5 Kelebihan Pemasaran SMS Untuk Bisnes

Pemasaran SMS adalah strategi pemasaran yang sering digunakan oleh pelbagai jenama untuk mengirimkan promosi dan informasi yang relevan kepada pelanggan melalui penghantaran SMS. Tahukah anda, terdapat pelbagai kelebihan pemasaran SMS untuk bisnes.

kelebihan pemasaran SMS

Kini, ramai usahawan yang memilih pemasaran SMS untuk tingkatkan potensi perniagaan dan mencapai pelanggan dengan lebih mudah.

Jika anda masih lagi ragu-ragu untuk mencuba pemasaran secara SMS, inilah masa yang tepat untuk anda mencubanya.

Jom kita semak kelebihan pemasaran SMS untuk kembangkan lagi bisnes anda.

5 Kelebihan Pemasaran SMS Untuk Bisnes

1. Berkos Rendah

Pemasaran SMS menelan kos yang amat rendah berbanding medium pemasaran lain seperti pemasaran email atau pemasaran menerusi media sosial.

Dengan modal serendah RM 0.078 per SMS, anda boleh blast mesej kepada ribuan pelanggan dengan hanya satu klik.

Tidak hairanlah ramai usahawan yang memilih SMS sebagai salah satu alat untuk promote bisnes dalam dunia digital masa kini.

2. Efektif dan Efisien

Pemasaran SMS juga adalah kaedah yang efisien untuk anda mengirim teks ringkas dengan pantas kepada pelanggan dalam skala yang besar.

Memandangkan kini hampir semua orang mempunyai telefon bimbit di tangan mereka, maka pesanan SMS yang anda hantarkan juga pasti lebih mudah sampai kepada pelanggan.

Ini juga membuatkan SMS lebih cenderung untuk dibuka dan dibaca dengan lebih cepat berbanding email. Menurut data daripada ManyChat, pemasaran SMS mempunyai kadar yang lebih tinggi iaitu 98% berbanding 20% pemasaran email.

Di samping itu, SMS juga mempunyai kelebihan tersendiri berbanding platform pemasaran lain iaitu kemampuannya untuk sampai kepada pelanggan tanpa sambungan internet.

3. Medium Dengan Pesanan Lebih Singkat

Tak semua pelanggan gemar untuk membaca email kerana terlampau banyak informasi yang dikirim. Tidak seperti SMS, maklumat yang disampaikan dalam setiap mesej adalah lebih ringkas, singkat dan padat.

Bukan sahaja lebih mudah untuk dibaca, malah pemasaran SMS juga tak memerlukan anda untuk bersusah payah hasilkan grafik atau content rumit untuk tarik perhatian pelanggan. Ini juga menjadikan pemasaran SMS sesuai untuk digunakan bagi bisnes baharu yang ingin mulakan pemasaran digital.

Untuk salurkan mesej kepada pelanggan menerusi SMS marketing, anda hanya perlu sediakan copywriting yang menarik, ringkas dan padat.

4. Dapat Mengembangkan Bisnes Anda

Selain itu, bisnes anda dapat dikembangkan lagi dengan menggunakan tools seperti pemasaran SMS ini. Ia boleh menyesuaikan mengikut pasaran bisnes anda. Bisnes boleh menghantar SMS kepada pelanggan yang berminat dengan perkhidmatan atau produk. Malah, Ia dapat mengelakkan penghantaran spam kepada mereka yang tidak berminat.

Menurut statistik yang dikemukakan oleh blog Luisa Zhou, hampir 96% yang memanfaatkan pemasaran SMS ini berkata ia telah membantu mereka mencapai lebih banyak hasil. Selain itu juga, hampir 60% bersetuju bahawa pemasaran SMS ini juga sangat berkesan untuk menjana hasil.

Antara kandungan SMS yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan adalah mesej alu-aluan untuk pelanggan baharu, pengumuman produk terkini dan tawaran kod promosi.

Untuk mendorong pelanggan membuat tindakan segera melalui SMS, anda digalakkan untuk menambah frasa bersifat urgency seperti ‘Hari Ini Sahaja’ atau ‘Tawaran Terhad’.

5. Komunikasi Langsung (Direct)

Selain untuk mendapatkan maklumat dengan pantas, saluran SMS juga didapati sangat berkesan untuk berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan. Komunikasi secara dua hala ini dapat membantu untuk terus menyampaikan informasi dengan ringkas dan padat kepada pelanggan.

Sebagai contoh, sentiasa update kepada pelanggan-pelanggan VIP mengenai diskaun yang bakal ditawarkan.

Selain dapat menyampaikan informasi kepada pelanggan, pemasaran SMS juga dapat dijadikan sebagai platform untuk mendapatkan feedback ataupun respon daripada pelanggan tersebut.

Dengan kelebihan yang pemasaran SMS tawarkan, ia mampu menjadi platform yang baik untuk kembangkan lagi bisnes. Ia juga merupakan pilihan yang baik untuk bisnes baharu kerana pemasaran SMS bersifat lebih ringkas dan mudah dikendalikan berbanding platform pemasaran lain.

Jadi jika pemasaran SMS dapat dimanfaatkan sebaiknya, ia boleh menjadi salah satu alat pemasaran yang ideal untuk usahawan kembangkan perniagaan dan mencapai pelanggan secara lebih berkesan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memulakan pemasaran SMS dengan lebih lancar. Selamat mencuba!

Sumber: SMS Niaga

Baca juga: 5 Tips Pemasaran Emel Untuk Tingkatkan Interaksi Pelanggan

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top