Dalam fasa awal perniagaan, kebanyakan syarikat akan fokus pada kelangsungan bisnes. Dalam masa yang sama, perniagaan kecil juga perlu fokus untuk berkembang agar ia mampu memberikan pulangan yang baik serta menjamin kestabilan pada masa hadapan.

Namun, nak tak nak, peniaga perlu merancang strategi yang baik demi mengubah bisnes kecil mereka kepada yang lebih besar.

Sebagai pemilik bisnes, apa yang anda boleh lakukan untuk kukuhkan perniagaan kecil supaya lebih maju dan dikenali ramai?

Nak tahu taktik apa yang boleh digunakan? Jom kita semak strategi penting yang peniaga kecil-kecilan perlu tahu.

strategi untuk transformasikan bisnes

6 Strategi Untuk Transformasikan Bisnes Supaya Lebih Maju dan Dikenali Ramai

1. Tarik Perhatian Pelanggan Sedia Ada

Untuk kembangkan bisnes, anda tidak perlu fokus untuk cari pelanggan baharu semata-mata. Dalam kebanyakan kes, pelanggan sedia ada mampu menjadi pemangkin untuk tingkatkan hasil jualan jenama anda. Statistik daripada Forbes juga membuktikan yang usaha untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan dapat meningkatkan nilai sesebuah syarikat. 

Pelanggan yang pernah buat pembelian juga didapati lebih cenderung untuk ulanginya, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai pengalaman yang positif ketika berurusan dengan sesuatu jenama. Selain itu, mereka juga tidak teragak untuk mencuba produk baharu yang bisnes anda tawarkan. 

Untuk ubah pelanggan baharu menjadi pelanggan setia, anda boleh analisa data pelanggan seperti jenis produk yang mereka minati serta jumlah pembelian dan gunakannya untuk rangka kempen pemasaran yang lebih bersasar.

Anda juga boleh wujudkan VIP Program atau Loyalty Program bagi menawarkan promosi khas supaya bagi mengekalkan sokongan pelanggan dalam jangka masa panjang.

2. Wujudkan Program Referral

Sambil anda kekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada, anda juga boleh kembangkan perniagaan dengan menarik pelanggan baharu melalui program referral. Program ini bakal memanfaatkan pelanggan sedia ada sebagai akses kepada pelanggan baharu.

Disebabkan majoriti daripada pelanggan sedia ada merupakan target pasaran jenama anda, kemungkinan besar kenalan mereka juga boleh tergolong dalam kelompok tersebut.

Bergantung kepada jenis dan saiz bisnes, anda boleh wujudkan program referral yang aktif dengan :

  • Bertanyakan kepada pelanggan sedia ada sama ada mereka mempunyai kenalan yang berminat dengan jenama anda.
  • Menawarkan insentif referral melalui pemberian diskaun istimewa.
  • Galakkan pelanggan untuk share dan tag jenama anda di media sosial

3. Review Kos Perniagaan

Selain itu, strategi untuk transformasikan bisnes yang ramai peniaga lakukan ialah dengan mengenalpasti kos penting yang melibatkan kemajuan jenama dan kualiti produk serta perkhidmatan.

Antara dua cara yang anda boleh lakukan untuk stabilkan kos perniagaan yang sedang berkembang adalah :

  • Kenalpasti produk atau perkhidmatan yang tak laku dan tukarkannya kepada yang lebih menguntungkan.
  • Rangka strategi jualan dan pemasaran yang lebih berkesan untuk jana lebih banyak hasil jualan.

Dalam mengurus kos perniagaan, pastikan anda tidak membuat pengurangan kos sehingga menjejaskan kepuasan pekerja dan kualiti khidmat pelanggan. Kedua-dua aspek ini adalah antara faktor yang paling kuat dalam perkembangan perniagaan.

4. Kembangkan Capaian Pasaran

Untuk buatkan jenama anda lebih terkenal dan dapat capai lebih ramai pelanggan, anda boleh praktikkan beberapa strategi seperti berikut :

  • Buka Kedai di Lokasi Baharu : Selain membuka cawangan baharu secara fizikal, anda juga boleh perbanyakkan platform kedai online seperti di e-commerce website atau Marketplace.
  • Sasarkan Demografik Baharu : Dalam perniagaan, anda tak boleh tumpu kepada sejenis kumpulan pelanggan sahaja.

Untuk luaskan pasaran, kenalpasti kumpulan pelanggan baharu yang boleh manfaatkan produk anda seperti pelanggan sedia ada. Anda boleh adakan kempen pemasaran khas bagi menarik kumpulan pelanggan ini.

Strategi Untuk Transformasikan Bisnes

5. Sertai Ekspo Keusahawanan

Walaupun perniagaan anda masih baharu, jangan malu untuk sertai ekspo atau acara keusahawanan.

Ekspo bukan sahaja dapat membantu tingkatkan brand awareness bagi jenama anda, malah anda juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelanggan sasaran secara lebih terus.

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan jaringan hubungan bersama pemilik bisnes lain bagi menggalakkan kolaborasi, kempen serta kerjasama B2B (business-to-business).

Kredit : Sobella

6. Pelbagaikan Produk atau Perkhidmatan

Dengan memperkenalkan perubahan berperingkat pada jenama, anda juga mampu untuk kembangkan bisnes dan capai lebih ramai pelanggan tanpa rasa terbeban.

Antara langkah yang anda boleh ambil adalah dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan serta sinonim dengan jenama anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual tanaman hiasan, anda juga boleh tawarkan produk berkaitan seperti baja, racun serangga, pasu dan sebagainya. Namun, strategi keenam ini hanya boleh dilakukan apabila bisnes anda sudah agak stabil.

Jangan pula anda terburu-buru untuk tambah produk lain sedangkan produk sedia ada pun belum ramai pembelinya! Tak salah juga untuk anda fokus kepada satu produk dan tambah baik kualitinya. 

Strategi Untuk Transformasikan Bisnes

Kejayaan dalam perniagaan tak akan dapat dicapai semalaman. Ia perlukan perancangan yang rapi dan usaha yang konsisten. Untuk menjamin kestabilannya, perniagaan anda perlu berkembang secara berperingkat melalui strategi yang terancang. 

Jadi, rangka strategi untuk transformasikan bisnes yang paling baik dan buat kajian pemasaran yang menyeluruh bagi mencapai matlamat bisnes. Jangan takut untuk mencuba kerana perniagaan adalah bersifat dinamik dan sentiasa berubah mengikut trend semasa. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kembangkan perniagaan kecil. Selamat mencuba!

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top