Pengharaman Tiktok
Pengharaman Tiktok

Kini tular di media sosial mengenai isu pengharaman Tiktok yang mungkin bakal dilaksanakan Amerika Syarikat. Menurut kajian Capterra, 75% daripada 300 marketer di Amerika Syarikat merancang untuk meningkatkan perbelanjaan iklan di TikTok dalam tempoh 12 bulan akan datang walaupun platform ini mempunyai potensi untuk disekat oleh kerajaan AS.

Meskipun masih belum memberi kata putus, lebih separuh (56%) daripada responden ragu bahawa kerajaan persekutuan akan melarang platform itu sementara kebanyakan (87%) masih menganggapnya sebagai alat pemasaran jangka panjang yang berdaya saing.

Kaji selidik menunjukkan responden sebulat suara bersetuju dengan kebimbangan mengenai isu keselamatan platform TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, namun industri pemasaran masih komited untuk menggunakan platform tersebut.

Meskipun terdapat kebimbangan tersebut, hanya 31% yang menganggap keselamatan jenama adalah cabaran utama dalam menggunakan TikTok.

Majoriti daripada responden turut merancang untuk meningkatkan perbelanjaan di platform tersebut pada tahun hadapan.

Kebanyakan marketer berbelah bahagi mengenai kemungkinan larangan TikTok, namun mereka bersedia untuk membina strategi pemasaran digital yang berbeza.

Facebook dan YouTube adalah alternatif yang baik bagi mengganti TikTok, manakala platform bukan media sosial seperti emel dan video juga boleh memberi manfaat untuk strategi pemasaran mereka.

Pakar turut meramalkan bahawa Youtube, Meta dan Snap mungkin mengalami peningkatan pendapatan jika Tiktok diharamkan.

Presiden Billion Dollar Boy, Permele Doyle, percaya bahawa perkembangan ini menawarkan lebih banyak peluang bagi platform lain untuk berjaya.

Dalam jangka masa pendek, content creator boleh beralih tumpuan kepada menghasilkan video pendek yang mirip dengan format video di TikTok seperti Reels di Instagram dan YouTube Shorts yang tak kurang popularnya.

Shou Zi Chew, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, dijadualkan untuk memberi keterangan di Dewan Rakyat pada 23 Mac. Pentadbiran Biden telah menuntut agar TikTok keluar daripada syarikat induknya iaitu ByteDance, atau jenama ini akan diharamkan.

Chew telah membuat rayuan langsung kepada pengguna TikTok dengan memuat naik video ke saluran rasmi platform tersebut.

Dalam video tersebut, Chew mengimbau momen berharga bagi platform ini, yang beliau dakwa digunapakai oleh lebih daripada 150 juta rakyat dan sebanyak 5 juta perniagaan di Amerika Syarikat.

Dengan begitu ramai pengguna daripada negara tersebut, pengharaman TikTok mampu menentukan kelangsungan serta kejayaan masa depan bagi platform tersebut.

Sumber: marketingdive.com

Baca juga : Bagaimana Canva Menjadi Pencabar kepada Adobe dan Microsoft?

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top