil alih syarikat-syarikat lain di pasaran saham Amerika Syarikat.

Memang sukar untuk saingi dominasi yang dipegang oleh syarikat-syarikat trilion dolar ini. Mereka bukan sahaja berjaya bangunkan jenama yang popular di peringkat global, malah syarikat-syarikat ini juga boleh dikatakan sebagai pengubah landskap utama bagi pelbagai sektor penting dalam ekonomi dunia.

Sambil menawarkan pelbagai perkhidmatan penting seperti perisian, teknologi dan e-dagang, sesetengah daripada mereka juga aktif dalam pelaburan di pelbagai sektor lain demi mengembangkan nilai syarikat.

Sumber : majalahlabur.com

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top