Pemasaran SMS

Untuk bersaing dalam perniagaan, sesebuah jenama perlulah sentiasa peka dengan kaedah pemasaran terkini. Antara strategi yang banyak jenama gunakan bagi mencapai pelanggan adalah pemasaran SMS. Walaupun SMS sering dianggap sebagai teknologi kuno, namun ia adalah salah satu marketing tools yang paling hangat di kalangan pemilik bisnes dan pemasar.

Buktinya, banyak jenama terkemuka turut mempraktikkan pemasaran SMS untuk kembangkan bisnes dan berhubung dengan pelanggan. Ia juga menawarkan pelbagai kelebihan seperti mudah untuk dikendalikan, mempunyai kadar bukaan yang tinggi serta berkos rendah.

Jom kita lihat bagaimana 7 jenama popular menggunakan pemasaran SMS untuk tingkatkan potensi bisnes dan mencapai pelanggan.

7 Jenama Terkenal Yang Gunakan Pemasaran SMS Untuk Tujuan Promosi

1. Starbucks

Siapa tak kenal dengan jenama kopi terkemuka ini? Seperti yang kita tahu, Starbucks menawarkan Loyalty Program bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan menerusi aplikasi telefon pintar.

Tidak cukup dengan itu, pelanggan setia juga akan diberikan notifikasi menerusi SMS mengenai tawaran mata untuk tebus minuman dan makanan percuma serta ganjaran Hari Jadi.

2. Domino’s

Jika anda gemarkan pizza, anda pasti pernah menerima SMS daripada Domino’s. Menerusi SMS, Domino’s menawarkan kod diskaun unik yang boleh digunakan oleh pelanggan ketika membuat pesanan secara atas talian. Mudah dan sangat praktikal!

3. IKEA

Jangan tak percaya yang IKEA turut gunakan pemasaran SMS sejak tahun 2009 untuk berinteraksi dengan pelanggan! Syarikat perabot dan hiasan dalaman gergasi ini menghantar mesej teks kepada 2 juta pelanggan setiap tahun untuk tujuan promosi dan tawaran diskaun. Setiap mesej turut dilengkapi dengan pautan bagi memudahkan rujukan dan tindakan pelanggan.  

Pemasaran SMS

4. Kylie Cosmetics

Syarikat kosmetik milik Kylie Jenner turut menggunakan SMS marketing untuk memberi peringatan kepada pelanggan mengenai jualan serta tawaran pratempah dan pelancaran produk baharu. Seperti IKEA, Kylie Cosmetics juga menyertakan pautan mudah di SMS untuk mendorong pelanggan ke website bagi membuat pembelian.

5. CNN

Terkenal sebagai saluran berita gergasi di Amerika Syarikat, CNN komited dalam menyalurkan berita terkini kepada pelanggan sasaran. Dengan melanggan pemasaran SMS melalui CNN, pelanggan bakal jadi yang terawal untuk ketahui perkembangan mengenai isu semasa serta berita tergempar dari serata dunia.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk opt-out langganan SMS dengan mudah dengan menghantar teks “STOP”.

6. Reebok

Jenama pakaian sukan yang terkemuka iaitu Reebok turut menggunakan strategi pemasaran SMS untuk menghantar kod promosi serta pengumuman produk terbaharu. Selain itu, Untuk meningkatkan interaksi pelanggan, Reebok juga tidak ketinggalan untuk mengadakan pertandingan melalui platform ini.

7. Airbnb

Pemasaran SMS turut dimanfaatkan oleh Airbnb bagi memudahkan host berhubung dengan penyewa. Menerusi SMS, host boleh berinteraksi dan memberikan peringatan berkaitan penginapan kepada penyewa. Penyewa pula boleh mendapat bantuan serta informasi pantas menerusi SMS pada waktu nyata daripada host.

Pemasaran SMS

Dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan, maka tidak hairanlah banyak jenama besar yang memanfaatkan pemasaran SMS bagi mencapai pelanggan. Anda juga boleh tingkatkan lagi potensi perniagaan anda menerusi platform ini.

 Hubungi kami segera untuk gunakan perkhidmatan SMS Niaga bagi jenama anda. Kami sedia membantu dan menawarkan pakej SMS dengan ciri-ciri menarik serta harga yang berpatutan.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top