Setiap bisnes pasti mahukan pelanggan setia yang membeli produk berkali-kali. Pelanggan sebegini sudah percaya dengan kualiti produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jadi, sesebuah bisnes tak perlu bersusah payah untuk lakukan promosi atau diskaun pada kumpulan pelanggan ini.

Pada masa yang sama, pelanggan setia juga akan jadi ‘duta’ bagi bisnes kita sebab dia akan recommend produk kita kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Jadi, memang berbaloi untuk sesebuah bisnes rancang strategi bagi mendapatkan pelanggan setia. Namun, bagaimana caranya?

Jom ikuti tips daripada kami!

7 Teknik Dapatkan Pelanggan Setia Yang Anda Wajib Cuba

1. Kekalkan Kualiti Produk

Ini adalah salah satu elemen yang paling penting untuk dapatkan repeat customer. Jika produk anda tak berkualiti, pelanggan takkan datang semula membeli dengan anda.

Oleh itu, adalah penting untuk anda pastikan produk memenuhi standard dan jangkaan customer. Pada masa yang sama, produk yang ditawarkan juga perlulah berkualiti dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Pelanggan juga akan berpuas hati jika produk yang diterima sesuai dengan keperluan dan citarasa mereka.

Jangan sesekali menipu pelanggan dengan produk tiruan, palsu atau rosak. Untuk tingkatkan kepercayaan pelanggan, anda juga boleh berikan jaminan kualiti atau waranti sekiranya perlu.

Sesekali, anda juga boleh lakukan survey atau dapatkan maklumbalas untuk ketahui sebarang kekurangan pada produk yang ditawarkan.

2. Cipta Loyalty Program

Banyak jenama seperti Coffee Bean, Zus dan Watson adakan loyalty program buat pelanggan sebagai cara untuk hargai sokongan mereka.

Dengan ganjaran mata dan diskaun esklusif, loyalty program juga sekaligus dapat mendorong pelanggan untuk membuat pembelian berulang.

Cara ini juga dapat membuatkan pelanggan rasa istimewa dan dihargai.

pelanggan setia

3. Tawarkan Produk Bervariasi

Untuk kekal bersaing dalam bisnes dan tarik perhatian pelanggan, anda perlulah tawarkan produk bervariasi yang mampu memenuhi keperluan dan keinginan pelanggan.

Ini boleh membuatkan pelanggan tertarik untuk membeli lagi kerana ingin mencuba produk baharu daripada anda.

Anda boleh tawarkan produk yang berbeza warna, jenis, rekaan, rasa atau bau. Contohnya, jika anda menjual kosmetik, anda boleh tawarkan koleksi lipstik khas untuk sambutan Hari Raya dan sebagainya.

Lebih elok lagi jika produk anda sesuai untuk digunakan secara harian dan bervariasi untuk lelaki, wanita, kanak-kanak, tua, muda dan sebagainya.

Kalau anda tak ada idea, anda boleh terus bertanyakan kepada pelanggan menerusi poll atau survery. Inilah yang dilakukan oleh jenama kosmetik HYGR. Baru-baru ini mereka telah lancarkan satu produk lipstik terbaharu atas saranan pelanggan.

Lebih mengejutkan, produk tersebut menjadi antara yang paling laris terjual!

pelanggan setia

4. Wujudkan Referral Program

Untuk galakkan pelanggan recommend bisnes anda kepada orang lain, anda boleh wujudkan referral program.

Cara ini juga membolehkan anda untuk beri komisen atau bonus kepada pelanggan yang bawa pelanggan baharu kepada kita.

Sebagai contoh, jika pelanggan recommend rakan untuk beli produk daripada anda, pelanggan tersebut akan dapat diskaun 10% untuk pembelian seterusnya.

Ganjaran sebegini akan membuatkan pelanggan rasa bersemangat untuk bantu promosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

pelanggan setia

5. Customer Segmentation

Untuk membina pelanggan setia, anda perlu kategorikan pelanggan mengikut ciri-ciri tertentu seperti umur, jantina, minat, gelagat pembelian dan sebagainya.

Dengan cara ini, kita boleh tawarkan produk yang paling sesuai dengan setiap pelanggan. Dengan pemasaran dan komunikasi yang lebih personal, pelanggan juga akan merasakan jenama anda lebih relevan dan sesuai dengan mereka.

6. Jangan Lupa Follow Up

Tugas anda tidak terhenti selepas pelanggan lengkap membuat pembelian. Sebaliknya, anda kena follow up pelanggan.

Anda perlu bertanya jika terdapat sebarang masalah atau rasa tidak puas hati pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih atas sokongan mereka selepas membeli produk daripada anda.

7. Berikan Layanan Terbaik

Untuk bina kesetiaan pelanggan, sesebuah bisnes perlulah berikan customer service yang terbaik. Setiap pelanggan perlulah diberikan layanan yang baik dan sopan.

Sekiranya pelanggan alami masalah, jangan biarkan mereka ‘tergantung’. Sebaliknya, anda perlulah menjad pendengar yang baik dan selesaikan masalah atau isu yang dihadapi pelanggan dengan profesional.

Dengan menawarkan servis yang baik, pelanggan akan rasa dihormati. Mereka juga akan lebih percaya kepada bisnes anda.

Kalau anda mahukan bisnes kekal dalam jangka masa panjang, jangan abaikan pelanggan setia. Mereka sebenarnya adalah aset berharga dan perlu dijaga sebaiknya. Anda juga pasti takkan rugi, malah ia boleh bantu kembangkan lagi bisnes anda.

Selamat mencuba!

Sumber : SifuBad

Baca Juga : Cara Bina Loyalty Program Yang Berkesan Untuk Bisnes Anda

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top