7-Eleven telah menjadi nama yang dikenali ramai, menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan harian pelanggan.
Sebagai kedai serbaneka yang terkenal dengan waktu operasi 24 jam, 7-Eleven menjadi destinasi utama untuk memenuhi keperluan segera, sama ada anda mencari makanan ringan, minuman, barang keperluan harian, atau sebarang keperluan mendesak pada bila-bila masa sepanjang hari.
Terbaru, semua cawangan 7-Eleven di Malaysia kini menyokong Alipay+, salah satu sistem pembayaran yang membolehkan pelancong dari luar negara menggunakan e-wallet yang sesuai seperti AlipayHK (Hong Kong), GCash (Filipina), Kakao Pay (Korea Selatan), dan TrueMoney (Thailand) untuk berbelanja di lebih daripada 2,400 cawangan 7-Eleven di Malaysia.
Di Malaysia, Alipay telah menjadi rakan setia dengan Alipay+ sejak 2016, dan ia telah mendapat sokongan daripada peniaga dan pekedai.
Chan Chee Weng, Penolong Pengurus Besar Perkhidmatan Dalam Kedai 7-Eleven Malaysia, menyatakan, 7-Eleven Malaysia komited untuk meningkatkan pengalaman pengembara saat mereka kembali ke negara kita.
Tambahnya, dengan memperluas jangkauan Alipay+ di seluruh kedai, mereka menyediakan penyelesaian pembayaran digital yang lancar dan mudah bagi pelancong. Sebagai destinasi utama bagi para pelancong, 7-Eleven berperanan sebagai titik singgah yang menawarkan pelbagai produk, makanan ringan dan barang keperluan.
Chan Chee Weng juga menyedari betapa pentingnya pengalaman berbelanja dalam kedai yang lancar dan berdigital. Malah, melalui perkembangan ini mereka berkomitmen untuk membuat setiap kunjungan ke 7-Eleven Malaysia sebuah pengalaman yang menyenangkan dan bebas dari kesulitan, baik bagi pelanggan setempat mahupun pelancong luar negara.
Sistem pembayaran ini berjaya diperkenalkan di Malaysia melalui kerjasama dengan Razer Merchant Services (RMS), penyedia penyelesaian pembayaran perniagaan-ke-perniagaan oleh Razer Fintech yang mengintegrasikan Alipay+ ke dalam semua rangkaian 7-Eleven di Malaysia.
CEO kepada Razer Fintech, Lee Li Meng memberitahu, syarikat mereka berusaha untuk memudahkan transformasi digital dalam perniagaan Malaysia melalui perkongsian Razer bersama Alipay+.
Kerjasama itu mengukuhkan lagi hubungan erat 7-Eleven dan membolehkannya mengambil bahagian dalam ekonomi digital dengan menjadikan pembayaran mudah untuk penduduk tempatan dan pelancong, meningkatkan pengalaman pelanggan dan mendorong pertumbuhan.
Dengan pengumuman 7-Eleven ini, Alipay+ kini telah diterima oleh lebih daripada 80,000 peniaga di Malaysia, termasuk di lokasi-lokasi pelancongan yang popular seperti Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.
Malah, ada antara jenama tempatan dan antarabangsa yang terkenal seperti Tealive, MyNEWS, Sephora, Watsons, Sports Direct, dan Freebies yang turut menawarkan kemudahan ini untuk tujuan pembayaran tanpa tunai.
Bagi warga Malaysia yang melancong ke luar negara, Touch ‘n Go eWallet merupakan eWallet pertama dari Malaysia yang dapat digunakan di China melalui rangkaian Alipay+. Selain China dan negara-negara Asia Tenggara, Alipay+ juga digunakan secara luas di Jepun, Korea Selatan, Singapura, dan pelbagai destinasi di Eropah.
Dengan adanya sokongan Alipay+ di semua kedai 7-Eleven Malaysia, pengalaman berbelanja dan pembayaran telah ditingkatkan secara signifikan bagi pelanggan tempatan dan pelancong dari pelbagai negara. Inisiatif ini merupakan satu langkah maju dalam usaha memperkukuhkan transformasi digital dalam landskap perniagaan Malaysia.
Melalui kerjasama antara Razer Merchant Services dan Alipay+, Semakin banyak bisnes terkemuka di Malaysia telah mengguna pakai sistem pembayaran Alipay+, termasuk jenama-jenama ternama di dalam dan luar negara. Tambahan pula, Touch ‘n Go eWallet memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan eWallet mereka di China melalui Alipay+, membuka peluang bagi proses transaksi jual beli yang lebih lancar.
Sumber:Soyacincau