Sedang mencari tempat makan yang menarik di sekitar anda? Ingin mencari beg tangan yang terbaik sebagai hadiah? Seperti kebanyakan orang lain, anda pasti akan melayari Google untuk mencari produk atau perkhidmatan tertentu.
Anda tidaklah keseorangan kerana lebih daripada 68% pengguna akan mulakan urusan atas talian menerusi Google.
Sekiranya jenama anda sukar dicari, maka anda akan ketinggalan untuk bersaing dalam industri bisnes. Maklumlah, ketika ini pelanggan banyak bergantung kepada search engine untuk mencari sesuatu produk atau perkhidmatan.
Untuk menarik perhatian pelanggan, jenama anda perlulah berada dalam rank yang selesa di Google. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk mendapat ranking yang baik di Google Search?
Caranya ialah dengan menggunakan SEO atau Search Engine Optimization pada website jenama. Dengan adanya SEO, ia mampu meningkatkan reputasi jenama di samping meningkatkan aliran trafik ke website anda secara organik.
Apa itu SEO dan bagaimanakah bisnes boleh manfaatkannya?
Apa Itu Search Engine Optimization (SEO)?
Search Engine Optimization (SEO) adalah proses yang merangkumi gabungan taktik serta strategi agar website dapat mencapai kedudukan yang lebih tinggi dalam search engine.
Dari mengkaji kata kunci (keyword) yang bersesuaian sehingga penghasilan kandungan yang berkualiti, terdapat pelbagai strategi yang sesebuah perniagaan perlu ambil kira bagi membangunkan website dengan SEO yang baik.
Google sangat komited dalam menyajikan informasi yang relevan kepada pengguna. Usaha anda dalam membina SEO di website dapat memberi peluang untuk Google kenal pasti tahap kualiti serta kredibiliti jenama anda.
Sebagai peniaga, memang rugi kalau anda tak manfaatkan penggunaan Google kerana ia memegang pasaran search engine sehingga 90%!
Ini bermakna, besar kemungkinan pelanggan anda sedang menanti di laman tersebut.
Kenapa SEO Penting Untuk Perniagaan Lokal?
Membantu Meningkatkan Kredibiliti dan Kepercayaan
Pada fasa awal, anda mungkin sukar untuk bersaing dengan jenama lain yang sudah mendapat banyak review bagus di atas talian. Namun, anda tidak boleh cepat berputus asa.
Pelanggan juga mungkin akan cenderung untuk rasa curiga atau ragu sekiranya sesebuah jenama tidak mempunyai review yang baik atau masih belum popular.
Sebagai pemasar, adalah tugas anda untuk menyakinkan pelanggan supaya memilih jenama anda berbanding yang lain.
Salah satu caranya ialah dengan membina SEO yang baik di website.
Sebagai contoh, sekiranya pelanggan anda mencari kata kunci ‘restoran makanan laut sedap Melaka’ dan mereka jumpa website anda pada kedudukan yang tinggi, kemungkinan besar mereka akan singgah ke website anda untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai produk yang anda tawarkan.
Dengan adanya website yang berstruktur dan padat dengan kandungan yang berkualiti, pelanggan akan tertarik untuk mencuba jenama anda.
Anda juga boleh gunakan website untuk paparkan nilai syarikat serta visual yang melambangkan identiti jenama agar mudah diingati.
Namun, perjalanan SEO tidak berhenti di situ. Anda juga perlu pastikan website anda lancar, menarik dan mampu membawa nama baik jenama agar dapat mendorong kepercayaan pelanggan.
Meningkatkan Aliran Trafik Yang Berkualiti Ke Website
Ketika anda fokus pada pembinaan SEO, anda akan dapati peningkatan ranking website anda di Google. Semakin tinggi kedudukan, semakin tinggi aliran trafik ke website anda.
Namun, trafik semata-mata tidak mencukupi. Anda perlulah mendorong pengguna yang melayari laman web untuk buat pembelian bagi produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Lagipun, tiada gunanya menarik 1,000 pengguna setiap hari sekiranya mereka tak membuat pembelian.
Antara taktik yang anda boleh praktikkan bagi meningkatkan aliran website yang berkualiti adalah :
Semak Sudut Teknikal SEO
Pastikan website boleh dibuka dengan baik di telefon bimbit, kelajuan website berada pada kadar optimum dan website boleh dikenalpasti oleh Google Crawlers.
Buat Kajian Pemasaran
Kenal pasti pelanggan dan target pasaran, hasilkan customer persona dan kenalpasti masalah yang dihadapi oleh mereka.
Bina Google Business Profile
Daftarkan Google Business Profile untuk jenama anda dan sasarkan kata kunci yang sesuai dengan pengguna tempatan.
Mampu Meningkatkan Hasil Jualan
Seperti yang dinyatakan tadi, tugas anda tidak berakhir apabila pelanggan sampai ke website. Anda perlulah merancang strategi pemasaran yang baik agar dapat mendorong pengguna yang singgah ke website untuk buat pembelian.
Dalam meningkatkan hasil jualan melalui website, anda perlulah menawarkan kemudahan serta akses yang baik bagi memenuhi keperluan mereka.
Adalah penting untuk anda fahami keperluan pelanggan pada setiap fasa perjalanan (buyer’s journey) supaya anda mampu mengubah mereka daripada pengguna internet kepada pelanggan setia jenama anda.
SEO mampu membantu jenama anda membina reputasi yang positif secara online di mata pengguna internet.
Pembinaan SEO yang baik juga dapat memberi peluang kepada jenama anda untuk muncul di Google Search serta bersaing dengan jenama lain.
Ia juga merupakan taktik yang baik bagi memperkenalkan identiti serta kredibiliti jenama anda secara positif dan profesional. Pembinaan SEO mungkin mengambil masa dan memerlukan bimbingan, namun ia adalah langkah yang sangat berbaloi untuk diambil bagi pelbagai jenis bisnes. Selamat mencuba!