Setiap kali tibanya bulan Ramadan, orang ramai pasti sudah mula mencari baju raya untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri.

Terdapat pelbagai jenama tempatan yang berada di pasaran dan kesemuanya mempunyai kualiti dan kelas tersendiri.

Di sebalik populariti jenama baju melayu ini, sejauh manakah anda kenali mereka?

Ayuh kita ikuti kisah menarik di sebalik jenama Baju Melayu yang sering menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia.

4 Jenama Baju Melayu Popular di Malaysia dan Kisah Menarik di Sebaliknya

1. Bulan Bintang

Terkenal dengan marketing yang menampilkan artis tersohor tanah air, baju Melayu Bulan Bintang sering mendapat permintaan tinggi pada musim perayaan.

Pengasas Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi sudah menunjukkan minat dalam perniagaan pakaian sejak zaman sekolah menengah lagi.

Jenama Bulan Bintang terlahir pada tahun 2016 iaitu ketika pengasasnya berusia 19 tahun. Usahawan yang mesra disapa sebagai Meri ini berjaya menjual sehingga 2,000 pasang kurta. Ketika itu, kurta yang dijual masih belum ada logo.

3 tahun kemudian iaitu pada 2019, Meri dan rakan-rakannya memberanikan diri untuk menjual baju Melayu di Uptown Danau Kota, Setapak. Ketika itu, Meri sedang berada dalam tahun terakhir pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Meri dan rakan-rakannya juga tidak kisah untuk mengangkut segala barangan termasuk seterika wap hanya dengan menaiki motor.

Pengalaman Meri bersama rakan-rakan berniaga dengan hanya menggunakan motorsikal untuk membawa barangan berniaga. Sumber : Instagram @meripergibulat

Langkah beliau untuk berniaga di tapak booth sememangya berkesan untuk membuatkan lebih ramai pelanggan mengenali jenama Bulan Bintang.

Tambahan pula, pelanggan cukup gemarkan baju Melayu tailored-fit yang diperkenalkan oleh Meri.

Jenama Bulan Bintang semakin ‘meletup’ pada waktu pandemik apabila ia berjaya menarik minat Menteri Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Konsep ‘Next Day Delivery’ yang diwujudkan oleh Bulan Bintang juga menjadi penyumbang yang membantu meletakkan jenama ini setanding dengan jenama popular di pasaran.

Kini mampu menjual lebih 10,000 helai setahun, jenama Bulan Bintang semakin kukuh dengan adanya cawangan butik di beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Kelantan dan Kedah.

2. Khatam

Khatam membuktikan bahawa mereka tidak perlu pemasaran gaya viral atau gimik murahan untuk menangi hati pelanggan.

Walaupun jenama ini sering kali menjadi sebutan di media sosial, namun masih sukar untuk menjejaki siapakah pengasas Khatam.

Apa yang jelas ialah jenama ini dibangunkan oleh beberapa orang individu yang ingin menonjolkan keaslian rekaan baju tradisi merentasi era moden masa kini.

Khatam didapati lebih menyerlah berbanding jenama lain dari sudut konsep marketing mereka yang vintage dan sebati dengan jiwa orang kita.

Memang tak jemu melihat koleksi foto yang mereka kongsikan di media sosial.

Sumber : instagram @khatamkl

Sesuai dengan matlamat jenama yang ingin mengetengahkan estetik budaya pada zaman moden ini, Khatam terus menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan gaya klasik yang serba minimalis.

Sudah berada di pasaran sejak tahun 2016, Khatam juga semakin dikenali ramai menerusi cawangan mereka yang terletak di pasar raya utama termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan, Ipoh dan Johor.

Tidak hanya berfokus kepada baju Melayu dan kurta semata-mata, malah Khatam juga menawarkan koleksi pakaian buat wanita, kanak-kanak serta aksesori ekslusif.

jenama baju melayu

3. Elrah

Sekiranya Bulan Bintang pernah memecahkan rekod melalui persembahan menggunakan dron terbanyak dalam negara, Elrah Exclusive pula berjaya mencuri tumpuan apabila jenama tersebut berjaya menghiasi papan iklan elektronnik gergasi di dinding menara bangunan TSLaw bersebelahan menara TRX pada tahun lalu.

jenama baju melayu

Sumber ; Harian Metro

Pengasas Elrah, Muhd Hilmi bin Che Azman mula tertarik untuk memulakan bisnes baju Melayu ketika beliau menunaikan umrah pada 2014.

Usahawan yang lebih dikenali sebagai El Azman itu tertarik dengan cara pemakaian lelaki Arab yang mengenakan jubah kemas dan terletak di badan.

jenama baju melayu

Sebaik pulang ke tanah air, beliau mula menghasilkan beberapa rekaan busana lelaki yang menarik seperti Baju Melayu, jubah dan kurta.

