Tak kiralah industri apa yang anda terlibat, pengumpulan data daripada pelanggan adalah elemen yang sangat penting dalam perniagaan.

Data-data ini dapat membantu anda mengenalpasti ruang untuk tambah baik kualiti jenama, tahap perkhidmatan pelanggan serta langkah yang perlu diambil untuk kekalkan kesetiaan pelanggan. 

Tanpa melengahkan masa, ayuh kita lihat 5 kaedah untuk anda kumpul data secara atas talian dan manfaatnya untuk kembangkan bisnes anda.

5 Cara Untuk Kumpul Data Pelanggan dan Kelebihannya Untuk Perniagaan Anda

1. Data Transaksi

Antara cara yang paling mudah untuk kumpul data ialah dengan merujuk kepada transaksi jualan atau hasil yang dijana mengikut hari di laman web atau Marketplace. 

Anda boleh asingkan data mengikut kategori berikut :

  • Produk/perkhidmatan paling laris
  • Produk/perkhidmatan paling kurang terjual
  • Jualan waktu kemuncak
  • Jumlah pembelian yang dibuat oleh pelanggan
  • Kategori produk atau perkhidmatan yang disukai pelanggan

Dari sini, anda bolehlah kenalpasti kekuatan atau kelemahan jenama serta perbetulkan strategi demi mencapai matlamat perniagaan. 

2. Survey/Review

Review dan survey adalah penting untuk anda selami pengalaman pelanggan serta kualiti produk serta perkhidmatan anda tawarkan.

 Informasi atau maklumbalas yang anda dapatkan daripada pelanggan juga mampu mendorong anda untuk kenalpasti kelemahan serta ruang untuk penambahbaikan bisnes dalam pelbagai sudut. Bukan itu sahaja, malah pelanggan baharu juga akan lebih yakin untuk mencuba produk atau perkhidmatan apabila membaca review yang menarik daripada pelanggan lain. 

Memang tak dinafikan ada sesetengah pelanggan yang enggan luangkan masa untuk menjawab survey atau tinggalkan review. Antara strategi yang anda boleh  gunakan untuk memujuk mereka adalah dengan menawarkan sampel percuma atau kod diskaun khas buat pelanggan yang sudi berkongsi maklumbalas selepas mencuba jenama anda.  

3. Data Pemasaran SMS / E-mel

Pemasaran SMS dan pemasaran e-mel bukan adalah antara platform pemasaran digital berkos rendah dan cukup berkesan untuk gandakan potensi perniagaan.

Ia bukan sahaja berfungsi untuk mengembangkan jenama dan mencapai lebih ramai pelanggan, malah ia juga membantu anda dalam mengumpul pelbagai informasi penting.

Bergantung kepada platform pemasaran yang anda gunakan, pemasaran SMS dan pemasaran e-mel memberikan anda akses kepada pelbagai data yang berguna. Sebagai contoh, anda boleh jejak kadar klik link pada SMS atau e-mel, kadar bukaan, kadar penghantaran yang berjaya dan sebagainya.

Kesemua data ini sangat penting untuk mendorong anda dalam merangka strategi pemasaran yang lebih baik pada masa akan datang.

data pelanggan

4. Media Sosial

Sudahkah anda mengenalpasti kumpulan pelanggan yang berada di laman media sosial? jika ya, kini anda boleh kumpul maklumat yang berguna untuk jenama anda dengan beberapa cara seperti bertanyakan soalan, membuka ruang Q&A atau adakan poll

Kaedah ini juga dapat meningkatkan lagi engagement serta kadar interaksi di laman media sosial anda. Untuk serlahkan identiti jenama, pastikan anda konsisten dalam penggunaan gaya bahasa yang sesuai dengan audiens.

5. Website

Untuk mengukur kadar engagement di website, anda digalakkan untuk menggunakan Google Analytics. Ia dapat membantu anda mengesan jumlah pelawat di website pada masa nyata.

Selain itu, Google Analytics juga membolehkan anda lihat statistik pelawat di website anda dengan tepat seperti page yang mereka lawati, peranti yang mereka gunakan untuk layari laman web (sama ada mobile atau pun desktop), serta lokasi di mana mereka membuat carian browser dan sebagainya. Data-data ini dapat membantu anda untuk rancang  kempen iklan yang lebih bersasar untuk pemasaran digital anda.

data pelanggan

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dicuba untuk kumpul data bermanfaat bagi jenama anda. Dengan adanya data-data ini, anda dapatlah menganalisa prestasi bisnes bagi merangka hala tuju yang lebih baik dalam pelbagai aspek seperti pemasaran, peningkatan kualiti produk dan perkhidmatan serta tahap perkhidmatan pelanggan.

Bagi pemilik bisnes baharu, memang wajar untuk anda mulakan pemasaran SMS dan e-mel untuk tingkatkan capaian serta interaksi pelanggan dengan lebih pantas. SMS Niaga memberi anda peluang untuk mencapai pelanggan dengan harga serendah RM 0.08 sen per SMS manakala Mail Niaga pula memberi peluang kepada anda untuk blast kepada 5,000 subscriber dengan harga serendah RM 100. 

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati pakej pemasaran digital dengan harga rendah ini. Ramai pemilik bisnes telah nikmati manfaatnya. Layari SMS Niaga dan Mail Niaga untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top