Adakah bisnes anda semakin sendu dan kurang pelanggan? Bukan hanya disebabkan oleh saingan, namun mungkin ada beberapa kesilapan yang bisnes anda telah lakukan sehingga pelanggan tidak berminat untuk menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Apakah kesilapan tersebut dan bagaimana cara untuk tanganinya? Ayuh kita semak satu persatu.

9 Sebab Mengapa Bisnes Anda Kurang Pelanggan

1. Khidmat Pelanggan Yang Tidak Memuaskan

Kualiti khidmat pelanggan yang rendah mungkin menjadi salah satu punca utama mengapa bisnes kurang pelanggan atau tidak mendapat sambutan.

Untuk menawarkan perkhidmatan yang mantap, sesebuah bisnes perlu berikan layanan terbaik kepada pelanggan.

Anda perlulah sediakan platform khidmat pelanggan yang cekap bagi membantu isu yang dialami pelanggan. Jangan pula sukarkan pelanggan dengan meminta mereka lalui pelbagai saluran untuk minta bantuan.

Selain itu, anda turut disarankan untuk bina hubungan yang lebih peribadi dengan pelanggan.

Ini membolehkan sesebuah bisnes itu untuk fahami citarasa dan gelagat pelanggan demi menawarkan perkhidmatan terbaik.

Sumber : readytrainingonline.com

2. Harga Yang Mengelirukan

Pemilik bisnes yang bijak perlulah meletakkan harga yang sesuai dengan perspektif pelanggan. Pastikan anda membuat kajian pasaran dan letakkan harga produk atau perkhidmatan pada nilai yang sesuai.

Jangan sesekali meletakkan harga produk yang tidak jelas kerana ia boleh mencetuskan salah faham. Jika nasib anda tidak baik, pelanggan yang tidak berpuas hati mungkin boleh laporkan bisnes anda kepada KPDN!

punca kurang pelanggan

Sumber : Sinar Harian

3. Staff Kurang Terlatih

Pelanggan juga sangat ‘pantang’ apabila terpaksa berhadapan dengan staff yang tidak cekap. Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pemilik bisnes terutamanya di kedai fizikal seperti restoran atau bengkel kereta.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda mengambil pekerja yang sanggup untuk belajar perkara baharu. Untuk mantapkan lagi operasi harian, bisnes anda juga boleh wujudkan sistem operasi yang mudah agar pekerja dapat belajar dengan lebih cepat.

Seperti Tealive, mereka telah membangunkan satu perisian yang dinamakan Kitchen Display System (KDS). Hanya dengan memasukkan pesanan dalam sistem, langkah-langkah dan ramuan yang diperlukan untuk membuat air akan terpapar di skrin.

Dengan bantuan perisian ini, Tearista yang sebelum ini memerlukan masa sebulan untuk mahir membuat air kini memerlukan tempoh latihan selama 7 hari sahaja.

Lebih menarik lagi, KDS ini juga dilengkapkan dengan ciri Cloud, jadi Tealive boleh mengemaskini menu baharu dalam sistem tanpa memerlukan pekerja jalani latihan pada tempoh yang lama.

4. Kualiti Produk Atau Perkhidmatan Tidak Seperti Yang Diharapkan

Pemilik bisnes yang beretika tidak akan meletakkan gambar produk yang ketara perbezaannya dengan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Seperti kes yang tular baru-baru ini, beberapa orang pelanggan kecewa apabila membeli cromboloni berharga belasan ringgit secara atas talian namun kualitinya tidak sama seperti dalam gambar yang diiklankan.

Ini boleh memusnahkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama anda.

Ditambah pula dengan kuasa media sosial masa kini, kelemahan bisnes anda boleh tersebar dengan pantas sehingga membuatkan anda sukar untuk menangi semula kepercayaan pelanggan.

kurang pelanggan

4. Tidak Jelaskan Produk Atau Perkhidmatan Dengan Baik

Selain kualiti produk yang tidak setara dengan iklan, peniaga yang tidak mampu menjelaskan produk atau perkhidmatan dengan baik juga boleh menyebabkan pelanggan hilang minat.

Dengan kemudahan internet di hujung jari, 96% pelanggan biasanya akan menyelidik sesebuah produk atau perkhidmatan sebelum berhubung dengan jenama tersebut.

