Teknologi maklumat (IT) bukanlah suatu industri yang mudah untuk dikuasai kerana sifatnya yang sentiasa berevolusi mengikut perkembangan semasa.

Namun, ini tidak menggugat keutuhan syarikat Web Impian Sdn Bhd yang diterajui oleh dua rakan kongsi iaitu Abdul Rizal dan Hanny Ramzy sejak 2010.

web impian

Untuk bertahan selama 13 tahun dalam industri ini bukanlah perkara yang mudah, namun setiap cabaran telah ditempuhi demi menawarkan solusi digital terbaik buat semua usahawan tempatan.

Dengan berbekalkan kepakaran serta pengalaman selama lebih satu dekad dalam industri, Web Impian kini menjadi pilihan ramai usahawan yang ingin mengembangkan bisnes secara atas talian.

Syarikat yang berpangkalan di Kota Bharu ini menawarkan perkhidmatan pemasaran digital iaitu pemasaran SMS (SMS Niaga) dan emel(Mail Niaga), emel korporat, rekaan web, platform pembayaran online (Bayarcash) pembangunan e-commerce, pengurusan server dan nama domain, social media influencer dan sebagainya.

Produk-produk yang ditawarkan oleh Web Impian turut mendapat kepercayaan daripada jenama bertaraf global antaranya GrabFood, Siti Khadijah, SimplySiti, Maybank dan Cinta Syria Malaysia.

Pada masa yang sama, Web Impian juga telah dipilih untuk menjadi rakan niaga Bank Islam bagi mempromosikan produk perbankan mereka dalam masa 2 tahun mendatang.

Baru-baru ini, syarikat Web Impian Sdn Bhd juga telah mencapai skor 3.5 bintang dalam Penarafan Daya Saing PKS atau SME Competitiveness for Enhancement (SCORE).

Ini sekaligus telah meningkatkan reputasi syarikat ini sebagai peneraju khidmat digital dan IT.

Promosi SMS Istimewa 13,000 Kredit Sempena Ulangtahun ke-13 Web Impian

Bagi menyambut ulangtahun ke-13 Web Impian, mereka kini menawarkan sehingga 13,000 kredit SMS percuma buat pelanggan menerusi SMS Niaga.

Pelanggan hanya perlu gunakan kod kupon WEBIMPIAN13 atau pergi ke pautan go.my/Webimpian13 bagi pembelian 3,000 kredit ke atas untuk menebus kredit percuma.

Dengan hanya RM 13, pelanggan baharu juga boleh nikmati 10 kredit percuma apabila mendaftar akaun SMS Niaga di https://www.naksms.com/anniversary-wisb.

web impian

web impian

Ramai pengguna SMS Niaga telah nikmati manfaat pemasaran SMS untuk lonjakkan lagi potensi bisnes mereka.

Inilah masa yang tepat untuk anda mencuba perkhidmatan pemasaran SMS. Tawaran istimewa ini sah sehingga 31 Disember 2023 sahaja, jadi jangan ketinggalan untuk dapatkannya.

Artikel lain : 7 Jenama Terkenal Yang Menggunakan Pemasaran SMS

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top