5 Manfaat E-Commerce Untuk Pelanggan
Pembelian secara atas talian sudah menjadi sebahagian daripada keperluan masyarakat masa kini. Kewujudan e-commerce juga boleh dikatakan sebagai satu kemestian bagi setiap perniagaan untuk mencapai pelanggan dan meningkatkan hasil jualan.
Ia juga dapat menawarkan pelbagai kelebihan kepada peniaga dari pelbagai aspek seperti pengurusan serta pemilihan kaedah transaksi dan penghantaran. Anda juga tidak perlu bersusah payah menguruskan kedai dan membayar sewa, pekerja dan bil utiliti.
Dari sudut pelanggan pula, mereka lebih gemar untuk membeli-belah di kedai e-commerce kerana terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan berbanding pembelian di kedai fizikal.
Jom kita lihat beberapa manfaat yang e-commerce tawarkan kepada pelanggan.
5 Manfaat E-Commerce Untuk Pelanggan
1. Pilihan Yang Banyak
E-commerce memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih produk atau perkhidmatan yang mereka minat daripada mana-mana penjual dari serata dunia. Ini adalah satu kelebihan ketara yang dimiliki kedai e-commerce berbanding kedai fizikal yang menawarkan pilihan terhad.
Selain menawarkan produk sedia ada, e-commerce juga memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan produk secara pratempah atau ansuran.
2. Memudahkan Urusan Pembelian
Dengan adanya e-commerce, pelanggan dapat buat pembelian bagi aneka produk dan perkhidmatan tanpa perlu ke kedai. Sejak dunia dilanda pandemik, pengguna internet juga didapati sudah pun melazimi pembelian atas talian sebagai salah satu rutin masa kini. D
ari barangan dapur sehinggalah ke perabot rumah, hampir semua produk dan perkhidmatan boleh didapati dengan beberapa klik sahaja.
Di samping itu, ramai yang cukup menggemari pembelian menerusi e-commerce kerana proses transaksinya yang tidak menggunakan wang tunai. Pembayaran dapat diselesaikan dengan lebih pantas menerusi kad debit, kad kredit atau perbankan atas talian.
3. Lebih Jimat
Pembelian atas talian menerusi e-commerce juga mendapat sambutan yang cukup hangat kerana harga produk yang ditawarkan sememangnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jualan di kedai fizikal.
Pelanggan juga cukup teruja untuk menanti waktu jualan bermusim yang cukup popular seperti jualan 11.11 atau jualan sempena musim perayaan.
Sebagai peniaga, anda perlulah manfaatkan tempoh tersebut untuk tawarkan promosi ekslusif bagi menarik pelanggan.
4. Menjimatkan Masa
Pada zaman ini, hampir setiap hari pelanggan gunakan kemudahan e-commerce kerana ia dapat membantu mereka jimat masa. Tak kiralah siang atau malam, kedai e-commerce sentiasa terbuka untuk pelanggan.
Walaupun barangan yang dipesan biasanya sampai dalam masa ke 4 ke 7 hari, sesetengah produk seperti makanan dan barangan dapur boleh dihantar di hadapan pintu pelanggan dalam masa kurang daripada 30 minit.
5. Membantu Pelanggan Buat Perbandingan
E-commerce juga dapat membantu pelanggan buat pilihan yang terbaik melalui perbandingan yang lebih terperinci. Disebabkan terdapat variasi produk yang ditawarkan, pelanggan mudah untuk bandingkan harga dan menilai sama ada sesuatu produk atau perkhidmatan berbaloi untuk dimiliki atau tidak.
Pelanggan yang lebih teliti pula akan menyemak maklumat warranti serta kandungan produk sebelum membeli.
Sebagai peniaga, anda perlulah paparkan butiran yang terperinci mengenai produk dan nyatakan kelebihan yang jenama anda tawarkan bagi mengatasi pesaing lain.
Sebagai contoh, Sugarbomb telah menjelaskan secara terperinci mengenai wangiannya agar pelanggan dapat mendapatkan produk yang sesuai dengan citarasa mereka.
Memang tak dinafikan terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan di kedai e-commerce untuk pelanggan. Oleh sebab itulah anda sangat digalakkan untuk miliki laman e-commerce sendiri bagi jenama anda. Sekiranya anda tiada kepakaran untuk bangunkan website, anda tak perlu risau.
Dapatkan perkhidmatan pembangunan website dari lamanweb.my. Anda hanya perlu nyatakan ciri-ciri serta kriteria yang diperlukan dalam website, Laman Web akan cuba sedaya upaya untuk sediakannya sesuai dengan keperluan perniagaan anda.