Rangkaian kedai serbaneka terkemuka negara iaitu 7-Eleven telah mengumumkan kerjasama dengan 7-Eleven International (7IN). Di peringkat global, 7IN telah mengendalikan sekitar 45,000 kedai 7-Eleven di lebih daripada 10 negara dan wilayah.

Kerjasama strategik ini dicetuskan demi meningkatkan kualiti makanan segar di semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia. Setakat ini, terdapat 3,225 cawangan 7-Eleven yang beroperasi dalam negara.

Bagi merealisasikan inisiatif ini, 7-Eleven Malaysia akan mewujudkan kemudahan baharu dengan menggabungkan kepakaran serta teknologi 7IN.

Kemudahan tersebut akan berfungsi sebagai hab pusat pengeluaran, penyediaan, dan pengedaran pelbagai jenis makanan segar dan berkualiti tinggi.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan 7IN dalam menubuhkan komisaris baharu dan ia membolehkan kami untuk meningkatkan produk serta perkhidmatan menerusi gabungan teknologi canggih dan jentera. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan menghasilkan pengalaman yang dipertingkatkan melebihi jangkaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Bersama 7-Eleven Malaysia, Encik Tan U-Ming.

7-Eleven International

7-Eleven Malaysia dan 7IN dijangka akan mulakan kerjasama bagi mencipta inovasi makanan yang berkualiti serta tepat dengan citarasa pelanggan tempatan dari suku ketiga hingga suku keempat tahun ini.

Di samping bekerjasama dengan 7IN, 7-Eleven Malaysia juga akan bekerjasama dengan Fuji Food.

Fuji Food merupakan pengeluar produk makanan Asia dan tempatan kepada lebih 6,500 pasar raya dan kedai runcit di 44 buah negara.

Menurut Pengarah Serantau 7-Eleven International, Encik Yuki Ishizuka, pihak mereka komited dalam mengeluarkan makanan segar di samping meraikan budaya makanan tempatan. Justeru, mereka bermurah hati untuk berkongsi teknologi serta kepakaran yang diperoleh dari Jepun serta negara lain demi menawarkan produk menarik buat pelanggan di Malaysia.

“Kerjasama ini akan memastikan pengguna kami merasai pengalaman menarik hasil daripada perubahan dalam penawaran makanan serta ia menunjukkan tahap serius kami untuk melakukannya,” ulas Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Encik Wong Wai Keong.

7-Eleven International

Antara highlight bagi kerjasama ini adalah pengenalan menu baharu kepada para pengguna yang dihasilkan secara ekslusif di komisaris.

Kemudahan komisaris baharu itu dijadualkan akan mula beroperasi pada November 2023.

Dalam pada itu, 7-Eleven Malaysia dan 7IN akan terus bekerjasama bagi memacu inovasi demi mencapai lebih banyak kejayaan menerusi semua aspek melibatkan pengalaman pengguna.

Sama-sama kita nantikan pembaharuan yang bakal diperkenalkan oleh 7-Eleven pada waktu terdekat demi menyaingi jenama kedai serbaneka dalam negara.

Sumber : The Rakyat Post

Baca Juga : 7-Eleven Malaysia Memperkenalkan Pembayaran Alipay+ di Semua Cawangan

Tak Mampu Saingi 7-Eleven, FamilyMart Terpaksa Tutup Operasi di Thailand

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top