Antara pencapaian yang paling diingati oleh El Azman ialah ketika beliau berjaya menjual jubah rekaannya melebihi 50,000 helai dalam tempoh dua minggu.

Sejak itu, jumlah jualannya semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Tidak melepaskan peluang untuk menampilkan bintang ternama dalam pemasaran Baju Melayu, nama Elrah juga semakin menjadi sebutan di media sosial.

jenama baju melayu

Sumber : E;rah Exclusive

Kini, Elrah tidak hanya mempunyai lebih 10,000 ejen di seluruh negara, malah jenama ini turut mempunyai cawangan di negara jiran iaitu Indonesia, Brunei dan Thailand.

3. Putih

Baru saja memasuki industri pada tahun 2023, Putih komited untuk menawarkan baju Melayu dengan fabrik dan rekaan yang selesa buat seisi keluarga.

Pasti ramai yang tidak sangka bahawa pengasas bersama bagi jenama baju Melayu ini adalah seorang wanita berbangsa Cina.

Individu yang dimaksudkan adalah Jessica Lim, seorang usahawan yang memegang kelulusan dalam bidang Sarjana Rekaan Fesyen.

Jessica akui sangat kagum dengan warisan busana Baju Melayu sehinggakan beliau sanggup berguru dengan seorang tukang jahit dari kampung.

jenama baju melayu

Sumber : Instagram putih.rtw

Sebagai jenama yang masih baru, Jessica percaya bahawa Putih masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.

Oleh sebab itulah beliau banyak meminta pendapat daripada pelanggan terutamanya berkenaan potongan Baju Melayu.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Jessica turut mengasaskan satu lagi jenama baju raya yang tidak kurang hebatnya iaitu Pokoks.

Berbanding Putih yang mengetengahkan rekaan minimalis sambil memfokuskan kepada Baju Melayu, Pokoks pula terkenal dengan koleksi pakaian sedondon dengan sentuhan yang lebih moden dan berwarna-warni.

4. Omar Ali

Sudah wujud hampir 90 tahun di pasaran, Omar Ali kekal utuh dengan jahitan baju Melayu yang elegan dan berkualiti tinggi.

Jenama ini diasaskan oleh seorang pemuda dari Padang, Indonesia yang bernama Omar Ali. Beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada zaman penjajahan Jepun dan bekerja sebagai pembantu butik.

Sumber : X @adibhazlami

Butik tersebut dimiliki oleh seorang tukang jahit berbangsa Jepun. Ketika era penjajahan Jepun tamat, pemilik butik tersebut terpaksa pulang ke negara asal.

Omar Ali diberi kepercayaan untuk mengambil alih butik tersebut dan turut mempelajari selok belok jahitan baju daripada pemiliknya.

Daripada situ, beliau mula mempelajari cara membuat baju Melayu, baju kurung dan baju kot. Omar Ali juga merupakan antara orang terawal yang memperkenalkan konsep baju Melayu sedia dipakai (ready to wear) pada awal 1970an.

jenama baju melayu

Selain itu, pengasas Omar Ali turut memperkenalkan inovasi yang digelar Kolar Tunku, iaitu kolar baju Melayu Teluk Belanga yang telah diubah suai kepada 3 butang dan mendapat inspirasi daripada kolar cheongsam.

Lebih menarik lagi, rekaan ini terhasil daripada permintaan peribadi Tunku Abdul Rahman yang inginkan baju Melayu Teluk Belanga dengan bahagian leher yang lebih selesa, namun masih mengekalkan rekaan formal.

Sumber : X @adibhazlami

Sulaiman Idris, iaitu generasi ketiga Omar Ali kini bermatlamat untuk mengembangkan bisnes keluarga ke arah yang lebih moden dan premium menerusi Omar Ali Bespoke, Omar Ali Couture dan kolaborasi bersama Loro Piana, sebuah jenama tekstil mewah dari Itali.

jenama baju melayu

Tak sangka rupanya setiap jenama mempunyai kisah latar belakang yang cukup menarik. Kesemua pengasas baju Melayu ini juga memiliki keazaman yang kuat untuk menghasilkan rekaan yang berkualiti tinggi dan selesa buat pelanggan.

Untuk memenangi hati pelanggan, setiap jenama juga mempunyai gaya marketing yang unik dan tersendiri. Ini penting untuk supaya pelanggan dapat bezakan satu jenama dengan yang sedia ada di pasaran.

Jadi, baju Melayu yang manakah menjadi pilihan anda pada Syawal tahun ini?

Sumber : Khatam, Harian Metro, Astro Awani, TikTok Omar Ali

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top