OpenAI ChatGPT

OpenAI telah melancarkan ChatGPT sebagai prototaip pada November 2022 lalu. Menampilkan ciri-ciri kecerdasan dan kepantasan yang luar biasa dalam memberikan respons yang terperinci, AI ChatGPT telah meraih perhatian ramai termasuk pemilik bisnes.

Pelbagai jenama kini turut menggunakan ChatGPT kerana ia dapat diintegrasikan dengan mudah ke dalam aplikasi dan website mereka. Selain itu, ia juga mampu menyokong features tertentu yang terdapat dalam aplikasi atau website, termasuk chatbots.

Buktinya, Microsoft sanggup melabur sebanyak $10 bilion kepada OpenAI untuk menaik taraf perisian Bing dan Edge.

Tahukah anda bahawa AI ChatGPT mampu meningkatkan produktiviti perniagaan? Antara fungsi unik lain ChatGPT adalah kebolehan untuk menterjemah dalam pelbagai jenis bahasa. Ini dapat membantu jenama mengatasi masalah language barrier atau kesukaran untuk berkomunikasi akibat perbezaan bahasa.

Selain itu, ChatGPT juga dapat membantu jimatkan masa pemilik bisnes dalam menjana idea dan content untuk pemasaran seperti penghasilan artikel, copywriting, video dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, malah ChatGPT juga boleh digunakan untuk tingkatkan perkhidmatan pelanggan melalui maklumbalas yang segera. Dengan menerapkan ChatGPT yang mampu menjawab soalan dengan cepat dan tepat, pelanggan juga pasti lebih berpuas hati dengan maklumbalas yang pantas daripada sesebuah perniagaan.

Bisnes Yang Memanfaatkan ChatGPT OpenAI

1. Snap Inc. (Snapchat)

Demi memenuhi kepuasan pengguna, Snap Inc. telah melancarkan “My AI” chatbot dengan penggunaan versi terkini teknologi ChatGPT dari OpenAI untuk Snapchat.

Bermatlamat untuk menjadi menjadi rangkaian sosial yang popular dan mesra pengguna, My AI adalah features baharu daripada Snapchat yang membolehkan pengguna untuk berkomunikasi dan mendapatkan inspirasi secara santai.

Pengguna boleh bertanya apa sahaja kepada My AI seperti cadangan hadiah yang menarik untuk rakan, resepi menarik untuk dicuba dan sebagainya.

2. Quizlet

Quizlet, platform pembelajaran yang selalu digunakan oleh tenaga pengajar dan pelajar turut berfungsi dengan OpenAI. Quizlet memanfaatkan API ChatGPT untuk fungsi tunjuk ajar yang digelar “Q-Chat” bagi menjawab persoalan daripada pelajar.

3. Instacart

Instacart juga dijangka akan melancarkan gabungan sistem AI Instacart dengan ChatGPT OpenAI bagi meningkatkan khidmat pelanggan yang lebih baik. Ciri baharu Instacart iaitu ‘Ask Instacart‘ akan membolehkan pengguna untuk bertanya soalan bagi membantu mereka membuat senarai beli-belah.

Seperti yang ditunjukkan dalam video demonstasi di bawah, pengguna hanya perlu menaip perkataan ‘makan tengah hari’ ke dalam chatbot Ask Instacart. Kemudian, sistem akan bertindak balas dengan memaparkan senarai soalan seperti “Apa yang patut saya makan tengah hari ini?” atau “Apakah makan tengah hari yang sihat untuk anak-anak saya?”.

Penggunaan sistem AI dilihat semakin meningkat terutamanya dalam era digital yang semakin pesat sekarang.

Sebagai pemilik bisnes, anda juga pasti boleh memanfaatkan ChatGPT untuk perkembangan perniagaan anda.

Terdapat banyak features yang menarik untuk dicuba dan mudah untuk diintegrasikan dalam website atau aplikasi jenama anda.

Seperti yang kita lihat di atas, banyak perniagaan mengambil peluang menggunakan teknologi ChatGPT OpenAI bagi meningkatkan bisnes mereka dan memenuhi kepuasan pengguna.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top