Pada zaman teknologi ini, ramai pengguna bergantung kepada telefon bimbit untuk melayari laman web termasuklah bagi mencari produk dan perkhidmatan.

Bergantung kepada industri, kira-kira 25 hingga 60% trafik ke laman web adalah daripada telefon bimbit.

Oleh sebab itulah banyak bisnes yang kini beralih kepada website untuk menjual.

Namun, website yang ingin dibangunkan bukanlah biasa-biasa, malah ia perlu dioptimakan dengan ciri mobile-friendly untuk memudahkan pelanggan.

Jom kita semak kepentingan laman web mesra telefon bimbit untuk sesebuah bisnes.

Apa Itu Mobile Friendly Website?

Mobile-friendly website adalah laman web yang mempunyai akses dan paparan tepat di telefon bimbit serta peranti lain tak kiralah menerusi telefon Android, iPhone mahupun tablet.

Rekaan yang digunakan biasanya minimalis dengan navigasi yang ringkas. Layout dan font yang digunakan juga kemas dan mudah untuk dilihat walaupun pada skrin yang kecil.

Kenapa Bisnes Perlu Ada Mobile-Friendly Website?

1. Untuk Tingkatkan User Experience

Hampir 90% pengguna akan serik untuk layari website yang mempunyai user experience yang buruk. Jadi, adalah penting untuk anda tawarkan website sebagai kemudahan untuk mereka mengenali jenama dan membeli produk serta perkhidmatan daripada bisnes anda.

Antara elemen yang perlu diambil kira untuk menawarkan user experience terbaik di website adalah :

  • Navigasi yang ringkas dan lancar.
  • Penggunaan ayat yang pendek dan tepat.
  • Imej yang berkualiti dengan saiz tidak terlalu besar bergantung kepada posisi dalam website.

Selain untuk meningkatkan kepuasan pengguna, elemen-elemen ini juga akan menyumbang kepada kemampuan website untuk dilayari menerusi telefon bimbit.

Jadi, anda perlulah sentiasa pantau paparan website dan lakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

2. Mengurangkan Loading Time

Satu lagi elemen penting yang perlu dimiliki oleh website yang mobile-friendly adalah tempoh loading yang singkat.

Memandangkan internet pada waktu ini semakin laju, pelanggan juga mengharapkan loading time yang singkat apabila melayari website.

Lebih 40% pelanggan tidak akan menunggu tempoh loading yang lebih daripada 2 saat. Pada masa yang sama, 70% pelanggan juga bersetuju tempoh loading di website boleh mempengaruhi keinginan mereka untuk membeli secara atas talian.

Lebi penting lagi loading time bukan sahaja boleh mempengaruhi user experience, malah ia merupakan salah satu faktor yang diambil kira dalam penentuan ranking Search Engine.

mobile-friendly

3. Dapat Menjamin Ranking Yang Baik di Search Engine

Kalau nak tahu, Google akan memberi ranking mengikut versi mobile bagi sesebuah website. Pengguna internet juga sudah biasa untuk klik pada website yang berada pada paparan paling awal di Search Engine.

Ini membuktikan bahawa website dengan ciri mobile-friendly berpotensi untuk miliki trafik laman web yang tinggi menerusi Search Engine.

Secara tak langsung, ini juga akan meningkatkan peluang bagi sesebuah bisnes mendapatkan pelanggan.

4. Untuk Tingkatkan Conversion Rate

Dengan peningkatan sebanyak 21.4%, Malaysia mempunyai pasaran ke-24 terbesar bagi e-commerce dengan nilai sehingga US$18.2 juta menjelang tahun 2024.

Jadi, sesebuah bisnes boleh terlepas pasaran pelanggan yang besar jika tidak mempunyai website yang dioptimakan untuk telefon bimbit.

Dengan adanya website sendiri, anda juga bebas untuk tawarkan kupon, diskaun atau bina program ganjaran mata untuk tingkatkan kesetiaan pelanggan.

Maka, tak hairanlah mengapa website mampu meningkatkan conversion rate bagi sesebuah bisnes.

5. Untuk Pastikan Kempen Paid Ads Berjalan Lancar

Laporan daripada Hubspot menunjukkan bahawa 22% pelanggan Gen Z dan 24% pelanggan milennial terdorong untuk membeli produk menerusi media sosial.

65% daripada mereka juga didapati cenderung untuk klik pada paid ads untuk lakukan pembelian.

Namun, jika pelanggan sudah klik paid ads anda dan dapati website anda berserabut atau mempunyai loading time yang lama, sudah tentu minat mereka untuk membeli akan hilang.

Pendek kata, sukar untuk anda lakukan kempen iklan menerusi telefon bimbit jika laman web tidak mempunyai ciri mobile-friendly.

Maklumlah, pelanggan masa kini sering mengharapkan proses pembelian yang pantas dan lancar di telefon bimbit.

mobile-friendly

Disebabkan pelbagai kelebihan yang dimiliki, mobile-friendly website kini menjadi satu keperluan bagi sesebuah bisnes.

Tambahan pula, pengguna internet masa kini lebih banyak menghabiskan masa di telefon bimbit berbanding laptop.

Website mesra telefon bimbit bukan sahaja dapat meningkatkan conversion rate, malah ia juga dapat menjamin ranking yang lebih tinggi di enjin carian.

Ini sekaligus dapat membuka peluang bagi kempen paid ads yang berkesan secara atas talian.

Pada masa yang sama, website dengan ciri mobile friendly juga membolehkan sesebuah bisnes menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan mudah buat pelanggan.

Sumber : websitepulse.com, seohermit.com

Baca Juga : 7 Strategi Yang Anda Perlu Tahu Untuk Design Semula Website

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top