35003964

Johor Baru – Peningkatan nilai matawang Dollar Singapura berbanding Ringgit membuka banyak peluang kepada perniagaan Malaysia, terutama sekali di Johor Baru

Dengan Dollar Singapura pada nilai tertinggi sejak 17 tahun iaitu RM2.97 di kebanyakan kaunter tukaran wang asing di Johor Baru semalam (24 Ogos), kebanyakan peniaga berpendapat bahawa dengan peningkatan kekuatan Dollar akan mempengaruhi ekonomi Malaysia secara positif, terutama sekali di Johor khasnya.

“Sepertimana sekarang, faktor Singapura kini bernilai sekurang-kurangnya RM50 billion (S$16.6) setahun kepada Johor,” menurut En. Tee Siew Keong, Eksekutif Kaunselor Pelancongan dan Perdagangan Tempatan Johor.

Impak Dollar Singapura kepada ekonomi Johor sememangnya besar. Kira-kira 16 juta pelancong Singapura setahun melawat Malaysia dan rata-ratanya memasuki negara ini melalui Johor Baru. Di sini ialah hentian pertama mereka. Bergantung kepada berapa malam mereka tinggal di sini sebelum pergi ke tempat lain, wang yang dibelanjakan adalah penting.

Selain daripada itu, kita juga mempunyai kira-kira 400,000 orang pekerja daripada Malaysia yang berkerja di Singapura. Jika pendapatan mereka bekerja di sana dalam S$2,000 sebulan secara purata, amaun gaji yang dibawa balik juga amat besar.

“Saya juga telah menjalankan pergiraan dan yakin bahawa jumlah RM50 billion setahun daripada pelancong dan pekerja dari Malaysia adalah nilai yang sesuai,” tambah En. Tee

Beliau menekankan tentang kepentingan masa sekarang untuk para peniaga di Johor khasnya untuk mengekplorasi pasaran Singapura berdasarkan faktor tukaran matawang sekarang.

“Produk agrikultur seperti buah-buahan dan sayuran misalnya ada potensi yang besar dan Johor sendiri sebagai sebuah negeri agrikultur, kita mampu memenuhi permintaan pasaran ekspot ke Singapura.”

Perniagaan perabot juga menurut En. Tee, adalah pilihan perniagaan yang mampu menjana ekonomi.

“Kos buruh adalah lebih rendah disini, begitu juga produk kayu. Oleh itu kos perabot seperti kabinet dan perabot lain tentunya jauh lebih murah berbanding dengan produk Singapura.”

The Johor Premium Outlet (JPO), pusat membeli belah bebas cukai dengan anggaran 130 outlet berjenama juga turut menerima tempias meningkatnya perbelanjaan pembeli Singapura.

“Kami sentiasa popular dengan warga Singapura, tetapi baru-baru ini terdapat peningkatan warga mereka di sini. Sebabnya nyata iaitu meningkatnya nilai matawang mereka.”

“Warga Singapura adalah pembeli matang. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan produk keutamaan mereka adalah beg tangan dan kasut. Di JPO, sentiasa ada produk yang berbaloi untuk nilai wang.” Ujar En. Jean Marie Harry, Ketua Pegawai Operasi JPO.

P1180679_zps50a1d6ae

Faedah utama meningkatnya nilai matawang Dollar kepada ekonomi Johor ialah kepada sektor perhotelan, terutama sekali pada hujung minggu dan cuti am.

“Hujung minggu memberikan perniagaan yang baik kepada kami. Hotel kami selalu penuh pada hujung minggu dan 60 peratus daripada tetamu kami adalah warga Singapura.” Menurut En. Mahadi Mathana, pengurus hotel 4-bintang Hotel KSL Johor Baru.

“Dengan purata harga RM250-RM280 semalam, ia adalah amat menarik kepada mereka untuk tinggal disini sehari dua untuk membeli-belah dan menjamu selera. Selain daripada itu, hotel-hotel lain di bandaraya ini juga sering penuh pada hujung minggu dan dan dipenuhi oleh warga Singapura.” Tambahnya lagi.

– THE MALAY MAIL ONLINE

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.

Top