Baru-baru ini saya berkesempatan bersilah bersama seorang pembaca artikel FB Page RPWP dan SN yang datang untuk mencari peluang menjadi sukarelawan sementara khususnya di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Beliau yang mengikuti page RPWP begitu teruja apabila dijemput datang ke AIP untuk sesi suai kenal.

Beliau sangat berminat dalam pengurusan RPWP dan juga pendidikan anak-anak di AIP. Mempunyai cita-cita sendiri untuk membuka rumah anak-anak yatim atau golongan asnaf dan menjadikan RPWP sebagai satu model untuk dicontohi.

Beliau baru sahaja menamatkan pelajaran Masters pada pertengahan Julai lepas dalam bidang Mechanical Engineering dengan 1st Class Honours. Sekarang dalam proses menunggu jawapan untuk posting di salah sebuah syarikat Oil & Gas terkenal di Malaysia.

MEMBUKA MINDA SEORANG MASTERS


Setelah diberikan pengenalan tentang kerjabuat kami, perkenalkan siapa co-founders RPWP dan bagaimana sistem pendidikan AIP yang menggunakan Problem Based Learning sebagai method dalam pendidikan kemahiran berfikir aras tinggi anak-anak kami. Beliau terpukul.

Melihat pula bukti anak nisak seawal usia 16 tahun sudah diberikan tanggungjawab untuk mengurus dan belajar secara hands on akaun syarikat yang sebenar dengan pemantaun terus dari akauntan bertauliah di dalam Wakaf Enterprise.

Melihat anak lulusan SPM kami yang terus diserap ke dalam Saiful Nang Akademi (SNAP) sebagai pelajar dan pelatih yang mendapat pendidikan teori dan praktikal kerja serentak membuka mindanya. Semua ini terlalu besar impaknya pada beliau yang hanya belajar teori semata-mata di UK selama 4 tahun dan kini dah berusia 24 tahun masih belum lagi hands on secara praktis. Terlalu jauh perbezaan kualiti ilmu yang beliau dapat berbanding apa yang anak-anak kami sedang lalui.

MENJADI HAMBA KERJA DAN DUIT


Apabila dikongii yang beliau akan diserap masuk ke alam pekerjaan dengan kontrak selama 10 tahun atas tiket biasiswa yang menaja beliau belajar di UK dahulu. Saya terus bertanya UNTUK apa dia bekerja? Beliau hanya terdiam.

Kita hari ini tidak dapat lari dari bekerja kerana DUIT. Diikat kontrak selama 10 tahun kerana DUIT. Menjadi hamba kepada sistem yang menjadi sembahan manusia dari pagi sampai ke petang untuk DUIT. Pulun kerja untuk duit kerana duit.

KERJA SEMATA-MATA UNTUK MENJADI HAMBA KEPADA DUIT. Memenuhi requirement peringkat sekolah, peringkat universiti dan sekarang memasuki alam pekerjaan. Kita hanya mematuhi perintah dan aturan manusia untuk mencari HARTA dan PANGKAT melalui sistem PINJAMAN.

Aqidah itu berasal dari AKAD, satu ikatan yang mengikat dua pihak. Apabila ikatan tadi kerana selain dari Allah maka kita diikat secara halus kerana duit, hujungnya merana kerana terpaksa membayarnya dengan nyawa dan usia yang panjang.

Beliau terus akui sudah terbazir usia dan masanya selama 4 tahun di UK. Selepas ini akan bazirkan pula impian dan hidup selama 10 tahun untuk memenuhi kehendak dan nafsu manusia yang kerjanya mencari DUIT. Bagaimana pula kehidupan berteraskan kehendak dan mahunya Allah??

Berbanding co-founders dan anak-anak RPWP, mereka semuanya bekerja BUKAN KERANA DUIT. Beliau akui masih begitu jauh perbezaan mentaliti dan realiti pendidikan yang ditanam ke dalam jiwa anak muda sepertinya. Sia-sia kutip ilmu kalau tidak tahu hujungnya menjadi hamba kepada sistem jahiliyyah moden.

SHAUQI
Jangan sampai umur kita habis untuk urusan dunia sampai akhirat buang macam tu saja.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top