Menjelang hujung minggu, ramai yang tak sabar untuk Netflix and Chill. Ungkapan yang jadi terma popular di kalangan warganet ini juga membuktikan betapa kuatnya nama brand penstriman ini di kalangan penggemar filem dan drama.

Pada tahun 2022, Netflix mencatatkan hasil jualan sebanyak US$ 31.6 billion dengan 231 juta pengguna aktif dari serata negara!

Kejayaan jenama ini bukan sahaja terletak pada kandungannya, malah Netflix juga berjaya memenangi hati jutaan penggemar filem dan drama menerusi kempen pemasaran digital yang kreatif dan berinovasi.

Sambil menawarkan user experience yang mantap, Netflix juga berjaya membina strategi pemasaran yang baik dengan mengutamakan minat pengguna.

Untuk mengekalkan subscriber, Netflix memegang kepada tiga prinsip pemasaran digital iaitu :

  • Pemasaran E-mel Yang Bersifat Peribadi
  • Penggunaan Kuasa SEO
  • Interaksi Aktif di Media Sosial

Jom kita semak taktik pemasaran digital Netfilx sehingga jenama ini berjaya menjadi platform streaming terkenal serata negara.

Teknik Pemasaran Digital Netflix Yang Berkesan Untuk Tarik Pelanggan

Kempen Pemasaran E-mel Yang Bersifat Peribadi

Netflix mengambil pendekatan hyper-personalization untuk syorkan drama bersiri dan filem yang sesuai dengan minat peribadi setiap pengguna menerusi pemasaran e-mel.

Kaedah ini juga nampaknya sangat berkesan untuk eratkan hubungan dengan pelanggan dan membuatkan mereka rasa lebih dihargai oleh sesebuah jenama.

Bukan itu sahaja, malah e-mel yang dihasilkan oleh Netflix juga mempunyai rekaan yang simple dan butang Call-To-Action yang cukup jelas untuk mengajak pelanggan menonton terus di platform.

Recommendation yang berterusan daripada Netflix menerusi pemasaran e-mel terbukti mampu membuatkan pelanggan kekal setia dengan platform penstriman ini.

Mana tidaknya, setiap minggu pasti ada sahaja rancangan terbaru yang menarik untuk ditonton.

Netflix

Penggunaan Kuasa SEO

Jenama ini juga memanfaatkan kuasa SEO untuk menguatkan lagi online presence dan brand awareness. Maklumlah, zaman sekarang pengguna sangat bergantung pada carian online untuk apa-apa urusan sekalipun.

Jadi, semakin tinggi kedudukan jenama anda muncul di enjin carian, lebih tinggi peluang untuk anda tawan hati pelanggan.

Jika anda merupakan penggemar filem yang gemar mencari maklumat di Search Engine, anda pasti perasan yang nama Netflix juga akan muncul jika platform streaming ini menyiarkannya.

Ini membuktikan bahawa strategi SEO dan penggunaan keyword yang bersesuaian mampu memberikan impak yang cukup besar dalam mendorong trafik ke website secara organik.

Interaksi Aktif di Media Sosial

Netflix boleh dikatakan sebagai antara jenama yang paling aktif di setiap media sosial. Platform penstriman ini tampilkan personaliti mereka sebagai karakter yang santai, kelakar dan mesra.

Sifat-sifat ini dilihat sangat dekat dengan kebanyakan pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada golongan millenial.

Antara content yang sering digunakan untuk menarik interaksi audiens adalah perkongsian meme, poll, dan soalan berkaitan drama atau filem yang sedang trending.

Netflix juga dilihat cukup bijak mengguna pakai trend media sosial terkini dengan melancarkan filter khas dan trailer Augmented Reality (AR) untuk promosi rancangan Netflix Originals yang popular.

Antara promosi drama bersiri yang paling mendapat sambutan di media sosial adalah Stranger Things yang kini bakal menemui peminat mereka di musim kelima.

Netflix

Bukan mudah untuk cipta nama semegah Netflix, namun ia tidak mustahil dengan strategi pemasaran digital yang mantap.

Untuk menjadi jenama yang relevan dan dekat dengan jiwa pelanggan masa kini, anda juga perlu peka dengan trend terkini.

Dari penggunaan media sosial hinggalah ke pembinaan SEO, semuanya memainkan peranan tersendiri dalam menarik pelanggan untuk kekal berminat dengan bisnes anda.

Seperti Netflix, anda juga perlu kenalpasti minat pelanggan supaya anda boleh tawarkan kandungan yang tepat dengan citarasa mereka. Barulah jenama anda lebih menyerlah dan mudah diingati pelanggan.

Sumber : hiveagency.com.au

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top