Zaman teknologi di hujung jari ini memerlukan pemilik bisnes untuk lebih kreatif dalam melakukan pemasaran digital. Untuk lebih menyerlah dan capai pelanggan dengan mudah,

Antara kaedah popular yang ramai pemilik bisnes lakukan ialah dengan menggabungkan pemasaran SMS dan e-mel.

Walaupun kedua-dua saluran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, namun anda akan terkejut dengan keberkesanannya bila digabungkan bersama.

Pemasaran SMS menjadi keperluan untuk ramai peniaga kerana ia menjanjikan kadar bukaan serta engagement yang tinggi berbanding saluran pemasaran lain.

Sementara itu, pemasaran e-mel pula mampu meningkatkan kredibiliti sesebuah jenama dan dapat menjadi medium yang ideal untuk mendorong pelanggan ke laman web perniagaan (e-commerce).

Ayuh kita semak manfaat apabila anda menggabungkan kedua-dua saluran pemasaran ini dalam bisnes.

4 Kelebihan Apabila Menggabungkan SMS dan Email Marketing

1. Data Pelanggan Yang Boleh Disesuaikan Antara Satu Sama Lain

Bila anda gabungkan kedua-dua saluran pemasaran ini, anda boleh gunakan data daripada satu saluran untuk saluran yang lain.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan berminat untuk terima SMS mengenai promosi produk kekacang, anda boleh gunakan maklumat ini untuk kemaskini profil pelanggan di senarai e-mel agar pelanggan dapat menerima promosi yang sesuai dengan minat mereka.

SMS dan Email Marketing

2. Engagement Dapat Ditingkatkan Dengan Lebih Berkesan

Penggunaan kedua-dua SMS dan email marketing membolehkan anda untuk bina engagement yang lebih berkesan dalam sesebuah kempen.

Sebagai contoh, anda boleh mulakan kempen dengan menghantar pengumuman tentang flash sale menerusi e-mel. Seterusnya, anda boleh gunakan SMS untuk hantar peringatan kepada pelanggan sehari sebelum jualan bermula.

3. Dapat Kenalpasti Saluran Pemasaran Yang Lebih Berkesan

Walaupun ramai pelanggan yang gemarkan pemasaran menerusi pelbagai platform atau omnichannel, namun ada sesetengah pelanggan yang memilih untuk berinteraksi pada satu saluran sahaja.

Jadi, bila anda gunakan dua saluran iaitu SMS dan email marketing, anda boleh kenalpasti saluran yang lebih digemari pelanggan secara terperinci.

Menerusi laporan yang diterima, anda boleh kategorikan pelanggan mengikut tindakbalas mereka apabila anda menghantar SMS atau emel.

Cara ini bukan sahaja dapat membantu jenama anda untuk tingkatkan kepuasan pelanggan, malah ia juga dapat membantu mengurangkan risiko unsubscribe bagi SMS dan e-mel atau ditanda sebagai spam oleh pelanggan.

4. Komunikasi Atau Maklumat Dapat Disampaikan Dengan Lebih Baik

Seperti yang dinyatakan tadi, kedua-dua saluran pemasaran ini mempunyai kelebihan tersendiri. Jadi, anda boleh manfaatkan kedua-duanya bergantung kepada kesesuaian kempen pemasaran anda.

Ketika anda tidak boleh menghantar maklumat panjang berjela menerusi SMS, anda boleh gunakan emel untuk kongsikan informasi secara lebih berkesan.

Pada situasi lain, anda mungkin perlukan maklumbalas yang pantas daripada pelanggan. Inilah masa yang sesuai untuk anda capai pelanggan menerusi SMS berbanding emel.

Secara ringkasnya, anda boleh rancang untuk menggunakan emel bagi :

  • Permintaan maklum balas / review
  • Pengenalan terperinci mengenai produk
  • Perkongsian tentang perkembangan syarikat, cerita di sebalik tabir bisnes atau newsletter

Mesej teks yang bersifat pendek pula lebih sesuai ketika anda memerlukan interaksi pelanggan pada masa nyata seperti :

  • Peringatan
  • Makluman keselamatan
  • Pengesahan
  • Pemberitahuan penghantaran atau penghantaran

Anda juga boleh gabungkan kedua-dua saluran ini untuk rancakkan lagi kempen anda. Berikut kami kongsikan beberapa idea pemasaran yang anda boleh cuba.

