Adakah anda sedang pertimbangkan untuk revamp atau design semula website? Disebabkan ia boleh memakan masa yang lama serta kos yang tinggi, anda perlulah kenalpasti masa yang tepat untuk lakukannya.

Berikut kami kongsikan beberapa tips serta strategi untuk design semula website.

7 Strategi Untuk Design Semula Website

Bukan sekadar untuk memberikan rekaan dan wajah yang baru, malah redesign atau revamp website memerlukan strategi yang rapi agar proses ubahsuai dapat dijalankan dengan lancar. Barulah mudah untuk anda dapatkan hasil yang diinginkan.

Antara strategi yang anda boleh ambil kira ketika design semula website adalah :

1. Kenalpasti Kelemahan Website

Kenalpasti beberapa metrik yang penting seperti page load times, bounce rates, conversion rates dan purata tempoh yang pengunjung selalu habiskan di website anda.

Data ini seterusnya dapat membantu anda kenalpasti penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk perbaiki prestasi website.

2. Utamakan Page Penting

Setiap website pasti ada page tertentu yang sering dikunjungi pelanggan. Biasanya, page ini mempunyai trafik atau conversion rate yang paling tinggi.

Pastikan anda berikan fokus yang lebih kepada page-page ini supaya keberkesanannya masih dapat dikekalkan.

3. Pastikan Website Mobile Friendly

Disebabkan pengguna masa kini banyak bergantung kepada telefon bimbit untuk layari internet, website anda juga perlulah bersifat mobile-friendly.

Berbanding website desktop, Google akan berikan ranking bagi mobile website bergantung kepada response time atau tempoh loading. Jadi, anda perlulah menitikberatkan kelancaran website untuk mengekalkan aliran trafik yang optimum.

Design Semula Website

4. Ambil Kira Elemen Dalam Brand

Website anda juga perlu menjadi cerminan yang baik untuk brand. Jadi, ketika membuat rancangan untuk redesign, anda perlulah memasukkan elemen yang penting dalam brand seperti warna, font dan brand voice.

Pastikan elemen-elemen ini diserlahkan secara konsisten di dalam rekaan baharu.

5. Pertimbangkan Jenis Website Yang Sesuai

Jika sebelum ini anda hanya sekadar wujudkan website untuk bisnes, kini anda perlu ada matlamat yang jelas untuk tingkatkan fungsi serta potensi website.

Bergantung kepada hala tuju bisnes, anda mungkin perlu pertimbangkan beberapa penambahan elemen seperti keupayaan SEO, khidmat pelanggan, penambahan laman blog dan sebagainya.

Anda juga boleh tentukan sama ada ingin bangunkan jenis website dengan fungsi yang spesifik seperti e-commerce, laman korporat dan sebagainya.

Design Semula Website

6. Hasilkan Kandungan Berstategik

Untuk mendorong trafik ke website, anda perlulah hasilkan kandungan yang berinformasi dan interaktif. Rangka strategi untuk hasilkan kandungan yang sesuai dengan matlamat jenama dan mampu penuhi keperluan pelanggan.

Pada masa yang sama, anda juga boleh semak kandungan sedia ada dan nilai semula sama ada ia perlu dibuang atau dikemasikini.

7. Pantau Prestasi Website Baharu

Setelah anda lancarkan website dengan design baharu, jangan lupa untuk terus pantau prestasinya. Bandingkan metrik daripada data terdahulu dan kenalpasti sebarang masalah yang mungkin perlu diperbaiki.

Anda juga boleh pautkan website dengan Google Analytics.

Ia merupakan salah satu tool yang pentung untuk membantu anda kenalpasti gelagat pengunjung dan mengukur keberkesanan pemasaran yang dilakukan.

Setelah anda selesai bangunkan website baharu, anda juga perlu terus memantau untuk kenalpasti sebarang masalah. Ini penting bagi memastikan prestasi website anda konsisten dan terus meningkat.

Bila Perlu Design Semula Website?

Anda perlu ambil kira beberapa elemen penting untuk revamp semula website, bukan sekadar untuk kemaskini visual sahaja.

Sebelum ini kita pernah mengupas tentang mengapa website perlu lakukan ubahsuai atau revamp. Antaranya untuk tingkatkan user experience, untuk kemaskini branding dan untuk tingkatkan conversion rate.

Tiada kepakaran untuk bangunkan atau design semula website? Jangan risau. Gunakan sahaja khidmat daripada Lamanweb. Mereka sudah membantu ratusan bisnes untuk bangunkan website sesuai dengan keperluan.

Staff mereka juga sedia untuk berikan panduan serta sokongan teknikal.

Selamat mencuba!

Sumber : Forbes

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top