Dengan peredaran teknologi, ramai peniaga yang kini beralih kepada perniagaan online. Turut dikenali sebagai e-commerce, terdapat pelbagai pendekatan yang pemilik bisnes boleh ambil untuk kembangkan perniagaan.

Jom kita semak beberapa strategi yang menjadi pilihan ramai pemilik jenama masa kini.

8 Strategi E-Commerce Yang Anda Perlu Cuba Untuk Kembangkan Perniagaan Atas Talian

1. Bina SEO Yang Mantap

Untuk perniagaan online, adalah penting untuk anda membina SEO yang baik dalam website bisnes anda. Ini bagi memastikan supaya laman web anda dapat tersenarai dalam kedudukan atas pada Search Engine seperti Google, Yahoo dan Bing. Ini juga penting bagi mendorong pelanggan secara organik untuk mengenali jenama anda.

Antara kaedah untuk membina SEO bagi website anda adalah :

  • Lakukan keyword research yang bersesuaian dengan produk dan jenama anda.
  • Optimakan struktur website untuk kemudahan pengguna.
  • Sentiasa update kandungan dalam website agar selari dengan trend terkini.

2. Berkolaborasi dengan Influencer

Pada zaman ini, ramai pemilik bisnes yang berkolaborasi dengan influencer atau pempengaruh di media sosial bagi mencapai pelanggan baharu dan meningkatkan brand awareness. Kajian daripada Mediakix juga mendapati 80% pemasar bersetuju yang influencer marketing sangat berkesan untuk mencapai pelanggan.

Dalam strategi e-commerce ini, kebiasaannya influencer akan dibayar untuk promosikan produk anda melalui tawaran diskaun, sampel percuma, product review dan giveaway.

Antara saluran yang sering digunakan oleh influncer bagi mempromosikan produk adalah :

  • Instagram
  • Yotube
  • TikTok
  • Facebook

strategi e-commerce

3. Jual di Marketplace

Marketplace seperti Shopee dan Lazada dapat membantu pelanggan kenali jenama anda dengan lebih mudah memandangkan ia mempunyai customer base yang cukup luas.

 Marketplace dikatakan mempunyai beberapa peraturan yang ketat, tidak menawarkan kebebasan kepada peniaga dalam beberapa aspek seperti kaedah penghantaran dan pemasaran. Namun, ia merupakan platform yang sesuai bagi jenama yang baru berjinak-jinak dalam jualan produk secara online.

4. Manfaatkan TikTok

Pemilik bisnes ini memang rugi kalau tak lakukan pemasaran di TikTok. Dengan jutaan pengguna aktif setiap hari, kuasa TikTok dalam mencapai pelanggan memang tak perlu disangkal lagi. Tambahan pula, TikTok kini miliki fungsi TikTok Shop untuk memudahkan pelanggan membeli-belah dalam aplikasi. 

Selain itu, TikTok juga menawarkan banyak kelebihan berbanding media sosial lain seperti :

  • Algorithm TikTok yang mengutamakan kandungan daripada content creator baharu.
  • Paparan TikTok yang unik membuatkan pengguna cenderung untuk menghabiskan masa lebih lama di aplikasi ini berbanding aplikasi lain seperti Instagram atau Facebook.
  • Discovery Engine TikTok sangat membantu sesebuah video untuk jadi tular, tanpa mengira bilangan pengikut.

strategi e-commerce

5. Jalankan Kempen PPC

Iklan PPC atau Pay Per Click adalah sejenis iklan yang memerlukan pengiklan membayar setiap kali pautan mereka diklik oleh pengguna. Antara platform PPC yang paling popular di kalangan peniaga adalah Google Ads.

Google Ads memberi peluang kepada sesebuah perniagaan untuk muncul di bahagian atas Search Engine Results Page setiap kali pelanggan mencari sesuatu produk atau perkhidmatan berdasarkan kata kunci atau keyword.

Dengan adanya kemudahan ini, ia dapat meningkatkan kesedaran jenama (brand awareness) serta aliran trafik website secara lebih berkesan.

Ramai peniaga yang turut memilih Google Ads kerana prestasinya yang mudah diukur melalui laporan terperinci.

6. Mulakan Pemasaran SMS

Anda juga boleh capai pelanggan baharu dan lama menerusi pemasaran SMS. Sifat SMS seperti tinggi kadar bukaan, berkos rendah, tinggi kadar interaksi serta mudah untuk dikendalikan menjadikan ia antara marketing tool yang wajib dimiliki oleh mana-mana jenama.

Platform ini membolehkan anda untuk berkongsikan promosi, jualan khas, tawaran menarik serta peringatan kepada pelanggan secara mudah.

strategi e-commerce

7. Beri Peringatan Abandoned Cart

Menurut kajian daripada Baymard Institute, kira-kira 69.82% pelanggan cenderung untuk abaikan troli pada laman membeli-belah.

Jadi, adalah tanggungjawab anda untuk galakkan pelanggan check out produk anda segera. Antara kaedah yang paling ramai peniaga gunakan adalah dengan menghantar mesej peringatan menerusi pemasaran SMS atau pemasaran e-mel. Sertakan bersama pautan dalam mesej untuk mudahkan pelanggan ambil tindakan susulan.

8. Giatkan Lagi Kempen Pemasaran E-mel

Berdasarkan perkongsian daripada Hubspot, kira-kira 73% pengguna millenial lebih memilih untuk berkomunikasi dengan jenama menerusi e-mel.

Tambahan pula, lebih 90% daripada pelanggan cenderung untuk semak e-mel mereka setiap hari. Ini menandakan penggunaan e-mel masih relevan dalam dunia pemasaran bagi mencapai pelanggan.

Antara e-mel menarik yang boleh dihantar kepada pelanggan adalah :

  • Hantarkan kod promosi ekslusif.
  • Hantarkan ganjaran peribadi menarik sempena Hari Jadi.
  • Hantarkan newsletter untuk kongsikan perkembangan jenama anda.
  • Minta pelanggan hantar review mengenai penggunaan produk atau perkhidmatan anda.

Dengan perubahan trend pada zaman teknologi, terdapat banyak kaedah pemasaran yang anda boleh praktikkan. Dari penggunaan pemasaran SMS, pembinaan SEO bagi website sehinggalah ke pemasaran di media sosial, setiap satunya menawarkan kelebihan tersendiri bagi anda untuk mencapai pelanggan.

Pilihlah strategi e-commerce yang paling sesuai untuk perniagaan agar jenama dapat sama-sama bersaing dalam perniagaan secara online

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan rujukan buat anda yang ingin kembangkan bisnes. Selamat mencuba! 

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top