Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suzuki Motor Corp telah menyatakan rancangan mereka untuk tingkatkan lagi pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia.

Pada masa yang sama, syarikat automotif terkemuka dari Jepun itu juga akan mengeratkan kerjasama dengan rakan teknikal tempatannya iaitu KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB).

Anwar berkata, peningkatan kerjasama dan penambahan pelaburan itu telah dimaklumkan sendiri oleh Presiden Suzuki Motor Corp, Toshihiro Suzuki kepada beliau dalam satu kunjungan hormat yang berlangsung petang Jumaat baru-baru ini.

suzuki motor corp

Jenama yang diperkenalkan oleh KMSB iaitu AFAZ akan memimpin inovasi serta reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran dan Inovasi (RDCI). Tempat sambil memfokuskan kepada kualiti, prestasi dan inovasi.

Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa, dengan menerapkan unsur estetika kontemporari dan moden dalam rekaan mereka.

Untuk makluman, AFAZ juga merupakan jenama motosikal nasional kedua selepas MODENAS.

Kerjasama ini juga merupakan kelangsungan kepada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan (AM-2) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah disempurnakan 23 Ogos lalu.

Inisiatif tersebut merupakan langkah penting dalam memangkin industri automotif dua roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 unit motor yang dipasarkan sepanjang 2022.

Secara tidak langsung, kerjasama ini juga akan mencetuskan peningkatan bagi keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, menggalakkan pertumbuhan tenaga kerja serta merancakkan lagi pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi dan kemahiran.

“Keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal.

“Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara,” ulas Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di laman Facebook.

Dalam pada itu, beliau berharap menerusi kerjasama tersebut, Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun.

Perjanjian ini juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023.

NIMP bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.

Sumber : Sinar Harian, motoqar.com

Artikel lain : Kisah Yamaha Mendominasi Industri Penghasilan Alat Muzik dan Motorsikal

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top