Usaha tak akan mengkhianati hasil. Meskipun pernah ditipu sehingga kerugian sejumlah wang besar, namun pengasas SoBella, Wan Syuhada Wan Norzie tidak mudah berputus asa.

Sebaliknya, usahawan yang mesra disapa sebagai Syu komited untuk bangkit dan membina empayar kosmetik sehingga mampu meraih pulangan lumayan setiap bulan.

Meskipun kini Syu mampu hidup mewah atas keuntungan jualan produk SoBella, namun Syu enggan menjadikan kekayaan sebagai pengukur bagi pencapaian bisnesnya.

Sebaliknya, beliau ingin melihat 30,00 agen yang direkrut di bawah squad SoBella berjaya dan mampu mengubah nasib ke arah yang lebih baik. Itulah makna kejayaan sebenar buat usahawan berusia 31 tahun ini.

pengasas sobella

Pengasas SoBella Mulakan Bisnes Dari Rumah

Melihatkan kejayaan jenama SoBella, anda sendiri pasti tidak menyangka yang jenama ini asalnya beroperasi secara kecil-kecilan sahaja dari rumah. Kini, jenama milik Syu ini bukanlah satu nama yang asing bagi penggemar kosmetik tempatan.

Mengimbau semula permulaan bisnesnya, Syu ketika itu baru tamat pengajian dan bercadang untuk berniaga sementara menunggu panggilan temu duga kerja. Namun, semakin diusahakan, bisnes Syu semakin serius sehingga tak menang tangan dibuatnya.

Disebabkan kekurangan ruang, Syu pada mulanya menyewa bilik kecil di tingkat atas pejabat ibunya dengan sewa RM 80 sebulan. Walaupun ruang tersebut kecil, namun Syu dapat fokus dan lebih berdisiplin untuk melayan pelanggan dan menguruskan pesanan.

Dari menyewa bilik kecil, Syu kemudiannya menyewa kedai di tingkat 2 untuk menyimpan stok yang lebih banyak. Ketika itu, Syu sudah mula mengupah pekerja.

Setahun kemudian, Syu berpindah pula ke bangunan pejabat 2 tingkat. Dengan pengurusan stok yang makin baik dan staff yang semakin ramai, Syu sangat gembira melihat bisnesnya semakin kukuh.

pengasas sobella

Namun, tak sampai 2 tahun Syu bercadang untuk beli bangunan 3 tingkat sebagai mercu tanda Sobella. Syu bangga dapat memiliki bangunan bernilai 7 angka tersebut hasil dari bisnes kecil-kecilan yang bermula dari rumah. Syu juga bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan staff-staff yang setia berkhidmat untuk SoBella.

Syu juga bangga dapat membantu ramai wanita mengubah taraf hidup mereka menerusi jualan produk SoBella. Atas dorongan daripada Syu, ada yang mampu mencatat hasil jualan sehingga RM 5 juta pada waktu pandemik lalu!

SoBella Hiasi BillBoard di Serata Malaysia

Antara perkara sinonim bagi jenama SoBella adalah kemunculan iklannya yang sering dijumpai di billboard lebuhraya dan banda-bandar utama. “Saya bersyukur iklan SoBella dapat dinaikkan di beberapa negeri termasuk Kelantan, Melaka, Shah Alam, Kuantan dan Johor. Kami merancang untuk naikkan lebih banyak lagi billboard SoBella di seluruh Malaysia,” ulas Syu.

Apabila ditanya apa rahsia bisnes SoBella mampu bertahan sehingga sekarang, Syu akui kreativiti amat penting untuk menyerlah dalam dunia perniagaan.

“Untuk berjaya dan bertahan dalam industri, you need to be different. Tak boleh sama dengan orang lain. Bila buat sama seperti orang lain, kita akan jadi kurang menonjol. Jadi pesan saya kepada mereka yang mahu dalami bisnes, carilah keunikan bisnes anda dan cari kelainan serta tonjolkan keistimewaan anda. InsyaAllah bisnes akan cepat naik,” ujar Syu.

pengasas sobella

Semoga kisah kejayaan pengasas SoBella ini mampu menjadi inspirasi kepada semua usahawan terutamanya para wanita untuk sama-sama berjaya dalam bidang perniagaan.

Sumber : Nona

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top