Bisnes Anda Merosot, Nak Atasi Macam Mana?
Selepas hari raya tempoh hari, kedengaran banyak owner2 bisnes merungut dek kerana kemerosotan jualan masing2.
Dalam tempoh 2-3 minggu lepas ‘big brand’ seperti ZAWARA mengumumkan untuk tidak pergi lebih jauh dalam bidang fashion sebaliknya fokus kepada bidang skincare & cosmetic. Selain daripada itu, jenama besar lain seperti BELLA AMMARA menerusi CEO nya menulis di laman status facebooknya betapa sukar perjalanan syarikat dengan ekonomi sekarang dan berpuluh lagi jenama-jenama fashion tempatan bakal melabuhkan tirainya pada penghujung 2016. Bagaimana syarikat2 lain dalam industri selain daripada fashion? Adakah merasai & terkesan dengan ‘kegawatan’ ekonomi sekarang? Saya percaya ada yang terkesan dan ada yang tidak.
Pada pendapat saya, rakyat Malaysia TAKUT nak berbelanja & mereka tidak lagi berasa TERUJA untuk berbelanja. Tambahan lagi dengan beberapa polisi dari Kerajaan yang menyuramkan lagi aktivti ekonomi.
Jadi apa nak buat? Tutup bisnes tu, dan mulakan bisnes baru?
Kita sebagai CEO atau FOUNDER kepada sesuatu jenama harus berfikir bagaimana untuk survive. Sebelum ini kita dah invest banyak duit bagi aktiviti pemasaran jenama kita. Kita dah habis banyak duit buat renovation kedai kita. Jadi sayang sekali kalau nak ‘kuburkan’ macam tu je.
Apa yang kita perlu buat, adalah memastikan syarikat kita dapat menampung kos2 operasi. Sales tak banyak tidak mengapa, asalkan gaji staff, sewa & utiliti dapat ‘cover’. Untung sikit pun tidak mengapa. ‘Cut cost’ strategi adalah yang terbaik. Buang mana2 staff yang tidak ada komitmen. Buang staff yang banyak masalah. Buang staff yang sangat berkira dengan syarikat. Buang staff yang tahu nak bonus sahaja tetapi arahan kerja yang diberi selalu merungut. Buang staff yang tidak tahu kerja secara berkumpulan. Jangan takut nak buang staff. Jangan disebabkan staff bermasalah, seluruh “kapal” tenggelam.
Kaji semua ‘cost of sales’ syarikat anda. Adakah cost berkenaan benar2 mendatangkan hasil jualan. Jangan tertipu dengan ‘marketing’ untuk branding & marketing untuk ‘sales’. Lihat setiap sen yang anda bakar untuk marketing berapa banyak dapat menyumbang kepada sales.
Kita di Mesotropin sendiri sangat berfokus kepada aktiviti2 yang mendatangkan sales. Sebagai CEO kepada syarikat yang ‘struggle’ untuk ‘survive’ sangat meneliti setiap ‘cost of sales’ syarikat. Biar setiap perbelanjaan WAJIB memberikan hasil keuntungan. Pernah 3 bulan berturut turut saya ‘hold’ dahulu gaji saya demi memastikan syarikat dapat gunakan duit tersebut untuk memaksimakan keuntungan.
Pada bulan Disember nanti, Mesotropin akan menganjurkan program PENURUNAN BERAT BADAN yang terbesar di Malaysia. Dianggarkan 5,000 peserta akan menyertainya. Dimana HADIAH UTAMA berupa sebuah PROTON SAGA. Ramai yang kata saya GILA. Sebab saya berani offer hadiah sebuah Proton Saga. Sebenarnya mereka tidak tahu, harga Proton Saga Baru yang saya dapat jauh lebih murah dari harga pasaran. Macam mana saya buat, nanti saya cerita kalau artikel saya ni ada 1,000 orang share.. hihi
AirAsia ketika baru ditubuhkan, juga mengalami masalah. Diawal tahun 2000 dengan kemelesatan ekonomi ketika itu mereka dapat ‘survive’. Tambahan dengan psikologi serangan World Trade Central, orang sangat takut nak naik kapal terbang. But they survive. Macam mana mereka melakukannya? Kajilah sendiri. Tak kan ini pun saya nak bagi tahu..hihihi. So, apa jua syarikat dan bisnes anda percayalah setiap masalah ada jalan penyelesaian. Tenangkan diri & mulakan perancangan serta strategi ‘survival’ syarikat anda.