4 Idea Untuk Gabungkan SMS dan Email Marketing

1. Manfaatkan Email Untuk Kembangkan Senarai Subscriber SMS

Sekiranya anda sudah ada database yang kukuh untuk email marketing dan mahukan lebih ramai subscriber untuk SMS marketing (atau sebaliknya), anda boleh maklumkan kepada pelanggan menerusi emel atau SMS.

Selagi relevan, anda juga boleh berikan pilihan untuk opt-in SMS kepada pelanggan dalam senarai di penghujung email.

Langkah ini penting supaya mereka tahu akan kewujudan kempen SMS anda.

Sebagai contoh, apabila anda mengumumkan produk baharu, anda boleh tawarkan kepada pelanggan email marketing untuk mendaftar pemasaran SMS supaya mereka dapat jadi orang yang terawal untuk ketahui maklumat terkini daripada bisnes anda.

Selain itu, anda juga boleh tawarkan insentif kepada pelanggan yang sudi berkongsikan alamat emel mereka menerusi SMS.

2. Follow Up Pelanggan

Kedua-dua SMS dan email marketing boleh membantu anda untuk follow-up dan dorong tindakan pelanggan berdasarkan kempen yang anda sedang lakukan.

Sebagai contoh, anda sedang menjalankan kempen untuk mengumpul maklumbalas pelanggan menerusi survey.

Anda sudah menghantar SMS bersama pautan kepada pelanggan. Sesetengah daripada mereka sudah menjawab, namun anda masih perlukan lebih lagi.

Jadi, anda boleh hantarkan follow-up email dengan informasi yang lebih lanjut. Untuk galakkan lagi penyertaan pelanggan, anda juga boleh sertakan bersama sedikit insentif dalam emel tersebut.

3. Untuk Rancakkan Omnichannel Marketing

Untuk pastikan bisnes anda menyerlah secara atas talian, anda tak boleh bergantung pada satu platform pemasaran.

Oleh sebab itulah ramai pemilik bisnes memilih untuk jalankan omnichannel marketing iaitu gabungan pelbagai jenis platform marketing atas talian seperti website dan media sosial.

Ramai pemilik bisnes yang turut memanfaatkan gabungan SMS dan email marketing untuk tingkatkan potensi dan serlahkan lagi jenama.

Salah satu cara adalah dengan menghantar pengumuman menerusi SMS dan menghantar maklumat lanjut mengenainya menerusi emel.

Pastikan pengumuman tersebut ditulis dengan menarik untuk membuatkan pelanggan rasa ingin tahu. Ini juga boleh memacu kadar bukaan SMS dan emel yang lebih tinggi.

Antara pengumuman yang anda boleh kongsikan adalah promosi terhad seperti flash sale dan pelancaran produk baharu.

4. Gunakan SMS Untuk Push Kempen Email 

Berdasarkan pemerhatian daripada Mail Chimp, kadar bukaan email adalah kira-kira 21.33%. Namun, ini tidak boleh mengatasi kekuatan SMS yang mencatatkan sehingga 90% kadar bukaan.

Jadi, anda boleh manfaatkan SMS untuk tingkatkan prestasi kempen email yang anda sedang lakukan. Sebagai contoh, anda boleh tingkatkan kadar bukaan emel dan kadar klik dengan menghantar pautan newsletter menerusi SMS.

SMS dan Email Marketing

Dengan gabungan SMS dan email marketing secara kreatif, anda boleh menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, meningkatkan engagement serta komunikasi secara positif.

Jadi, memang rugi kalau anda tidak terokai potensi pemasaran SMS dan emel apabila digabungkan bersama.

Jangan hantarkan e-mel dan SMS pada masa yang sama! Sebaliknya, berikan masa untuk setiap satu saluran capai pelanggan pada tempoh tertentu.

Bagi yang berminat untuk lonjakkan lagi jenama serta perniagaan anda menerusi pemasaran SMS dan e-mel, kami sedia menawarkan produk SMS Niaga dan Mail Niaga dengan ciri-ciri yang menarik serta harga yang berpatutan.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk pemasaran digital daripada kami!

Baca Juga : 3 Jam Boleh Jana Jualan Hingga RM4,000, CEO BookCafe Dedahkan Kuasa SMS Marketing Untuk Tingkatkan Potensi Bisnes

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top