Apabila anda bersiar-siar keluar, anda pasti pernah terserempak dengan premis makanan yang dibuka bersebelahan atau pada satu kawasan yang sama.

Biasanya kita akan dapati restoran makanan segera seperti McDonald’s, KFC dan kafe seperti Starbucks atau Coffee Bean akan berada di lokasi berdekatan antara satu sama lain.

Mungkin perkara ini tidak asing jika ia berlaku dalam kompleks membeli-belah. Yang menghairankan, restoran-restoran atau kafe tidak kisah untuk membuka bisnes di lokasi luar yang sama.

Kenapa mereka tidak memilih lokasi yang jauh dan kurang persaingan? Sebenarnya ini adalah salah satu strategi bisnes yang mungkin ramai belum tahu.

Jom kita semak sama-sama!

Restoran Fast Food Buka Operasi Pada Lokasi Yang Sama? Apa Strategi di Sebaliknya?

1. Teori Hotelling

Dua buah bisnes yang bersaing biasanya akan memilih lokasi yang berdekatan untuk meningkatkan pasaran dan jualan. Terkenal sebagai Teori Hotelling, strategi ini akan memboleh 2 bisnes atau lebih untuk berkongsi jumlah pelanggan secara sama rata pada satu lokasi yang paling strategik.

Dalam strategi ini, pemilik bisnes juga telah pun mengkaji lokasi terlebih dahulu supaya mereka boleh mendapatkan jumlah pelanggan secara maksimum.

Setelah membuka operasi pada lokasi tersebut, adalah tanggungjawab pemilik bisnes untuk bersaing dengan strategi pemasaran, tawaran produk yang menarik dan sebagainya.

Restoran Fast Food

2. Menjimatkan Bajet Untuk Kajian

Jangan tak percaya yang pemilik bisnes perlu mengeluarkan banyak modal bagi mengenalpasti lokasi yang strategik untuk membuka operasi.

Untuk menjimatkan kos, mereka boleh membuat pemerhatian mudah melalui operasi bisnes sedia ada. Sebagai contoh, sekiranya di kawasan A mempunyai cawangan McDonald’s yang padat dengan pelanggan, maka lokasi tersebut boleh dianggap sesuai untuk membuka bisnes restoran makan segera lain.

Jadi, restoran fast food lain seperti Burger King atau KFC tidak perlu melakukan kajian lokasi lagi.

Maka, tidak hairanlah mengapa kita dapat lihat sehingga 4 atau 5 restoran makanan segera boleh beroperasi di lokasi yang sama tanpa sebarang masalah.

3. Untuk Tingkatkan Keberkesanan Pemasaran

Tahukah anda yang taktik pembukaan bisnes pada lokasi berdekatan ini sebenarnya boleh meningkatkan lagi keberkesanan pemasaran?

Perkara ini terjadi kerana sifat pelanggan yang sering membandingkan produk sebelum membuat keputusan untuk membeli. Apabila premis dibuka secara berdekatan, pelanggan lebih mudah untuk membuat perbandingan menu, harga dan tahap perkhidmatan yang ditawarkan.

Pada masa yang sama, pemilik bisnes juga boleh mengenalpasti strategi pemasaran pesaing dengan lebih mudah. Ini boleh membantu mereka untuk rangka strategi bisnes yang lebih baik untuk tarik lebih ramai pelanggan.

Restoran Fast Food

Sekarang anda sudah tahu kenapa banyak restoran makanan segera sanggup bersaing dan dengan beroperasi pada lokasi yang sama.

Ia bukan sahaja memudahkan kita sebagai pelanggan untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan, malah ia juga memberi kelebihan buat pemilik bisnes dalam pelbagai aspek.

Dapatkan info terkini dunia bisnes terus ke inbox anda dengan melanggan newsletter kami.



Top