Semalam saya ada meeting bersama bersama orang2 hebat dalam bisnes dan marketing.
1. Fadhil merupakan Managing Director NaaraBelle FaceSpa. Beliau sangat hebat terutama dalam management dan akaun. Beliau sangat teliti dan ‘detail’ dalam membuat sebarang keputusan. Sebelum ini Fadhil bersama Petronas untuk urusan berkaitan Finance.
2. Belle & Carl founder Bella Ammara. Saya sangat hormati pasangan ini dan bagi saya beliau adalah sangat ‘brilliant’ dalam membawa BA pergi lebih jauh. Tidak ramai kenalan saya yang mempunyai pemikiran seperti Carl ini. Sebab itulah beliau mampu menguruskan 6 cawangan Bella Ammara.
.
Kami sempat berbincang mengenai beberapa perkara antaranya mengenai kemerosotan ekonomi yang kian terasa. Secara jujurnya di Mesotropin, Bella Ammara & NaaraBelle FaceSpa kita tidak terasa lagi kesan ekonomi yang merudum sekarang. Mungkin disebabkan beberapa langkah awal yang kita ambil bagi persiapan menghadapi kemelesatan ekonomi yang dijangka melanda.
.
Ok! Ini sedikit tip hasil perbincangan kami selama beberapa jam bagaimana nak survive dalam ekonomi yang bergolak ini.
Pertama, bagaimana dengan CASH FLOW bisnes anda? Pernah buat tak management account, profit & loss? Pemantauan terhadapa Cash Flow adalah umpama NADI bisnes anda. Tak guna jika sales anda tinggi melonjak tapi perbelanjaan melebihi jualan. Akaun anda negatif. Apakah back plan anda jika akaun negatif?
Dalam dunia fashion lagi sukar dalam mengawal cash flow. Bayangkan duit anda dalam bentuk longgakkan pakaian yang masih tak terjual? Jadi disini perancangan Cash Flow sangat penting. Buat sedikit planning. Berapa anda nak spend untuk marketing, berapa untuk production dan berapa nak spend untuk GST serta income tax sebagainya.
Saya jamin, 7 daripada 10 orang yang baca artikel ini x buat planning. Kalau buat mungkin tak ikut pun.
Kedua, JANGAN buat LOAN. Yes! Mungkin bisnes anda nyawa2 ikan. Anda perlukan modal untuk memberi nyawa pada bisnes anda itu. Disini apa yang perlu anda buat adalah gunakan apa yang ada pada diri dan team anda sekarang. Buatlah promo tiap2 hari pun. Asalkan ada jualan. Kalau duit dah habis sebab buat production, buatlah service. Dapatkan balik cash menerusi apa jua jualan.
Jika anda berjaya survive tanpa LOAN, percayalah gelombang ekonomi macam mana sekali pun, anda tetap berpotensi besar akan survive.
Ketiga, buat marketing yang leads pada sales. Marketing yang berkos tinggi seperti Radio, billboard, akhbar tinggalkan dulu. Fokus kepada content marketing. Buat content yang orang nak share. Buat content yang beri manfaat kepada orang ramai. Gunakan tools seperti FB Ads sangat digalakkan.
.
Keempat, TUTUP je bisnes anda. Ini cara terbaik untuk anda survive. Bukan semua orang boleh berbisnes. Bukan semua orang ada bakat nak telan ‘pahit’nya dalam bisnes. Bukan semua orang sanggup ‘merana’ dahulu sebelum bisnes berkembang. Mulakan hantar resume kepada syarikat2 yang mencari pekerja. Bermula dengan gaji sedikit tidak mengapa, sebab anda perlu belajar untuk berbisnes.
.
Bisnes tidak mudah. Hanya yang CEKAL sahaja boleh SURVIVE. Kalau anda jenis tahu merungut, merintih dan menyalahkan orang lain sahaja maka JANGAN buat bisnes. Kelak, anda juga merana.
Ya benar… bisnes boleh menyebabkan anda mewah, hidup berprestige, dihormati, berkawan dengan orang kenamaan tapi jangan lupa, bisnes juga boleh menyebabkan anda terduduk dan dipandang hina.
Terima kasih kepada anda yang berjaya membaca hingga ke tahap ini. Anda seorang yang cekal. Saya doakan bisnes anda terus maju. Dan kalau anda free, boleh kita jumpa minum coffee sambil berkongsi idea dalam mengembangkan lagi syarikat.
Di share oleh CEO Mesotropin Sdn Bhd : En Hafiz Wasa