Dalam era teknologi masa kini, adalah penting untuk pemilik bisnes digitalkan perniagaan. Antara platform pemasaran digital yang ramai pemilik bisnes bina adalah website. Sesebuah bisnes dapat menikmati pelbagai kelebihan apabila melakukan urusniaga menerusi website. Namun, ia perlulah sering dipantau dan dikemaskini untuk berfungsi dengan baik.

Antara kaedah yang perlu dilakukan bagi memaksimakan potensi website bisnes adalah dengan melakukan revamp. Apa itu revamp dan mengapa ia penting untuk dilakukan secara berkala? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Apa Itu Revamp?

Revamp adalah proses membaiki website sedia ada agar mampu menawarkan fungsi serta paparan yang lebih baik.

Selain mengemaskini elemen seperti imej, font dan layout, website juga perlu di-revamp agar mempunyai fungsi yang sesuai dengan keperluan pelanggan serta hala tuju bisnes.

Ayuh kita semak 8 sebab utama sesebuah website perlu melalui proses revamp dari semasa ke semasa.

8 Sebab Website Bisnes Anda Perlu Lalui Proses Revamp

1. Untuk Tawarkan User Experience Yang Lebih Baik

Dunia perniagaan secara digital masa kini memang tak dinafikan banyak persaingannya. Jadi, jika bisnes anda tidak mampu tawarkan user experience terbaik, kemungkinan besar ia boleh memberikan impak buruk dan menjejaskan perkembangan jenama. 

Tambahan pula, user experience atau UX adalah aspek penting yang boleh menentukan kualiti website.

Antara user experience buruk yang perlu dielakkan adalah loading time dan kandungan yang sudah lapuk.

Sekiranya website anda gagal memberikan sebarang impak kepada pengguna dalam masa tiga saat, kemungkinan besar pelanggan akan hilang minat dan tinggalkan website anda serta merta. 

Pada masa yang sama, sekiranya pesaing anda mempunyai website yang lebih lancar, menarik dan mempunyai user experience mantap, pelanggan pasti akan memilih jenama pesaing tanpa berfikir panjang.

2. Untuk Baiki Ranking Website

Sekiranya anda tidak kemaskini website secara konsisten, anda boleh kehilangan aset digital yang cukup berharga iaitu Search Engine Result Position atau SERP. SERP adalah salah satu elemen yang boleh menentukan ranking website anda di carian Google.

Dengan lebih 65% peratus bergantung pada carian Google, website yang mempunyai ranking rendah boleh menjejaskan perkembangan perniagaan dan hasil jualan.

Jadi anda perlulah merangka strategi SEO dan kandungan pemasaran yang mantap untuk menjamin kedudukan yang baik dalam ranking Search Engine.

3. Untuk Memastikan Website Mesra Telefon Bimbit

Pengguna masa kini sangat bergantung kepada penggunaan telefon bimbit untuk mencari bisnes. Jadi, adalah penting untuk website anda mudah dibuka menerusi peranti seperti telefon bimbit dan tablet.

Selain memastikan website anda mempunyai struktur yang mesra telefon bimbit, anda juga perlu pastikan website yang tidak terlalu berat.

Berbanding website desktop, Google akan berikan ranking bagi mobile website bergantung kepada response time atau tempoh loading. Jadi, anda perlulah menitikberatkan kelancaran website untuk mengekalkan aliran trafik yang optimum.

4. Untuk Memenuhi Perkembangan dan Perubahan Audiens Sasaran

Anda juga perlu pertimbangkan untuk revamp website sekiranya pelanggan anda semakin berkembang atau bisnes anda mempunyai kumpulan pelanggan sasaran baharu.

Mungkin website anda pada waktu ini mempunyai kandungan dan fungsi yang tak relevan serta tidak mampu penuhi keperluan pelanggan baharu. Maka, sudah tiba masanya untuk anda fikirkan cara kemaskini kandungan dan tawarkan fungsi yang diperbaharui buat kemudahan pelanggan.

revamp

5. Untuk Selesaikan Isu Yang Dihadapi Pelanggan

Salah satu kaedah berkesan untuk kenalpasti masalah yang ada dalam laman web ialah dengan mendapat maklumbalas daripada pelanggan. Sekiranya pelanggan anda berhadapan dengan isu atau mempunyai aduan, anda perlulah pertimbangkan untuk revamp semula website.

Pelanggan anda mungkin mengalami masalah seperti berikut :

  • Sukar untuk check out ketika membuat pembelian
  • Website mengambil masa terlalu lama untuk loading
  • Website tidak boleh dibuka menerusi telefon bimbit atau peranti lain  

6. Untuk Kemaskini Branding

Sekiranya jenama anda baru jalani rebranding, perubahan tersebut juga perlu dikemaskini di website. Di samping mengemaskini kandungan, elemen rebranding yang penting untuk kelangsungan perniagaan adalah :

  • Slogan
  • Misi syarikat
  • Imej jenama
  • Suara jenama atau brand voice

Selain revamp website dengan element terbaharu, anda juga perlu maklumkan tentang perubahan yang dilakukan kepada pelanggan.

Walaupun anda sudah perkenalkan perubahan, pastikan kandungan serta nada yang digunakan tetap relevan dengan imej syarikat.

7. Untuk Tingkatkan Kadar Penukaran (Conversion Rate)

Struktur dan rupa website anda mungkin tiada masalah, namun anda mungkin perlu lakukan revamp sekiranya ia tidak mampu tingkatkan conversion rate atau kadar jualan dalam talian. 

Mungkin landing page anda terlalu rumit atau arahan Call-To-Action tidak jelas sehingga membuatkan pelanggan keliru.

Apa yang anda boleh lakukan ialah revamp landing page dan tambahkan butang Call-To-Action (CTA) yang jelas.

Selain itu, anda juga mungkin boleh semak semula flow website untuk kenalpasti sebarang masalah.

revamp

8. Untuk Tingkatkan Keselamatan Website

Secara purata, kira-kira 30,000 website digodam setiap hari akibat kegiatan serangan siber yang semakin kerap.

Data pelanggan dan kandungan dalam website juga mungkin terancam akibat kegiatan ini. Situasi ini boleh merugikan bisnes dan boleh meruntuhkan imej jenama serta-merta.

Jadi, anda perlulah ketatkan lagi aspek keselamatan website untuk lindungi bisnes serta privasi data pelanggan.  

Terdapat banyak sebab untuk anda revamp website. Sekiranya anda boleh relate dengan salah satu sebab di atas, mungkin sudah tiba masanya untuk anda kemaskini dan berikan nafas baharu buat website jenama anda.

Buat perancangan dan kenalpasti sudut yang perlu diperbaiki.

Sumber : wsiworld.com

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top