Platform membeli-belah atas talian yang popular daripada Amerika Syarikat, Amazon kini membenarkan peniaga untuk menghantar pemasaran e-mel kepada pembeli secara percuma.
Kelebihan yang baru diumumkan ini memberi peluang kepada pemilik perniagaan yang merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penjual produk yang ada di Amazon untuk melakukan pemasaran semula (remarketing) dan mencapai pelanggan secara lebih peribadi dan tersasar.
Kemudahan pemasaran e-mel ini juga membolehkan peniaga untuk berhubung dengan pelanggan di pelbagai peringkat melalui Tailored Audiences yang diperkenalkan oleh Amazon.
Inisiatif ini turut menawarkan peniaga dengan laporan pemasaran e-mel yang terperinci termasuk kadar bukaan, kadar klik, kadar penghantaran dan kadar opt-out.
Langkah yang diambil Amazon ini dilihat cukup berani memandangkan sebelum ini mereka enggan membenarkan peniaga untuk berhubung terus dengan pelanggan.
Buktinya, sebelum ini para penjual hanya boleh gunakan pemasaran e-mel di bawah jenama Amazon sahaja.
Jadi, dengan pembaharuan ini, Amazon dapat membantu pemilik bisnes untuk menguruskan pemasaran jenama masing-masing dengan lebih berkesan.
Inisiatif Premium A+ Content dari Amazon
Di samping itu, Amazon turut melancarkan Premium A+ Content, iaitu sistem pengurusan kandungan yang dikemaskini dan mampu menampung modul yang lebih besar dalam laman produk seperti video, image carousel dan Q&A kepada mana-mana jenama yang menepati kriteria.
Jenama yang menggunakan Premium A+ Content menunjukkan peningkatan hasil jualan produk sehingga 20 peratus!
Perubahan ini juga diharap dapat membantu tingkatkan nilai pemasaran semula (remarketing) di samping membantu peniaga untuk mencapai pelanggan dengan lebih baik.
Kelebihan Pemasaran E-mel Untuk Jenama
Pemasaran e-mel bukanlah kaedah yang baharu, malah ramai usahawan yang telah menfaatkannya untuk mencapai pelanggan dengan lebih ramai di samping menyerlahkan nilai jenama masing-masing.
Sentuhan peribadi ini juga boleh mendorong jenama anda untuk dapatkan lebih ramai pelanggan setia dengan lebih mudah.
Dengan adanya pemasaran e-mel, peniaga dapat berkongsikan pelbagai kandungan bersifat peribadi (personalized) kepada pelanggan sasaran mereka sesuai dengan target kempen.
Peniaga juga bebas untuk menghantar pelbagai kandungan yang boleh manfaatkan jenama sendiri seperti hebahan jualan, newsletter, dan pengumuman pelancaran produk.
Dengan kempen pemasaran e-mel yang terancang, ia juga mampu menarik aliran trafik ke website serta meningkatkan hasil jualan jenama anda.
Tak hanya itu, pemasaran e-mel juga boleh menjadi saluran komunikasi yang berkesan bagi anda untuk berhubung dengan pelanggan secara terus.
Sumber : bloomberg.com