Pemasaran e-mel kian menjadi pilihan ramai peniaga dalam mencapai pelanggan dan mengembangkan bisnes. Ia memberi kebebasan kepada pemilik bisnes dalam berkongsikan informasi serta promosi untuk pelanggan dengan mudah. Ia juga mudah dijejak melalui laporan yang terperinci.
Berbanding pemasaran SMS, pemasaran e-mel boleh dirangka dengan lebih menarik melalui penggunaan grafik berwarna. Tambahan pula, kebanyakan pengguna telefon pintar masa kini lebih memilih e-mel sebagai kaedah untuk berinteraksi dengan jenama kegemaran mereka.
Ingin kembangkan perniagaan anda melalui e-mel? Di sini ada beberapa tips yang anda boleh cuba.
7 Tips Pemasaran E-Mel Untuk Kembangkan Perniagaan Kecil
1. Buatkan Pendaftaran Mudah
Untuk tarik ramai pelanggan untuk subscribe pemasaran e-mel anda, anda perlu sertakan satu borang pendaftaran di laman web. Anda juga boleh letakkan satu borang pop-up pada laman web untuk tarik perhatian pelanggan.
Selain di laman utama website, anda juga boleh bina satu Landing Page khas untuk dorong pelanggan mendaftar. Sertakan sekali kelebihan yang pelanggan bakal dapatkan apabila melanggan emel daripada jenama anda.
2. Tawarkan Insentif
Anda juga boleh memancing pelanggan agar mendaftar pemasaran e-mel dengan menawarkan insentif menarik buat mereka.
Tawarkan sesuatu yang bernilai kepada pelanggan seperti kupon ekslusif, e-book atau template secara percuma.
3. Pelbagaikan Kandungan Pemasaran E-mel
Kandungan pemasaran e-mel tidak semestinya berbaur promosi semata-mata. Salah satu cara untuk mengekalkan minat subscriber e-mel anda adalah dengan menawarkan pelbagai kandungan e-mel.
Antara e-mel yang anda boleh hasilkan untuk pelanggan adalah newsletter, e-mel alu-aluan, peringatan troli terabai (abandoned cart), pengumuman mengenai jenama dan sebagainya.
Anda juga boleh tawarkan kandungan berunsur peribadi seperti ganjaran Hari Jadi bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan.
4. Segmenkan Senarai E-mel
Memang rugi kalau anda ada pemasaran e-mel tetapi tidak membuat pengelasan mengikut kategori pelanggan. Antara kategori yang anda boleh kelaskan pelanggan adalah umur, minat pelanggan serta jumlah yang dibelanjakan. Dengan adanya data ini, anda boleh hasilkan kandungan yang bersasar demi kempen pemasaran yang lebih berkesan.
5. Sertakan Butang Call-To-Action Yang Jelas
Butang Call-To-Action atau CTA yang jelas dapat meningatkan interaksi pelanggan dalam pemasaran e-mel. Jadi, anda sangat digalakkan untuk letakkan butang CTA pada setiap e-mel bagi memudahkan pelanggan membuat tindakan selanjutnya.
Pastikan butang jelas secara visual dan gunakan perkataan yang ringkas seperti Klik Di Sini atau Muat Turun Sekarang.
6. Gunakan Subject Line Yang Menarik
Kadar bukaan bagi pemasaran e-mel adalah sangat penting dan boleh menjadi penentu bagi kejayaan sesebuah kempen.
Selain menyemak kandungan e-mel, anda juga perlu semak Subject Line agar ia mampu menarik perhatian pembaca.
Untuk meningkatkan kadar bukaan e-mel secara konsisten, anda perlulah hasilkan Subject Line yang menarik. Anda boleh tambahkan unsur personal pada Subject Line seperti nama panggilan pelanggan, emoji serta nada yang mesra. Jadikan Subject Line anda ringkas dan pendek untuk tarik bacaan subscriber.
7. Hantar Dengan Kekerapan Konsisten
Dalam pemasaran e-mel anda perlulah menawarkan kandungan secara konsisten kepada subscriber. Namun, anda tak boleh hantarkan emel terlalu banyak atau terlalu sedikit kepada pelanggan.
Sebaliknya, hantarkan kandungan dengan kekerapan yang optimum dan bersesuaian dengan jenama anda. Antara yang disarankan adalah sebanyak seminggu sekali. Namun, pada waktu jualan, anda mungkin boleh hantar dengan lebih kerap untuk menyaingi jenama lain.
Selain waktu jualan, anda juga digalakkan untuk menghantar e-mel ketika musim perayaan.
Terdapat pelbagai tips yang anda boleh manfaatkan untuk memastikan kempen pemasaran e-mel anda berjaya. Dari penghasilan Subject Line yang menarik sehingga ke kaedah pendaftaran mudah, kesemuanya pasti bakal memberikan manfaat buat pemasaran jenama anda.
Berminat untuk mulakan pemasaran e-mel bagi jenama anda? Jom langgan Mail Niaga untuk dapatkan pakej yang menarik dengan harga yang cukup berpatutan. Layari mailniaga.com segera untuk ketahui dengan lebih lanjut.