Ini bermakna pelanggan anda sudah pun tahu apa yang bisnes anda tawarkan, tetapi mereka masih perlukan maklumat yang lebih lanjut dan bagaimana produk dan perkhidmatan anda dapat memberi manfaat pada mereka.

Oleh itu, anda perlu melatih staff agar bijak untuk kenalpasti masalah atau pain point pelanggan supaya mereka dapat tawarkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan mereka.

6. Respon Yang Lambat

Sesebuah bisnes juga boleh kehilangan pelanggan disebabkan oleh respon yang lambat menerusi telefon atau emel.

Memang tidak dinafikan yang sesetengah bisnes mungkin kekekurangan staf untuk melayan pelanggan secara atas talian. Oleh sebab itulah ramai pemilik bisnes yang kini beralih kepada penggunaan kepada AI atau chatbot.

Ini dapat mengurangkan beban pada wakil khidmat pelanggan. Dengan adanya bantuan chatbot, staff anda akan ada lebih banyak masa untuk utamakan isu atau masalah yang dihadapi pelanggan.

kurang pelanggan

7. Kurang Unsur Personalization

Tiada alasan untuk anda tidak masukkan unsur personalization ketika berinteraksi dengan pelanggan kerana terdapat pelbagai kajian yang membuktikan kesan positifnya terhadap bisnes.

Statistik menunjukkan bahawa 76% pelanggan cenderung untuk membeli daripada jenama yang menawarkan pengalaman dengan elemen personalization dan 60% pelanggan pula akan mengulangi pembelian.

Diambil daripada kata personal atau peribadi, personalization adalah satu pendekatan yang sering diambil oleh sesebuah bisnes dalam menawarkan pengalaman ekslusif dan peribadi buat pelanggan.

Bukan sekadar menyapa pelanggan dengan nama pelanggan, malah ramai pemilik bisnes kini menyusun strategi personalization untuk kenalpasti citarasa, gelagat pembelian dan minat pelanggan.

Dengan data yang dikumpul, sesebuah bisnes bolehlah tawarkan produk atau perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan pelanggan.

8. Tidak Peka Dengan Perubahan Semasa

Bisnes anda akan ketinggalan sekiranya tidak peka dengan perubahan semasa. Maklumlah, trend masa kini sangat cepat berubah sehingga boleh mempengaruhi citarasa pelanggan.

Ada kemungkinan produk yang anda tawarkan kurang pembelinya kerana sudah lapuk. Selain itu, mungkin juga anda sukar untuk dekati pelanggan kerana strategi pemasaran tidak sesuai untuk tarik pelanggan pada tahap usia tertentu.

Jadi, mahu atau tidak anda perlu sentiasa peka dengan perubahan trend dan kenalpasti kaedah pemasaran yang sesuai untuk tarik pelanggan secara atas talian.

9. Jarang Berinteraksi Dengan Pelanggan

Tiada gunanya anda membina platform bisnes di media sosial tapi tidak berinteraksi dengan pelanggan.

Untuk jadi jenama yang menyerlah, anda perlulah rajin menghasilkan content yang boleh mencetus engagement bersama audiens seperti poll, kuiz atau sesi live.

Memetik statistik dari startup.com, content yang bersifat interaktif mampu menjana sehingga 2 kali lebih banyak conversion dan 4 hingga 5 kali lebih banyak pageviews berbanding content yang bersifat pasif.

Sebagai permulaan, anda boleh rujuk jenama tempatan seperti HYGR atau Kek Tapak Kuda Azra dan pelajari bagaimana mereka hasilkan content untuk tarik minat pelanggan.

Jika anda merasakan yang perniagaan semakin mundur dan kurang pelanggan, cuba semak semula operasi bisnes dalam pelbagai aspek. Mungkin khidmat pelanggan, harga, kualiti atau strategi pemasaran bisnes anda perlu dibaiki.

Tambahan pula, bisnes juga perlu peka dengan perubahan dan trend semasa supaya tidak ketinggalan. Jangan mudah berputus asa dan cubalah hasilkan solusi terbaik untuk bangkit semula.

Sumber : Hubspot

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top