Subscriber SMS anda adalah kunci utama kepada kejayaan SMS marketing. Namun, tak dinafikan bukan mudah untuk membina senarai yang berkualiti dan boleh memberi impak yang besar pada bisnes.

Sebab itulah ada bisnes yang mengambil jalan mudah dan membeli senarai nombor telefon. Cara ini bukan sahaja melanggar peraturan komunikasi, malah ia juga boleh menyebabkan pelanggan tak berpuas hati.

Pemilik bisnes perlu ingat bahawa tiada shortcut untuk bina database SMS untuk tujuan pemasaran.

Mahu atau tidak, anda perlu usaha sendiri.

Tak usah risau, di sini kami akan kongsikan beberapa strategi yang anda boleh membantu anda bina database SMS yang berkualiti.

Kenapa Anda Perlu Kembangkan Database SMS?

1. Ia Milik Anda Sepenuhnya

Seperti pemasaran emel, SMS adalah saluran ekslusif untuk bisnes. Jika tersilap langkah, Instagram boleh block akaun anda, algorithm di Google pula boleh berubah dalam sekelip mata.

Ini semua boleh memberi kesan kepada kemampuan bisnes anda untuk capai pelanggan.

Sementara itu, pemasaran SMS dengan senarai subscriber yang anda kumpul sendiri lebih terjamin capaiannya.

2. Kadar Bukaan Yang Tinggi

Berbanding platform media sosial yang memerlukan sambungan internet, SMS boleh sampai kepada pelanggan dengan serta merta. Disebabkan itu, ia juga mempunyai kadar bukaan yang tinggi iaitu sehingga 98%.

Jadi, pelanggan tidak akan terlepas sebarang tawaran atau perkembangan terbaru daripada anda.

3. Untuk Lindungi Bisnes

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meletakkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh bisnes untuk pemasaran SMS.

Antara peraturan yang telah ditetapkan adalah pelanggan yang tersenarai dalam database telah bersetuju untuk menerima mesej pemasaran dan pemilik bisnes perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jadi, anda tidak boleh sesuka hati menghantar SMS kepada pelanggan tanpa kebenaran daripada mereka.

5 Cara Untuk Kembangkan Database SMS Marketing

Semakin besar database, semakin tinggi peluang untuk bisnes anda mencapai pelanggan. berikut kami kongsikan beberapa strategi untuk kembangkan senarai SMS marketing.

1. Tawarkan Diskaun Istimewa

Jadikan pemasaran SMS sebagai platform ekslusif bagi pelanggan. Tawarakan kepada mereka diskaun khas yang mereka tidak boleh dapatkan di website atau email.

Ini boleh membuatkan pelanggan tertarik untuk terus menerima SMS dan menantikan tawaran istimewa daripada anda.

2. Sediakan Sign-Up Form di Website

Anda ada website sendiri? Inilah peluang untuk anda promosikan pemasaran SMS kepada pelanggan. anda boleh letakkan sign-up form di laman utama bagi memudahkan pelanggan mendaftar.

Untuk tarik minat pelanggan, anda juga boleh tawarkan sesuatu yang bernilai seperti e-book, kandungan percuma dan sebagainya.

Nak maksimakan kadar pendaftaran SMS di website? Cuba bereksperimen dengan meletakkan borang sign-up dalam bentuk pop-up, di sidebar atau di footer.

Kemudian, kenalpasti mana satu yang mempunyai kadar pendaftaran paling tinggi.

database sms marketing

Sumber : tatango.com

3. Manfaatkan Subscriber Pemasaran Emel Sedia Ada

Anda juga boleh tarik pelanggan yang sudah mendaftar pemasaran emel. Berikan tawaran yang berbeza untuk galakkan pelanggan mendaftar kedua-dua platform marketing ini.

Sebagai contoh, jika subscriber email marketing anda sudah ditawarkan dengan diskaun musim perayaan, anda boleh tawarkan pelanggan yang mendaftar SMS marketing promosi last minute.

Pelanggan tentu tidak akan berfikir panjang untuk mendaftar kerana dengan tawaran ini, mereka boleh dapatkan penjimatan berganda!

4.  Sediakan Bonus Ketika Checkout

Berikan ganjaran istimewa kepada pelanggan sebelum mereka check-out barangan di website.

Anda boleh pertimbangkan untuk beri sampel percuma atau diskaun RM 10 kepada pelanggan yang sudi berkongsikan nombor telefon mereka.

5. Adakan Giveaway/Pertandingan

Anda juga boleh adakan pertandingan atau giveaway dengan tawaran hadiah ekslusif di platform media sosial. Letakkan syarat supaya pelanggan berkongsi nombor telefon mereka.

database sms marketing

Pemasaran SMS memberi kebebasan kepada anda untuk luaskan database secara kreatif. Pelanggan juga sudah tentu tidak kisah untuk mendaftar sekiranya mereka ditawarkan dengan sesuatu yang menguntungkan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom rangka strategi untuk kembangkan SMS marketing hari ini!

Sumber : Twilio

Baca Juga : 7 Jenama Terkenal Yang Menggunakan Pemasaran SMS

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top