Siapa tak kenal dengan IKEA? IKEA merupakan peruncit perabot terbesar di dunia yang mempopularkan konsep perabot DIY.

Jenama dari Sweden ini juga turut mendapat perhatian ramai kerana kualiti serta keunikan bagi setiap rekaan perabot dan hiasan dalaman.

Walaupun nama mereka cukup gah dan sudah ada banyak lokasi di serata negara, rupanya masih banyak pesaing yang dapat mengatasi hasil jualan IKEA.

Setelah dikaji, rupanya pesaing lain sudah terlebih dahulu membuka kedai e-commerce untuk tingkatkan hasil jualan.

Tak cukup besarkah nama brand ini sampai perlu buka laman e-commerce seperti bisnes lain? Jom kita tengok kepentingan jualan atas talian untuk lebatkan sales jenama perabot popular ini.

IKEA

Kenapa E-Commerce Penting Untuk IKEA

IKEA sememangnya terkenal dengan pengalaman membeli belah yang unik di setiap cawangan. Itu belum termasuk tawaran aneka hidangan seperti meatball dan chicken wings yang menjadi trademark bagi jenama ini.

Namun, keunikan yang ditawarkan di IKEA juga masih tidak menjamin hasil jualan yang memuaskan.

Ini juga disebabkan oleh tingkah laku pengguna yang berubah mengikut peredaran teknologi. Semakin hari, semakin ramai pelanggan yang beralih kepada pembelian secara online.

Shopping perabot secara online jelas lebih menjimatkan masa dan tenaga. Pengguna pula boleh membuat perbandingan pilihan produk tanpa perlu bergerak dari kedai ke kedai.

Selain itu, pengguna juga bebas untuk membuat pembelian pada bila-bila masa sahaja.

Kesan E-Commerce Kepada IKEA

Sejak memperkenalkan pilihan pembelian secara atas talian, IKEA merekodkan lonjakan hasil jualan sehingga 30%!

Ia dilihat sebagai satu taktik jualan yang berkesan buat jenama perabot ini. Dengan adanya laman web, IKEA juga didapati telah menarik lebih ramai pelanggan untuk mengenali produk mereka secara lebih dekat.

Menurut data 2016, laman web IKEA menerima lebih 40 juta lawatan setahun di Australia sahaja. Manakala pada 2017, IKEA.com menerima 2.3 bilion lawatan di seluruh dunia menjadikan jenama mereka lebih mudah untuk diterima oleh pasaran global.

Seiring dengan permintaan pelanggan yang cukup tinggi terhadap pembelian secara online, laman web IKEA mencatatkan lawatan sehingga 4 billion kali pada tahun 2022!

Jika anda lawati sendiri laman web IKEA, anda akan faham mengapa ia boleh menarik perhatian jutaan pelanggan.

Sebaik sahaja anda dibawa ke halaman utama, anda sudah boleh dapatkan feel yang sama apabila anda membelek halaman katalog IKEA. Berwarna warni tetapi cukup ringkas dan teratur.

Anda takkan hadapi masalah untuk cari produk yang diinginkan kerana semuanya telah disusun dengan baik mengikut kategori. Dari kabinet dapur, meja makan sehinggalah ke sarung bantal, semuanya dapat dicari dengan mudah.

Dengan navigasi yang ringkas, maka lebih senanglah pelanggan untuk buat pembelian di website.

Selain laman web, IKEA juga menawarkan kaedah pembelian melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan Appstore. Pelanggan juga boleh link-kan shopping cart di website dengan aplikasi tersebut. Senang sangat!

Di samping itu, pengguna juga akan diberikan notifikasi mengenai perkembangan terkini, promosi serta pengeluaran produk terbaharu melalui aplikasi tersebut.

IKEA

Kelebihan E-Commerce Untuk Perniagaan

Di Malaysia, e-commerce sudah tak asing lagi sejak adanya Marketplace e-commerce seperti Shopee dan Lazada.

Lagi-lagi sejak dunia dibadai pandemik Covid-19, pembeli terpaksa beralih kepada pembelian secara online dan menyesuaikan diri kepada penggunaan e-commerce.

Walaupun Marketplace ada customer base yang cukup besar, namun ia ada tetap ada kelemahannya tersendiri.

Terdapat banyak perkara yang penjual tak mampu kawal seperti kaedah pembayaran, pilihan penghantaran dan tawaran kupon kepada pelanggan.

Itu belum termasuk pelbagai peraturan ketat yang telah ditetapkan oleh Marketplace sehingga boleh membebankan pelanggan dan penjual.

Jadi sudah tiba masanya untuk jenama bisnes anda mula menjual di platform sendiri melalui website e-commerce.

Antara kelebihan website e-commerce yang pemilik bisnes boleh nikmati adalah :

  • Kebebasan untuk menetapkan kaedah pembayaran, penghantaran, tawaran diskaun.
  • Dapat mencapai pelanggan dengan lebih baik menerusi pemasaran digital.
  • Boleh tawarkan user experience terbaik untuk pelanggan.
  • Dapat menguatkan reputasi serta identiti jenama.
  • Pemilih bisnes berpeluang untuk kongsikan kelebihan produk serta perkhidmatan secara lebih detail.
  • Pelanggan lebih mudah temui jenama anda menerusi enjin carian.

Sedangkan nama besar seperti IKEA pun boleh kalah jika tak menggunakan e-commerce, apatah lagi jenama anda yang sedang berkembang?

Tambahan pula, kebanyakan pelanggan masa kini lebih memilih untuk membeli secara atas talian kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Jadi, memang rugi kalau jenama anda tak bangunkan website e-commerce untuk capai lebih ramai pelanggan dan bersaing dengan jenama lain.

Teringin nak bina website untuk bisnes tapi tak tahu caranya? Hubungi Lamanweb segera untuk dapatkan pakej website yang tepat untuk perniagaan anda.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top